ISU PEMECATAN USTAZ NASHARUDIN DARI MAJLIS SYURA ULAMA PAS: SEORANG LAGI PEMIMPIN BERPRINSIP DAN BERMARUAH DITOLAK.....
Ust Nasha berkata:
"BERORGANISASI HANYALAH WADAH, TETAPI BERPEGANG PADA PRINSIP ADALAH TUNTUTAN.."
Kata-kata di atas merupakan kata-kata seorang pejuang. Ustaz Nasha menerima kenyataan pemecatan beliau dengan tenang. Cuma para penyokong BN dan Pas sendiri agak terkejut besar. Apa tidaknya kerana beliau baru sahaja pulang mengikuti rombongan YAB Perdana Menteri, dari Palestine dan menerima berita melalui media.
Apapun yang berlaku, memang telah ditakdirkan dan ini merupakan masalah dalaman Parti Pas yang berterusan kemelut berlaku. Sebab itu diberitakan pemecatan berlaku pada 13 Januari lalu dan hingga kini beliau masih tidak mendapat melihat surat pemecatan tersebut.
Sunggupun demikian, diyakini beliau mendapat maklum akan keadaan ini lebih awal cuma mungkin beliau merahsiakannya. Dalam saat menghadapi pilihanraya sebulan -dua ini, Pas begitu berani menghadapi pelbagai kemungkinan negatif mungkin berlaku. Apa tidaknya, Ustaz Nasha sudah pasti mempunyai penyokong-penyokong tersendiri di kalangan Pas dari seluruh negara.

Kini JASAMU Ustaz Nasha tidak dikenang oleh pimpinan Pas...Sebab apa??? Sebab Untuk mendapat kuasa, Sebahagian Pimpinan PAS sanggup melakukan apa sahaja, Sehingga Asal perjuangan menjadikan Negara Islam di tukar Negara Kebajikan dan banyak lagi kos melepas yang terpaksa ditanggung oleh PAS.
Maka disyorkan bantulah pemimpin yang ikhlas dalam Barisan Nasional dan Sememangnya Malaysia sebuah negara Islam. Syiar- syiar Islam terus berkembang dalam pelbagai disiplin , Cuma dalam Bab Syariat perlu ramai kekuatan dan sumber modal Insan yang commited dengan Islam sama-sama menyumbang utk Agama tercinta. Diharap selepas ini maka senang mencipta perubahan demi perubahan sejajar dengan tuntutan Al Quran dan Hadith Nabi Muhammad s.a.w.
No comments:
Post a Comment