Thursday 17 January 2013

MUHASABAH DIRI- PERJALANAN HIDUP SEBELUM PULANG.....

MUHASABAH DIRI- PERJALANAN HIDUP SEBELUM PULANG.....


Amma Ba'du
Mungkin sesetengah kita berbangga dengan pencapaian kita dan pencapaian anak-anak kita sebelum ini. Kita mendidik anak-anak kita ada yang telah berjaya hingga ke menara gading dan ada tlh memperoleh segulung ijazah, mendapat pekerjaan yang baik, ada juga sedang membesar dengan pencapaian akademik begitu cemerlang.
sumber : google

Masa dan usia terus berjalan, terdetiklah disudut hati apakah kejayaan yang dimiliki merupakan suatu kejayaan yang hakiki? Yang tahu sebelum ini kejayaan hakiki adalah mendapat RAHMAT ALLAH dan Balasan SYURGA Allah. Begitulah juga tujuan solat yang kita dituntut untuk apa? Dalam pengajian tasauf solat itu adalah sebagai tanda syukur pada Allah dan Memohon rahmat sekelian Alam.


Apakah pula membantu kita dalam menjawab persoalan-persoalan kubur atas kerja buat kita seharian. Gerun teramat sangat alam ini, bersendirian dalam 'rumah kecil' yang gelap dan ada yang bercahaya..Sekiranya kita dapat bertanya kepada orang-orang terdahulu yang telah pergi menemui Allah SWT, dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka tidak akan lagui bertarung bermati-matian untuk merebut habuan dunia.


Bagi yang masih hidup, apabila Allah tidak menghendaki kita lagi..Allah akan sebukkan kita dengan urusan dunia.. Allah akan sebukkan kita dengan urusan harta dan pangka serta pengaruht..Allah akan sebukkan kita dengan anak-anak..Alllah akan sebukkan kita dengan perniagaan dan ujian tipu menipu serta sifat-sifat mazmumah yang lain.

sumber : google

Kita mungkin cemburu apabila melihat ada orang lebih daripada kita sama ada dari segi pangkat, jawatan,harta, gaji, kesenangan, kereta besar, rumah besar dan yang besar-besar. Tetapi kita tidak pernah cemburu orang lain banyak amalan daripada kita, kita tidak pernah cemburu orang lain lebih berilmu daripada kita, kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain sanggup berjaga 2/3 malam menyembah bumi sujud pada Allah, Kita tidak cemburu orang megkhatam Al Quran sebulan sekalia'du;


Perjalanan hidup kita hari demi hari, terhasillah sebuah catatan sejarah yang berterusan. Pelbagai suka duka kita lalui ada masanya tahap iman kita meningkat, ada masa mendatar dan ada masanya menurun. Malah pelbagai kejayaan juga dirakam, maka timbul persoalan apakah kejayaan kita miliki adalah kejayaan hakiki?
.

 sumber : google

Atas dasar saudara sesama muslim, marilah kita sama-sama mengimani kembali yakni kembali mentauhidkan Allah. Bertakwa kepada Allah dan buat pekerjaan didunia dibetulkan niat kerana Allah. Insyallah akan ada kemanisan iman menyusul. Dampingilah guru-guru murshid dan kita pelihara perkataan kita dan hormatilah sesama kita. dan tingkatkan zikir makrifah pada Allah..sesungguhnya Allah sentiasa hadir, melihat, tahu dan sentiasa dalam ilmuNya. W'alam. Ya Salam.


No comments:

Post a Comment