Friday 1 November 2013

BERISTIGHFAR SEBAGAI AMALAN HARIAN

Kadang kala usikan jiwa jahat pasti timbul didalam hati nurani kita. Apabila kita meminta perbanyakkan Istighfar kepada rakan-rakan kita dan kita sendiri, mereka dan kita sendiri menjawab,"Aku dah banyak beristighfar, dah biasa sangat Istighfar". Kita sendiripun apabila banyak beristighfar, kita rasa macam tiada apa-apapun.



Namun apabila usia kita semakin hari semakin pendek dan kubur kata mari, terfikir sejenak betapa "keperluan diri" untuk menagih keampunan daripada Allah atas dosa-dosa yang semakin bertimbun dan jika tidak dipohon keampunan adakah dosa yang terungkai begitu saja.


Padahal selepas detik kematian seseorang insan, maka terdedahlah saat perhitungan di alam akhirat dimana roh yang meniti 7 lapisan langit, terlepas atau tidak atau terawang-awang sebelum dikembali ke jasad utk persoalan malaikat Mungkar dan Nangkir yang dimanakan persoalan kubur.




Dalam usia yang ada, ramai di kalangan kita masih tidak mempedulikan persoalan ini. Sifat bertangguh-tangguh, sifat biar dulu, sifat tidak gentar akan ancaman dan seksaan selepas kehidupan tidak dipandang dengan serius. Kelalian pada dunia begitu menebal dan terus menebal. Alangkah ruginya kita sebagai insan yang telah ditakdirkan Islam sejak azali lagi. Adakah Islam hanya pada nama sahaja dan akhirnya kita menyembah dan tersungkur jua serta masukm ke perut bumi.


Istighfar dan taubat adalah jalan untuk mendapatkan keampunan dan beberapa peringatan daripada Al Quran dan Al Hadith telah dijelaskan yang dapat dikumpulkan antaranya;

1.Allah membanggakan zat-Nya sebagai Maha Pengampun.
"Khabarkan kepada sekalian hamba-ku bahawa akulah yang Maha Pengampun Maha Pengasih". (surah al-Hijr 15: 49)

2.Keampunan barangan tawaran Allah.
"sekiranya kamu terbunuh di jalan Allah atau meninggal dunia, pasti keampunan Allah dan rahmat lebih baik daripada segala yang mereka himpunkan". (surah Ali-Imran 3 :157)

3.Allah suka orang beristighfar kepadaNya.
"Demi kamu jiwaku di tangan-Nya, kalaulah kamu tidak pernah melakukan dosa, pasti Allah akan lenyapkan kamu jua lalu  digantikan dengan golongan  yang melakukan dosa.  Merekapun memohon keampunan daripada Allah lantas Allah mengampunkan mereka". (Riwayat Muslim)

4.Allah sentiasa menolong orang suka istighfar.
"Sesiapa yang melazimi istighfar, Allah akan sediakan untuknya pada setiap kali kesempitan jalan keluarnya, setiap kebimbangan kelegaannya dan merezekikannya dari arah yang tidak pernah disangka-sangka." (Riwayat Abu Dawud)

5.Rasulullah SAW Juga beristighfar.
 "Sesungguhnya aku sendiri beristighfar dan bertaubat kepada Allah lebih daripada 70 kali." (Riwayat al-Bukhari) Dalam riwayat lain, sebanyak 100 kali. 


6.Rasulullah SAW menyuruh istighfar buat si mati.
"Menjadi sunnah Rasulullah SAW memohon istighfar buat sesiapa yang meninggal dunia.  Apabila selesai pengebumian, baginda akan berdiri dekat kubur lalu berkata : "Mohonlah keampunan buat saudara kamu.  Mohonlah untuknya keteguhan kerana sesungguhnya dia sedang disoal sekarang." (Riwayat Abu Dawud)


7.Rasulullah SAW suruh memohon kemaafan semasa lailatulqadar. 
Sayidatina Aisyah pernah meminta nasihat Rasulullah SAW tentang doa paling penting untuk dipanjatkan pada malam lailatulqadar.  Maka Nabi tidak mengajar beliau selain meminta keampunan. 

Semoga dapat diamalkan dan dimanfaatkan bersama.

W'alam.