Wednesday 23 January 2013

SOAL AKIDAH TIDAK HARUS DIKOMPROMI


Umat Islam harus bersatu atas dasar Jihad kerana Allah dan tidak berkompromi dalam soal akidah. Apa -apa juga persoalan akidah yang timbul di bumi Malaysia yang membolehkan umat Islam tergelincir dan rosak sehingga membawa kufur kepada Allah hendaklah dinasihati, dipertahankan dan terakhirnya sudah pasti memerangi perkara ini.

Hati Umat Islam amat tersentuh baru-baru ini bagi isu Penggunaan nama Alah didalam Bible Versi Bahasa Melayu yang disebutkan dlm akhbar baru-baru ini seperti disuarakan oleh Lim Guan Eng.
Ternyata beberapa individu tertentu yang berpengaruh  dari politik pembangkang menyokong dan Allah Maha Kuasa...Majlis Syura PAS menolak pandangan asal mereka.

 Beberapa tahun Sebelum itu, Majlis  Fatwa Ulama Negara Malaysia telah membuat keputusan yang tepat dan melarang usaha-usaha menterjemahkan nama Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Terbaru lebih 300 para guru pondok, ulama, dan imam muda di Kelantan telah bertemu Perdana Menteri dan memberi sokongan tentyang usaha-usaha kerajaan menghalang agenda jahat pembangkang.

Perdana Menteri antara kenyataannya berkata;  saya amat terharu dengan sokongan ini. Hari ini Tok Guru, Imam Muda, Ustazah Muda, Pemimpin-pemimpin agama, Ulama dan pemimpin NGO hadir memberi sokongan kepada saya. Saya sedar, untuk memimpin negara, ia memerlukan gandingan pemimpin (umara) dengan Ulama.

Para Ulama yang tidak terlibat dalam politik justeru sokongan pada pemerintah sekarang adalah bukti kita berada dijalan yang benar, tambah beliau.

No comments:

Post a Comment