Tuesday 29 January 2013

CERAMAH MAULIDUR RASUL PERINGKAT PARLIMEN BT GANTANG

CERAMAH MAULIDUR RASUL DI CHANGKAT JERING:

 PENJELASAN KEKALUTAN UMMAH MUKTAKHIR : ANTARA POLITIK DAN KEKUATAN UMMAH



YB Dato' Seri jamil Khir menjelaskan beberapa kekusutan antara perjuangan ummah dan politik. Tahniah  kepada mantan Speaker DUN Perak, Dato'Mat isa Ismail, di pilih menjadi tokoh Maulidur rasul Peringkat Parlimen Bt. Gantang  dan Ustazah Hjh Hasmah di pilih tokoh kategori wanita .
Tahniah kepada Umno Bahagian Bt. Gantang telah mengadakan Ceramah Maulidur Rasul semalam. YB Dato' Seri Jamil Khir, Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal Ehwal Agama telah turun memberi ceramah dengan hujjah-hujjah yang amat baik.


Kehadiran dianggarkan lebih daripada 2000 org hadir dari pelbagai lapisan masyarakat  yang mana acara dimulakan dengan perarakan sambil berselawat ke atas Nabi junjungan s.a.w. Yang paling penting dalam intipati ceramah adalah bagaimana boleh menyedarkan masyarakat tentang perjuangan Rasulullah s.a.w yang berdakwah dan berpolitik secara berhikmah tanpa memandang serong pada musuh. Itu merupakan satu role-model dalam perjuangan. Seolah-olah istilah ini boleh dipakai iaitu, "biar kita berada di istana menghadap raja daripada ' berada di mahkamah'.

Maksud tersirat disini, berada diistana, tunduk dan taat perintah tuanku. dalan dalam kehidupan, taat dan patuh pada pemimpin dan kalau kurang senang lebih baik diam dan tegur melalui saluran yang berkesan. Dan di istana lebih kepada menghukum seolah-olah semua kebaikan pemimpin buat semuanya tidak betul dan merendah-rendahkan pada umara yang memerintah.

Banyak contoh-contoh telah disentuh dengan dalil-dalil yang sahih dan beliau juga turut mendedahkan bagaimana perjuangan Islam dibuat oleh Perdana Menteri ke Gaza, disalahertikan. Apa sahaja Perdana Menteri laksanakan semua diputarbelitkan oleh pembangkang.

Sepatutnya usaha seperti itu harus difahami dan jangan politikkan hubungan antara negara Islam dan merendahkannya. Perkara ini ditakuti akan merosakkan gagasan ummah itu sendiri yang harus tolong-menolong jika rakan kita berada dalam kesusahan ataupun musibah di dunia sementara ini.

No comments:

Post a Comment