Friday 31 May 2013

Qiamullail Merupakan kemuliaan Kepada Orang Mukmin

Faktor-faktor Yang Membantu  Seseorang Untuk Berqiamullail

 
 
Allah S.W.T  memuji orang-orang beriman yang mengerjakan sunat qiamullail di mana mereka menjadikan waktu malam sebagai jambatan untuk memasuki syurga Allah.  Oleh kerana qiamullail suatu ibadat yang dipuji Allah, seseorang yang ingin mencapainya perlu berusaha gigih.  Usaha untuk melakukan qiamullail wajar ditempuh kerana seseorang yang ingin cemerlang di akhirat perlu meningkatkan usahanya sebagaimana jika seseorang ingin mendapat kecemerlangan di dunia dia juga perlu meningkatkan usahanya.  di sana ada beberapa faktor yang membantu seseorang untuk melatih dirinya melakukan qiamullail.  Para ulama telah menggariskan beberapa faktor yang boleh membantu kita untuk bangun qiamullail antaranya ialah :
 
 
1.  Ikhlas Kepda Allah S.W.T
    
Allah S.W.T memerintah hamba-hamba-Nya supaya ikhlas dalam setiap amalan yang dilakukan.  Justeru, setiap kali keikhlasan seseorang itu bertambah kuat akan diberi taufik untuk menunaikan ketaatan dan ibadat taqarrub kepada Allah. 
 
Dalam hal ini, Ibn al-Qayyim menjelaskan : "Dan mengikut kadar niat, himmah, kehendak serta keinginan seseorang hamba itu adanya taufik Allah dan pertolongan-Nya.  Pertolongan daripada Allah turun ke atas hamba-hamba Nya  mengikut kadar himmah, niat, keinginan dan ketulusan mereka.  Begitu juga kecelakaan akan turun ke atas mereka mengikut kadar demikian.
 
Oleh itu, al-salaf al-soleh sangat takut kepada riyak sehingga mereka menyembunyikan sedaya upaya setiap amalan ketaatan mereka seperti qiamullail.  Seorang lelaki pernah dating  menemui Tamim bin Aus al-Dari lantas bertanya : "Bagimanakah solat kamu pada waktu malam?"  Tiba-tiba  beliau tersangat marah akibat soalan itu dan terus berkata : "Demi Allah! Satu rakaat yang aku kerjakan pada tengah malam secara rahsia lebih aku sukai daripada melakukan solat seluruh malam kemudian aku menceritakan kepada yang ramai."
 
Salah seorang ulama al-salaf, Ayyub al-Sikhtiyani selalu berqiamullail seluruh malam.  Namun apabila hamper masuk waktu subuh dia kembali ke tempat tidurnya dan berbaring di atas tilamnya.  Apabila masuk waktu Subuh, beliau meninggikan suaranya seolah-olah  dia baru sahaja terjaga pada waktu itu.
 
 
2.  Seseorang Yang Ingin Melakukan Qiamullail Perlu Melahirkan Rasa Dalam Dirinya Bahawa Allah S.W.T Menyeru Hamba-Hamba Nya Berqiamullail
 
Apabila seseorang itu dapat merasakan bahawa Allah menyeru supaya ia mengerjakan qiamullail sedangkan Allah sebenarnya tidak berhajat  kepada ketaatan sekalian manusia, maka ini akan lebih menggalakkan seseorang itu untuk menyahut seruan -Nya.
 
 
3.  Mengetahui Kelebihan Qiamullail
 
Barang siapa yang mengetahui kelebihan dan fadilat ibadat ini nescaya akan bertambah hasrat dan keinginan untuk bermunajat kepada Allah S.W.T  dan berdiri di hadapan Nya pada  waktu malam.  Terlalu banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan qiamullail sebagimana yang telah disebutkan.  selain itu, kelebihan  qiamullail ini juga  membuang kelalaian daripada hati manusia. 
 
Ibrahim al-Khawas, seorang yang terkenal dengan ilmunya menyebut : Ubat kepada hati itu lima perkara : Membaca al-Quran dengan berfikir (Menghayati), kosong perut, qiamullail, tadharru'  ketika waktu sahur dan mendampigi orang-orang soleh.
 
 
4.  Melihat Sejarah dan Kisah Pada al-salaf al-soleh yang terdahulu tentang ibadat qiamullail mereka serta  komitmen mereka denganya
 
Para al-salaf al-soleh merasai nikmat berqiamullail, bahkan mereka sangat bahagia dengan melakukannya.  Abdullah bin Wahab berkata :
 
"Setiap yang dinikmati hanya mempunyai satu kelazatan kecuali ibadat.  Sesungguhnya bagi ibadat ada tiga kelazatan iaitu  apabila engkau berada dalamnya, apabila engkau menginagatinya dan apabila engkau diberi pahalanya."
 
Tokoh ilmu hadis terkemuka,Iman al-Bukhari pernah bangun bertahajjud ketika waktu sahur.  Beliau membaca al-Quran antara separuh sehingga satu pertiga daripadanya dan mengkhatamkan bacaannya ketika sahur setiap tiga malam.  Al-Allamah Ibn al-Hadi menyifatkan qiamullail Ibn Taimiyyah dengan kata-katanya " Beliau padsa waktu  malamnya bersendirian  daripada orang raimai dsan sunyi  bersama tuhannya  dalam keadaan tunduk khusyuk serta mengekali bacaan al-Quran.  Beliau  juga selalu mengulangi  pelbagai jenis ibadat waktu malam dan siang.  ketika beliau mula masuk dalam solat, sendi dan aggotanya menggigil sehingga bergerak ke kanan dan kiri.
 
5.  Tidur  Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W Iaitu Di Atas Lambung Kanan
 
Rasulullah s.a.w mengajar umatnya supaya tidur di atas lambung kanan.  Berkenaan hikmah tidur di atas lambung kanan, Iman Ibn al-Qayyim, murid kepada Ibn Taimiyyah menerangkan apakah  rahsia Nabi S.A.W  berbaring di atas lambung kanannya.  Menurut beliau, hati manusia  terletak di sebelah kiri, maka apabila dia tidur di atas lambung kirinya, nescaya tidurnya aakan menjadi terlalu nyeyak. Ini kerana ia akan berada dalam keadaan tersangat rehat  maka tidurnya menjadi berat dan nyenyak.  Akan tetapi, jika dia tidur di atas labung kanan, hatinya tidak akan tertindih, justeru ia tidak akan terlalu tenggelam dan nyenyak dalam tidurnya.
 
 
 
Dalam mazhab Maliki, sebaik-baik waktu qiamullail ialah sepertiga malam terakhir untuk orang yang pada kebiasaannya  akan terjaga daripda tidurnya pada akhir malam.  manakala jika kebiasaannya tidak akan terjaga pada waktu akhir malam maka sebaiknya dia melakukan qiamullail pada awal malam.
 
Justeru, waktu qiamullail yang paling afdal hendaklah dilihat bagaimana seseorang itu membahagikan malamnya. 
 
 

No comments:

Post a Comment