Thursday 16 May 2013

SEJAUHMANAKAH KEKUATAN KABINET BARU 2013 ???

PEMBENTUKAN KABINET TRANSFORMASI 2013: SEBUAH PENGHARAPAN DAN CITA-CITA.


Kabinet baharu  Datuk Seri Najib Tun Razak 2013 yang diumumkan kelmarin terdiri daripada pelbagai disiplin dan pengalaman, teknokrat, pemimpin muda serta beberapa tokoh lama "come back" untuk memenuhi pengisian jawatan yang ada.  Bagi yang tidak dilantik, pasti akan kecewa dalam diam dan ada yang tidak "dinaikkan pangkat" dalam jawatan juga turut berdukacita.

Inilah lumrah perjalanan manusia dimana-mana saja. Adalah mustahil untuk memenuhi kehendak dan citarasa. Tetapi bagi yang tidak dilantik di kalangan AP, mereka mempunyai ruang lain untuk dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan dalam beberapa badan berkanun kerajaan termasuk Syarikat-syarikat GLC, Mara, Badan-badan Berkanun dan anak-anak syarikat kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Beruntungnya Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak, mereka telah dianugerahkan beberapa Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri bagi mengemudi Beberapa kementerian yang berpusat di Putrajaya. Mampukah mereka melakukan transfomasi atau sekadar pengisian kuota Parti-parti Politik sahaja? Ini beberapa persoalan yang berlegar di kalangan pemerhati politik tanahair mahupun di kalangan pegawai-pegawai kerajaan.

Kesan penetapan dasar Presiden MCA yang tegas dimana Ahli-ahli Parlimen Cina tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kabinet jika berlaku kekalahan dalam PRU 13 terus dikotakan, Ekoran keputusan memang tidak memihak pada MCA/BN, berlaku kekosongan dan maka dapatlah diisi oleh pemimpin-pemimpin lain yang berkelayakan kecuali Jawatan Menteri Pengangkutan di pangku sementera oleh Hishamuddin selaku Menteri Kanan (Kementerian Pertahanan). 

Semestinya bukan mudah PERDANA MENTERI membuat percaturan dan pengisian jawatan kali ini. Tetapi apa yang telah difikirkannya mungkin itu terbaik disudut pandangannya. Sebagai rakyat biasa, kita menerima apa yang diputuskan. Cuma kita harus membantu apa yang sepatutnya supaya synergi yang ada ini diperkasakan dengan langkah-langkah yang positif.

Perkara yang diberi penekanan dalam kabinet baru sudah pastilah TRANSFORMASI BUKAN REFOMASI ke atas Pembinaan Ekonomi domestik dan ke arah mencapai  kejayaan pada tahun 2020. Namun ke dua-dua istilah ini tidak salah dan pendekatan ke dua-duanya boleh di ambil. Ini kerana rakyat telah muka membuka mata DAY FIRST apa yang Menteri-Menteri baru nak buat untuk transform or reform.

Cuma diingatkan jangan hanya tumpu pada ekonomi..ekonomi..ekonomi...bagaimana bab sosial pula untuk reform or transform? Bagaimana pula untuk membina kekuatan Perpaduan yang semakin kritikal di kalangan masyarakat Cina yang Menolak BN. Hanya orang Melayu, India dan Bumiputra lain "mendendangkan lagu-lagu serta irama perpaduan, I Malaysia, Satu Hati, Satu Negara". Padahal Masyarakat Cina "PANDANG SEPI SAHAJA" lebih-lebih lagi di bandar-bandar.

Kadang-kadang terasa marah juga dengan keadaan ini dan TV seringkali memutarkan lagu-lagu perpaduan dan I Malaysia. Mereka itu "buat Tak kesah saja"..Maka apa yang patut dibuat pula bagi mengatasi masalah ini??? Mereka memikirkan membina kekayaan diri, Keluarga dan empayar mereka, Orang Melayu mengambil pendekatan "Sentimental" memujuk dan merendah diri..

DALAM bab Transform dan reform AGAMA, adakah kita letak nombor terakhir dalam perancangan???    Padahal inilah sebuah tuntutan yang perlu diberi perhatian serius yang menjadi tuntutan utama sehingga MElayu berpecah 3. Bukan setakat SYIAR sahaja...sebab rata-rata Jabatan Agama memainkan peranan seperti biasa. Masyarakat Islam Sekarang Mahu " Thinks Outside Box" atau peranan luar biasa harus dibuat....termasuk 'BAB SYARIAT SEPERTI DITUNTUT OLEH ALLAH".

Maka Menteri yang bertanggungjawab dalam menjaga kesucian Islam, harus memikir di luar kotak dan gunalah pakar-pakar yang banyak idea-idea dan pengalaman di kalangan Ulama-ulama, Profesor-profesor, pakar-pakar rujuk ekonomi yang memahami bab perbankan Islam, sekurang-kurangnya setahun memerintah, sistem riba diharamkan pada umat Islam diseluruh Malaysia, contohnya.

Penasihat-penasihat Agama pula jangan SELESA DENGAN JAWATAN yang diberi, kadang-kadang bertaraf menteri. Fikir baik-baik apa yang nak transform??? apa nak reform??? Semua persoalan ini adalah untuk membina kekuatan minda dan bukan menghina mana-mana pihak. Ini penting untuk memberi sokongan idea dan nasihat kepada PERDANA MENTERI YANG KITA HORMATI. 

Dalam bab Pngurusan Negeri Pula, Menteri-Menteri Besar janganlah rasa selesa dengan kepercayaan dan amanah yang Allah letakkan atas bahu mereka. Malah bila Perdana Menteri beri kepercayaan, jangan persia-siakan, dan jangan memikirkan " bagaimana aku nak kuat kedudukan aku supaya pemilihan UMNO NOVEMBER  ATAU FEBRUARI 2014 nanti aku terus kukuh, padahal merancang pun tidak sampai ke tahap yang maksimum. Jangan ada budaya hanya bergantung pada Arahan Perdana Menteri sahaja.

Perdana Menteripun bukan nak fikir satu dua perkara, ratusan perkara keluar masuk dalam kotak fikirannya sehari.... yang kesannya akan meletihkan fizikalnya, dan semuanya itu harus digembleng bersama-sama dan bawalah berita yang 'MENYENANGKANNYA" DAN BUKAN MENGERUTKAN LAGI DAHI DAN MERAH MUKANYA".

Inilah antara cabaran-cabaran setiap pemimpin. Itu tidak termasuk lagi bagaimana untuk mencapai tahap kualiti hidup dan kesihatan, masalah jenayah dan keruntuhan moral, masalah bebanan hutang, masalah masyarakat di bandar dan luar bandar yang terpinggir. masalah peluang pekerjaan dan sebagainya.

Pendek kata, Semua Penjawat awam harus memikul tanggungjawab ini secara bersama dan bergandingan dengan ikhlas bersama Menteri-menteri Baru dan Timbalan-Timbalan Menteri yang dilantik. Marilah kita mengubah cara bekerja dengan lebih dinamik dan jangan berkira masa demi AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR TERCINTA,.





.

No comments:

Post a Comment