Monday 22 July 2013

BAB NIAT DALAM AMALAN DAN RAMADHAN

Amma Ba'du,
Dalam kehidupan Insan muslim, dianjur memahami suatu perkara pokok berkaitan niat. Ini kerana semua perbuatan akan kembali pada niat . Niat adalah asas amalan. ini boleh dinukilkan daripada Hadis Nabi Sabdanya yg bermaksud;

"Hanyasanya semua amalan itu bergantung pada niat-niatnya dan hanyasanya setiap orang yang beramal kembali kepada apa yang diniatkannya".

Dalam bab bertaqarrub pada Allah, semuanya pasti terhubung bab niat. Ini ada kaitan apa yang disyariatkan oleh Allah di atas lisan Rasulnya yang berupa fardhu- fardhu atau sunat2 yang disampaikannya. maka pasang niat pada awalnya sebagai jalan mendekatkan diri pada Allah perlu dibina dan didahulukan.


Niat yang baik pasti disediakan ganjaran dan pahala meskipun belum belum melunaskan niat tersebut. jika niat melakukan maksiat, dan masih belum melakukannya, tiada lah tercatat dosa baginya sehingga seseorang tlh melakukannya.  dan dalam sesuatu amalan, tidak boleh kumpul niat yang banyak.


Dalam mengharungi ramadhan bagi fasa ke dua ini, kita teruskan niat meningkatkan amalan-amalan kita. Memang dirasai betapa minggu atau fasa ke dua ini, cabaran "keletihan Berpuasa" dan akan diikuti sikap malas akan ada. Di Masjid dan surau sendiripun jamaah semakin " surut" dan inilah yang dikata cabaran-cabaran dalam beribadah. Diakui dalam hati jemaah ingin hadir dengan niat suci, maka jika keletihan pada jasad insan, terhalanglah niat kita untuk meneruskan niat tersebut.


Sungguhpun demikian, kita perlu melawan hawa nafsu dari menguasai kita dan perlu terus ke depan. Bukan setakat ibadah puasa sahaja tetapi bab bangun malam pukul 3 atau 4 pagi bertahajjud dan sebagainya. kita perlu pasang niat dan pasak sungguh-sungguh dan perbaharui sentiasa agar Allah beri kekuatan. Siapalah kita tanpa sifat maani (7 sifat) yang Allah beri khidmat pada kita....kita amat kerdil sekali. semuanya atas GERAK ALLAH JUA..

Wednesday 10 July 2013

KETIBAAN RAMADHAN:

REBUTLAH KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG ADA DI BULAN RAMADHAN


Alhamdulillah...Syukur atas nikmat Allah memanjangkan usia kita sehingga kita dapat berada dalam bulan Ramadhan semula. Terasa begitu pantas ketibaaan ramadhan kali ini.  Ibadah  Puasa merupakan suatu ibadah yang biasa bagi umat Islam dan di fardhu dalam bulan ramadhan. Rasulullah bersabda yang bermaksud':

 Apabila datangnya bulan ramadhan, pintu2 Syurga dibuka dan pintu-pintu neraka di tutup, syaitan dirantaikan (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Umat Islam yang taat pasti rasa bergembira menyambut bulan penuh barakah ini dan mereka berpuasa dengan penuh keimanan, ada juga yang berpuasa tetapi sekadar hanya mendapat lapar dan dahaga. Masih ada juga umat yang tidak berpuasa kerana pelbagai alasan yang tidak munasabah kecualilah bagi  kes-kes musafir atau sakit, dibenarkan berbuka atau tidak berpuasa.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dimuliakan Allah SWT kerana dalam bulan ini Al Quran diturunkan sehingga ianya dikenali Bulan Al Quran. Dalam bulan ramadhan, Malaikat Jibril akan membaca Al Quran dan menyemak bacaan Rasulullah sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari.

Dalam beberapa riwayat lain terdapat tambahan lafaz dimana  dikatakan Allah akan membebaskan manusia daripada neraka  dan berlangsung setiap malam (dalam Ramadhan). berdasarkan riwayatkan daripada ibnu Majah, Alk Termizi dan Ibnu Khuzaimah). malam Lailatul Qadar turut berada dalam bulan mulia ini, iaitu malam lebih baik dari 1,000 bulan. Ini selari dengan  Firman Allah yang bermaksud;

"..Sesungguhnya Kami (yakni Allah) telah menurunkan Al Quran ini pada Malam LailatulQadar dan apakah engkau mengatahui malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik dari dari 1,0000 bulan.

Kelebihan-kelebihan lain banyak sekali boleh diperolehi dalam bulan berkat ini, alangkah indahnya ramai di kalangan kita rajin bersedekah dan memberi makan orang yang berpuasa...alangkah bertuahnya kita dapat melakukan ibadah-ibadah sunat selain dari tarawih yang ganjarannya tidak perlulah di hitung..

Alangkah indahnya kita dapat membaca Al Quran dengan bersungguh-sungguh dan dapat membaca dan cuba memahami maksudnya dan beberapa perkara lain termasuk hal perbuatan, niat, sangkaan dan sebagainya.

Sesungguhnya dengan kesihatan dan kekuatan yang Allah berikan, marilah kita sama-sama mencari kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan barakah ini. Sudah pasti ada yang tersirat disebaliknya dan beruntunglah jika ditakdirkan kita  dapat bertemu  malam Lailatulqadar dengan amalan-amalan yang berterusan. Semoga Allah permudahkan dan makbul doa dan usaha kita. Wallah'alam.










Wednesday 3 July 2013

RENUNGAN DAN MUHASABAH DIRI

HEBAT DAN SIBUK MACAM MANAPUN...KITA PASTI KEMBALI KE PERUT BUMI...


Amma ba'du,
Setiap hari kita mendengar berita kematian disana sini. Kematian akibat serangan jantung, sesak nafas, masalah buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis, strok dan kemalangan serta lain-lain berlaku dalam masyarakat kita.   Ramai tokoh -tokoh besar seorang demi seorang  meninggal dunia atas asbab yang kecil dan besar. Kita kurang berasa ketakutan kerana berita- berita kematian jauh dari darah daging kita dan keluarga kita. Jika dekat atau berkaitan ahli keluarga kita, Secara tiba-tiba tersentaklah perasaan takut menyelubungi diri kita.
Itu persoalan diri orang, jika tiba pada diri sendiri masyaAllah..pasti takut dan gentar menghadapi saat itu dan saat kesakitan sakratul maut. Tiada jalan pintas dalam kehidupan ini. pasti akan melalui saat ini. Mungkin sekarang dan sebelumnya sihat, tiba-tiba datang penyakit dan penyakit membawa semakin parah. 
Betapa "jatuhnya semangat" diri dan perasaan kita jika kita diantara yang mengalami keadaan ini. Apatah lagi jika Dr mengesahkan "kita TIADA HARAPAN UNTUK HIDUP. Inilah beberapa persoalan yang mungkin kita lalui dan pasti lalui.

Andainya kita bersedia dari awal, insyallah kita rasa ada ketenangan datang. Jika kita dapat redha dengan redha yang sebenarnya. Kalau tidak ada persediaan, bekalan amalan-amalan yang sepatutnya, redha yang diucapkan sekadar ucapan tetapi penuh ketakutan dan penyesalan. Dosa demi dosa pasti terpalit dan dilakukan oleh orang yang tidak kuat pegangan agama. Malah penulis juga banyak dosa dengan Allah dan manusia. 


Kelalaian kita mengingati Allah selalu berlaku..terlucut dengan Allah cukup mudah. Inilah angkara nafsu dan desakan syaitan yang sentiasa menghasut setiap masa. Kita dalam proses mendalami agama tidak terkecuali...ada sahaja halangan, pengaruh dan nafsu dunia mengajak kita lalai dan alpa. Dosa- dosa kecil yang berjalan dilakukan pasti direkodkan. Kita baru sahaja lalui malam Nisfu Shaaban, kitab catatan amalan  tahunan dibuka. Beruntunglah kita apabila para malaikat mencatat benda baik dan jika kita tidak buat dosa kecil mahupun jika ada dosa besar.

Marilah kita sama-sama renungkan dan muhasabah diri sebelum terlambat dan titik noktah apabila sakratul maut, tiada lagi ruang taubat diterima. Siang kita bekerja mencari rezeki, dengan jawatan kita macam-macam apa yang berpangkat besar dan ada yang sederhana dan ada yang rendah. Jangan kita layan sangat pangkat pinjaman ini.

Ada dalam sebuah hadith meriwayatkan dimana terdapat 4 tanda yang Allah turunkan kepada manusia yang terlalu  mencintai dunia melebihi segala-galanya, mereka ini AKAN JAUH DARI AGAMA; Antaranya; Pertama, apabila manusia letakkan tujuan hidup hanya dunia  dan hanya memikirkan kesenangan dunia, ke duanya, tiada masa lapang langsung dan terlalu sebuk siang dan malam. ke tiganya, Allah akan halang hajat-hajat mereka yang terlalu cintai dunia, dan ke empat, Allah akan beri angan-angan pada manusia dan dia akan mati dengan angan-angan.

 

Amatlah rugi sekiranya hidup kita sedemikian dan di dunia pun pasti di azab, apatah lagi di akhirat lebih dasyat azab yang tidak akan tertanggung. Marilah kita sama-sama muhasabah diri dari semasa ke semasa.  Hebat kita di dunia ini dengan pangkat, kekayaan dan harta benda dan nama dijulang sekalipun, suatu masa kita akan kembali hanya dengan kain putih beserta keranda serta roh dan jasat sakit menderita. Kecuali lah kita hidup dengan penuh taat dan patuh perintah Allah serta menjadi pembela agama Allah, menjadi pemimpin yang adil dan mewarisi cara-cara Rasulullah hidup dan berdakwah, banyak amalan dan kebajikan disamping menyampaikan ilmu-ilmu yang bermanfaat serta memilik anak-anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kepada ibubapa mereka sentiasa.