Friday 3 May 2013

BERMUNAJAT KEPADA ALLAH UNTUK MEMOHON KEKALKAN KUASA DALAM PRU-13

MENJELANG HARI MENGUNDI PRU- 13: LUANGKAN MASA BERMUNAJAT KEPADA ALLAH DAN SOLAT HAJAT SELURUH NEGARA UNTUK KEKALKAN KUASA


 Pelbagai usaha dan strategi untuk mencapai kemenangan telah dilakukan oleh jentera BN sepanjang hampir 2 tahun. Segala ikhtiar dilakukan semuanya dilakukan dengan sokongan pelbagai peringkat. Betapa banyaknya masa dan tenaga serta sumber kewangan dihabiskan sebagai  suatu usaha  untuk mengekalkan kuasa pemerintahan.

Sistem demokrasi yang meletakkan kuasa pemilih pemimpin di tangan rakyat maka sesiapa jua terpaksa menghadapi proses ini dengan penuh ikhtizam dan adil. lantaran segala usaha murni dan berjasanya sesebuah parti politik akan dinilai di waktu tersebut.

Setelah dua minggu terakhir selepas calon-calon diumumkan, kini jentera BN terus mengatur langkah berterusan di saat-saat  akhir untuk menjamin kemenangan. Siri-siri ceramah diadakan di malam-malam hari dan lawatan dan ziarah untuk menagih simpati dan undi terus dilakukan. Calon-calon yang terpilih sudah tentu menghadapi suatu proses tekanan yang berat. Kurang tidur, berjumpa pengundi seramai mungkin dan bertanya khabar dan bersalaman, melayani karenah pengikut-pengikut yang terdekat dan jauh, memikirkan dan menyediakan sumber kewangan pada jentera-jentera pengerak, melayani individu-individu adakalanya hanya mahukan wang sahaja serta mendengar pelbagai rintihan demi rintihan. Adakalanya kempen tidak sehebat manapun, telah ada suara-suara mengampu..kita boleh menang dan sebagainya

Sebahagian  pengalaman diatas adalah menjadi suatu perkara biasa bagi seseorang calon yang bertanding dalam pilihanraya. Namun kadang-kala ada pihak perancang lupa akan suatu tanggungjawab yang paling penting, iaitu bersama-sama bermunajat kepada Allah swt memohon perkenan dan doa supaya natijah segala ikhtiar yang dilakukan beroleh kejayaan.

Malam-malam terakhir ini betapa indahnya para bakal pemimpin disemua peringkat sama ada bahagian, negeri dan negara mengadakan solat hajat atau dikenali , "munajat Kubra" beramai-ramai memohon pertolongan dan ehsan Allah agar Allah hadiahkan kemenangan seperti dicita-citakan. Memang sebahagian usaha ini telah dilakukan di kawasan-kawasan tertentu. Usaha murni ini perlu diteruskan kerana manusia hanya berusaha, dan yang menentukan adalah Allah jua.

Maka ruang  masa yang ada perlu dipandang serius dan harus dilakukan munajat dan doa yang bersungguh-sungguh. Ini kerana Allah jualah yang akan "membolak-balikkan hati manusia" untuk menentukan siapakah yang patut diundi dan diberi kemenangan selepas berikhtiar dan berusaha. Semoga hubungan dengan Allah berterusan dan diakhirnya yakinlah bahawa semuanya  Qadha dan Qadar Allah ada hikmah disebaliknya.

No comments:

Post a Comment