Friday 31 May 2013

Qiamullail Merupakan kemuliaan Kepada Orang Mukmin

Faktor-faktor Yang Membantu  Seseorang Untuk Berqiamullail

 
 
Allah S.W.T  memuji orang-orang beriman yang mengerjakan sunat qiamullail di mana mereka menjadikan waktu malam sebagai jambatan untuk memasuki syurga Allah.  Oleh kerana qiamullail suatu ibadat yang dipuji Allah, seseorang yang ingin mencapainya perlu berusaha gigih.  Usaha untuk melakukan qiamullail wajar ditempuh kerana seseorang yang ingin cemerlang di akhirat perlu meningkatkan usahanya sebagaimana jika seseorang ingin mendapat kecemerlangan di dunia dia juga perlu meningkatkan usahanya.  di sana ada beberapa faktor yang membantu seseorang untuk melatih dirinya melakukan qiamullail.  Para ulama telah menggariskan beberapa faktor yang boleh membantu kita untuk bangun qiamullail antaranya ialah :
 
 
1.  Ikhlas Kepda Allah S.W.T
    
Allah S.W.T memerintah hamba-hamba-Nya supaya ikhlas dalam setiap amalan yang dilakukan.  Justeru, setiap kali keikhlasan seseorang itu bertambah kuat akan diberi taufik untuk menunaikan ketaatan dan ibadat taqarrub kepada Allah. 
 
Dalam hal ini, Ibn al-Qayyim menjelaskan : "Dan mengikut kadar niat, himmah, kehendak serta keinginan seseorang hamba itu adanya taufik Allah dan pertolongan-Nya.  Pertolongan daripada Allah turun ke atas hamba-hamba Nya  mengikut kadar himmah, niat, keinginan dan ketulusan mereka.  Begitu juga kecelakaan akan turun ke atas mereka mengikut kadar demikian.
 
Oleh itu, al-salaf al-soleh sangat takut kepada riyak sehingga mereka menyembunyikan sedaya upaya setiap amalan ketaatan mereka seperti qiamullail.  Seorang lelaki pernah dating  menemui Tamim bin Aus al-Dari lantas bertanya : "Bagimanakah solat kamu pada waktu malam?"  Tiba-tiba  beliau tersangat marah akibat soalan itu dan terus berkata : "Demi Allah! Satu rakaat yang aku kerjakan pada tengah malam secara rahsia lebih aku sukai daripada melakukan solat seluruh malam kemudian aku menceritakan kepada yang ramai."
 
Salah seorang ulama al-salaf, Ayyub al-Sikhtiyani selalu berqiamullail seluruh malam.  Namun apabila hamper masuk waktu subuh dia kembali ke tempat tidurnya dan berbaring di atas tilamnya.  Apabila masuk waktu Subuh, beliau meninggikan suaranya seolah-olah  dia baru sahaja terjaga pada waktu itu.
 
 
2.  Seseorang Yang Ingin Melakukan Qiamullail Perlu Melahirkan Rasa Dalam Dirinya Bahawa Allah S.W.T Menyeru Hamba-Hamba Nya Berqiamullail
 
Apabila seseorang itu dapat merasakan bahawa Allah menyeru supaya ia mengerjakan qiamullail sedangkan Allah sebenarnya tidak berhajat  kepada ketaatan sekalian manusia, maka ini akan lebih menggalakkan seseorang itu untuk menyahut seruan -Nya.
 
 
3.  Mengetahui Kelebihan Qiamullail
 
Barang siapa yang mengetahui kelebihan dan fadilat ibadat ini nescaya akan bertambah hasrat dan keinginan untuk bermunajat kepada Allah S.W.T  dan berdiri di hadapan Nya pada  waktu malam.  Terlalu banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan qiamullail sebagimana yang telah disebutkan.  selain itu, kelebihan  qiamullail ini juga  membuang kelalaian daripada hati manusia. 
 
Ibrahim al-Khawas, seorang yang terkenal dengan ilmunya menyebut : Ubat kepada hati itu lima perkara : Membaca al-Quran dengan berfikir (Menghayati), kosong perut, qiamullail, tadharru'  ketika waktu sahur dan mendampigi orang-orang soleh.
 
 
4.  Melihat Sejarah dan Kisah Pada al-salaf al-soleh yang terdahulu tentang ibadat qiamullail mereka serta  komitmen mereka denganya
 
Para al-salaf al-soleh merasai nikmat berqiamullail, bahkan mereka sangat bahagia dengan melakukannya.  Abdullah bin Wahab berkata :
 
"Setiap yang dinikmati hanya mempunyai satu kelazatan kecuali ibadat.  Sesungguhnya bagi ibadat ada tiga kelazatan iaitu  apabila engkau berada dalamnya, apabila engkau menginagatinya dan apabila engkau diberi pahalanya."
 
Tokoh ilmu hadis terkemuka,Iman al-Bukhari pernah bangun bertahajjud ketika waktu sahur.  Beliau membaca al-Quran antara separuh sehingga satu pertiga daripadanya dan mengkhatamkan bacaannya ketika sahur setiap tiga malam.  Al-Allamah Ibn al-Hadi menyifatkan qiamullail Ibn Taimiyyah dengan kata-katanya " Beliau padsa waktu  malamnya bersendirian  daripada orang raimai dsan sunyi  bersama tuhannya  dalam keadaan tunduk khusyuk serta mengekali bacaan al-Quran.  Beliau  juga selalu mengulangi  pelbagai jenis ibadat waktu malam dan siang.  ketika beliau mula masuk dalam solat, sendi dan aggotanya menggigil sehingga bergerak ke kanan dan kiri.
 
5.  Tidur  Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W Iaitu Di Atas Lambung Kanan
 
Rasulullah s.a.w mengajar umatnya supaya tidur di atas lambung kanan.  Berkenaan hikmah tidur di atas lambung kanan, Iman Ibn al-Qayyim, murid kepada Ibn Taimiyyah menerangkan apakah  rahsia Nabi S.A.W  berbaring di atas lambung kanannya.  Menurut beliau, hati manusia  terletak di sebelah kiri, maka apabila dia tidur di atas lambung kirinya, nescaya tidurnya aakan menjadi terlalu nyeyak. Ini kerana ia akan berada dalam keadaan tersangat rehat  maka tidurnya menjadi berat dan nyenyak.  Akan tetapi, jika dia tidur di atas labung kanan, hatinya tidak akan tertindih, justeru ia tidak akan terlalu tenggelam dan nyenyak dalam tidurnya.
 
 
 
Dalam mazhab Maliki, sebaik-baik waktu qiamullail ialah sepertiga malam terakhir untuk orang yang pada kebiasaannya  akan terjaga daripda tidurnya pada akhir malam.  manakala jika kebiasaannya tidak akan terjaga pada waktu akhir malam maka sebaiknya dia melakukan qiamullail pada awal malam.
 
Justeru, waktu qiamullail yang paling afdal hendaklah dilihat bagaimana seseorang itu membahagikan malamnya. 
 
 

Friday 24 May 2013

UMAT ISLAM HARUS BERANI MENANAM CITA-CITA BESAR:

KUASA ISLAM SEMAKIN TERHAKIS: JANGAN GENTAR WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMAT!!!!

Secubit garam jika ditabur dalam segelas air, masinlah air itu.  jika secubit garam diletak dalam satu jag air , kemasinan air tidak berasa kemasinannya apatah lagi jika secubit garam dilempar dalam sebaldi air, pasti tiada langsung terasa kemasinannya.

Demikianlah perumpamaan sebagai perbandingan antara masalah dan cita-cita. Masalah boleh dikategori sebagai garam, manakala cita-cita umpama air. Semakin tinggi cita-cita maka semakin berkuranglah masalah. Jika tiada cita-cita, maka umat yang tidak memikirkan masalah ummah umpama air laut yang sentiasa masin dan mengalir kemana-mana.

Alangkah indahnya Umnat Islam di Malaysia tersedar dan terjaga dari lamunan kehidupan kini. Sebagaimana terselitnya sebuah perjuangan suci bukannya untuk memecahbelahkan ummah yang kini sedang parah dan berpecah, tetapi merapatkan saf-saf yang renggang, melupakan perselisihan faham, membuang ketaksuban pada parti tetapi menanam cita-cita secara berpadu.

Orang-orang kafir telah memberi isyarat "kemenangan semakin hampir" untuk mereka dalam arus politik Malaysia. Malah musuh-musuh negara jiran terus menerus memberi suntikan dana sejak 6 tahun lalu supaya Melayu Islam akan jahanam melalui jalan-jalan politik. Nah!!! Lihat sendiri dalam keputusan pilihanraya, BN yang menangpun hanya simple majoriti, hendak pinda perlembagaan undang-undangpun untuk kekuatan Islam " sudah tidak ada harapan". Malah persidangan parlimen yang bakal berlangsung adalah sebuah forum menghentam dan menghentam kerajaan memerintah, diikuti pihak penyokong kerajaan hanya akan menjawab tohmahan-tohmahan yang tak kesudahan.

Diyakini untuk meminda sesebuah akta atau apa-apa yang bersangkutan umat Islam pasti akan mendapat tentangan sengit dari pembangkang termasuk Melayu Islam yang telah tidak ada jiwa sayangkan bangsa dan agama sendiri. Kita boleh lihat nanti betapa kepayahan akan berrlaku dan terus berlaku.

Semuanya ini angkara perpecahan pimpinan Islam dalam kepartian di negara ini yang semakin merobek sebuah perjalanan kehancuran bangsa melayu Islam. Pastinya Perdana Menteri yang dilantik, terpahat sebuah kekecewaan yang berpanjangan kerana sebelum ini begitu bersungguh-sungguh memenuhi cita-cita semua bangsa tanpa banyak soal. Semuanya untuk jaga keharmonian dan memberi hak-hak jika ada yang terpinggir.

Cita-cita beliau umpama air yang berlimpah ruah dalam sebuah lautan. Segala masalah daripada" garam-garam dalam guni yang berbeza-beza" tetap dicurahkan dengan limpahan air. Tetapi keputusannya tetap menjadi "lautan air masin bercampur payau" kerana cita-citanya tidak tercapai seperti dihajati.

Maka adakah kita membiarkan Beliau bersendirian untuk membendung sebuah cita-cita yang ada??? dimanakah ribuan cerdik pandai dan kalangan pemimpin dan pemikir yang telah masak dengam garam di Malaysia?. Maka diseru mereka-mereka ini dan KITA SENDIRI mengatur langkah dengan strategi masing-masing untuk Ummah. Mungkin tumpuan kepada tuntutan Islam ditinggalkan sebelum ini, apakah kita datang dan memberi nasihat dan tekanan secara beradab?

Maka sudah sampai masanya, Islam harus diperkasakan dan diletakkan didepan. Ini kerana cita-cita ini boleh mengecilkan masalah yang sedang dihadapi. Sebab itu jika kita terlalu disusahkan bahkan dikalahkan oleh masalah-masalah semasa, itu petanda cita-cita kita masih kecil. Jika cita-cita kecil, bangsa yang sehebat manapun, kuat dan kaya sekalipun tidak akan mampu mencipta sejarah. Sebaliknya mereka mudah "diratah dan diperbodohkan" oleh bangsa yang kecil tetapi mempunyai cita-cita yang besar.

Cita-cita yang besar datang darpada jiwa yang besar. Jiwa yang besar lahir darpada keyakinan (keimanan) yang kuat. Inilah yang pernah diucapkan dizaman kebangkitan Islam, iaitu  Rubaiy ibnu Amir, penglima tentera Islam ketika berhadapan dengan Rustam, Panglima tentera Parsi, antara lain katanya'

"... Kami adalah pejuang yang ingin membebaskan manusia daripada penghambaan sesama manusia untuk menghambakan diri hanya pada ALLAH. Kami ingin membawa manusia keluar darpada kesempitan dunia menuju kelapangan akhirat...".

Indah sungguh kata-kata itu.., jika ada cita-cita tersebut dan benar-benar yakin Allah akan turunkan pertolongan. Ini kerana keyakinan pada hari akhirat yang kekal abadi, menyebabkan kita redha dan rela menerima ujian dan kesempitan. Malah akan mencapai cita-cita yang suci...tetapi jika dalam jiwa pemimpin kita yang ada, tidak ada cita-cita sebegini, hanya berjuang untuk kekuatan ekonomi bangsa sahaja, maka tunggulah kehancuran akan menjelma.

Sebenarnya kemanisan iman dan keghairahan menjadi "jihad dalam perjuangan" demi Islam yang terbaik adalah suatu yang cukup mulia, di tambah pula rasa gerun dengan kemurkaan Allah yang akan mempersoalkan di akhirat nanti, akan membetulkan perjalanan perjuangan kita demi cita-cita Islam untuk menyelamatkan maruah bangsa Melayu dan bangsa lain yang tidak menghina Islam.

 TIADA JALAN LAIN DALAM PENYATUAN UMAT, MELAINKAN KEMBALI KEPADA PERJUANGAN ISLAM SECARA BERSEPADU...DAN INI BUKAN KENYATAAN PENYOKONG GERAKAN KEPARTIAN, INI ADALAH WADAH SUCI YANG DITUNTUT OLEH ISLAM.  SEMUANYA ATAS TUNTUTAN DARI AL QURAN DAN AL SUNNAH. KEJARLAH CITA-CITA ISLAM WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG ADA SEBELUM KUASAI BERAKHIR....

GENERASI MUDA KINI MULA MELIHAT TIDAK ADA JALAN KELUAR DALAM PENYATUAN UMMAH MELAINKAN ISLAM PERLU BERSATU ATAS SEMANGAT JIHAD MEMBELA AGAMA ALLAH DENGAN MELAKSANAKAN SYIAR ISLAM DAN SYARIAT ISLAM SECARA TERSUSUN TANPA MENINDAS KAUM LAIN....













kuranglah masalah yang ada. Sepertimana sekiranya seguni garam di campak didalam sebuah tasik, ianya tidak meninggalkan bekas kemasinan kecuali air laut yang sedia masin dan masinnya terbiar dan tidak) yaqng

Thursday 23 May 2013

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA: BERANI MEMBUAT PERUBAHAN???

PENGGABUNGAN KPM DAN KPT KINI TERTULIS NAMA BARU: MENGIMBAU SECEBIS KENANGAN DAN HARAPAN





Mesyuarat Pasca Kabinet yang berlangsung petang Rabu yang di Pengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia 1, Tan Sri Hj Mahyuddin  Yassin telah memaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang dahulunya dua kementerian kini menjadi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Keputusan nama  tersebut telah dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri dalam Mesyuarat Kabinet Kali Pertama pagi kelmarin. Sebagai penjawat awam, apapun kita biasanya terima apa yang terbaik kerana mungkin di peringkat pucuk pimpinan melihat kesan penggabungan memberi impak yang lebih baik dan berkesan.


Penulis sebenarnya merupakan salah seorang pegawai awam yang terlibat dalam Penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi di peringakat awal, bermula bulan April 2004. Tersentuh juga perasaan betapa semasa bertugas sebagai Penolong Pengarah Kanan Belanjawan, Kementerian Kewangan waktu itu. Apabila YAB Perdana Menteri waktu itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan pengwujudan Kementerian Baru itu Kementerian Pengajian Tinggi pada majlis pengumuman barisan kabinet baru.



Maka sehari selepas itu, jam 6 petang, penulis salah seorang diarah bertukar tidak sampai 24 jam dan ditempatkan sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Belanjawan), di Kementerian Pengajian Tinggi.  Keesokkannya di arah melapor diri di Damansara dan sekadar menumpang sehari di KPM dan berikutan itu, berpindah randah ke Bangunan Bumi Raya, Jalan Raja laut, Kuala Lumpur pada hari ke 2 dan bersama-sama lebih kurang 12 orang pegawai sahaja waktu itu.



Dengan serba kekurangan keadaan tempat dan tiada meja dan kerusi, perancangan membina struktur Organisasi dan belanjawan di buat dengan tekun dan dalam masa yang sama secara berperingkat-peringkat 2 bulan selepas itu, beberapa pegawai kanan mula melapor diri dan hinggalah berpindah ke Blok E3 Putrajaya setelah membayar sewaan bangunan yang kosong waktu itu.



Tn Hj Syahid Din dan Tn Hj Zainuddin Ngah merupakan 2 org pegawai kanan (M54) waktu itu cukup kommited dengan tugas diberikan dan dibantu oleh kami beberapa orang KPSU. Setelah setahun berlalu, maka mantaplah KPT waktu itu. Nama pegawai-pegawai yang lain yang masih segar termasuklah Tn Hj Hadi (Pentadbiran), EN Amran (Bhg Sumber Manusia, Pn Rosni (Kewangan), Pn Azidah, Tn Hj Hussin dan beberapa orang lagi menjadi rakan-rakan yang bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja awalan hinggalah KPT berkembang dan terus berkembang.



Kemasukan Pegawai-pegawai daripada pelbagai peringkat dan secara berperingkat terus memantapkan KPT. KPT telah menerima 3 Menteri sebelum ini dan 3 KSU sebelum ini. Genap 9 TAHUN 1 BULAN, KPT kini tinggal kenangan. Ini ekoran pengumuman YAB Perdana Menteri untuk Mengabungkan KPM dan KPT menjadi sebuah Kementerian yang besar iaitu KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA dengan Menteri baru 1 dan 2 serta 2 Timbalan Menteri Baru.



KPT sebenarnya telah berdiri kukuh apabila mengjangkau 9 tahun dengan pelbagai kejayaan di dalam dan di luar Negara. KPT begitu fokus terhadap fungsi dan pelan tindakan yang sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa. KPM juga kukuh dengan kekuatan dan pengalaman  yang ada dengan YAB Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Pelajaran sebelum ini.



Namun telah tersurat sejak azali lagi dalam kententuan ALLAH bahawa KPM dan KPT akan bergabung maka bergabunglah semula menjadi sebuah Kementerian Pendidikan Malaysia. Maka kini perancangan re - organisasi masih dalam tindakan JPA dan apa yang pasti ada baik-buruknya pengabungan ini,  Semuanya tergantung pada persepsi masing-masing.



Ianya juga pasti melibatkan pengurangan pegawai-pegawai kanan, pegawai operasi dan kakitangan bawahan. Maka ini adalah proses biasa yang perlu dihadapi walaupun falsafah pendidikan tetap dikekalkan dan operasi Kementerian berjalan seperti biasa walaupun ada sedikit masalah-masalah lain yang timbul. Bab kos penggabungan ini pasti memerlukan bajet agak banyak bagi menukar pelbagai mercu tanda Kementerian baru yang melibatkan pelbagai pindaan keperluan logistik, pengurusan dan pentadbiran.



Apa yang diharapkan KPM baru ini mampu mencipta sebuah perjalanan mendidik modal insan dengan lebih berani, lebih releven dan fokas dan jangan terlalu terikat dengan perkara-perkara remeh. Banyak perkara dasar yang perlu difikirkan dan dicipta dasar lebih menyerlah dan jelas. Bab aliran sekolah yang pelbagai-bagai, harus difikirkan dan berani membuat perubahan supaya sejak kecil anak-anak  bangsa Malaysia dapat ditanamkan sifat sayangkan tanah air. Beberapa isu yang terus terpendam termasuklah Bab bahasa penghantar, bab pegaulan, bab tekanan Ngo Cina,  Dong Zong yang menuntut aliran peperiksaan berbeza dan pelbagai tuntutan demi tuntutan harus ditentang dan tidak dilayan.



Jika kerajaan berlembut dan terus berlembut dalam bab dasar pendidikan yang boleh mencetuskan perkauman dijangka panjang,  malah melayan tuntutan perkauman,maka inilah tanda kegagalan dan tunggulah suatu masa boleh meruntuhkan kerajaan itu sendiri meskipun buat pelbagai perancangan dengan slogan demi slogan. Maka percaturan bab pendidikan tidak boleh sewenang-wenangnya dipolitikkan, dan dibiarkan musuh membuat helah dengan pelbagai alasan. 



Suatu harapan penuh kepada Menteri Pendidikan Malaysia 1 dan Menteri Pendidikan Malaysia 2 dapat menyumbang perancangan lebih strategik, tegas, berani, dan berkesan supaya negara kita ini menghasilkan modal insan yang berjiwa kental, sayang pada tanahair, hormat pemimpin, berakhlak mulia, berdedikasi, tiada ada unsur pengaruh perkauman dan pelbagai gejala negatif.   Semoga harapan ini dapat memberikan sinar dan semangat baru kepada semua lapisan masyarakat yang rata-rata mengharapkan perubahan yang berani lebih-lebih lagi mula menyedari betapa tuntutan akidah  dan akhlak Islam yang sebenar.

Sudah sampai masanya "tarbiyyah Islamiah" ke atas sistem pendidikan dalam arus pendidikan perdana bermula pra-sekolah hendaklah disemai dan diberi penekanan  supaya modal insan yang bakal dilahirkan dan apabila mereka berada di peringkat sekolah menengah dan pendidikan tinggi, masyarakat akan lebih berakhlak mulia.

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda antaranya ' 'Permulaan agama Adalah mengenal Allah". Maka tiada jalan lain melainkan disemai bibit-bibit tauhid kepada pelajar secara berterusan dan diyakini bahawa masa depan generasi Islam khususnya akan menjamin kemenangan dunia dan akhirat.






Friday 17 May 2013

GABUNGAN KPM DAN KPT SUATU TRANSFOMASI

 PENGABUNGAN KPM DAN KPT . ADAKAH MEMBERI NILAI TAMBAH??

 

Dimana-mana negarapun hanya sebuah kementerian sahaja yang mengendalikan pendidikan. Di Malaysia agak unik. Ini bukan setakat KPM dan KPT, Kementerian Sumber Manusia, MARA,  dan beberapa agensi kerajaan lain turut mengendalikan ruang lingkup pendidikan di peringkat tertentu. Ini merupakan keistimewaan Malaysia dan kini proses penyatuan sedang distruktursemula dan adakah ianya memberi nilai tambah merupakan suatu yang subjektif untuk di jawab.


 Dalam hubungan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), ianya merupakan satu entiti asal di bawah KPM sehinggalah KPT ditubuhkan pada tahun 2004 hingga kini telah stabil pengurusan dan struktur Organisasinya. Lebih berfokus dalam membantu Sektor  Pengajian Tinggi Negara dan tidak menimbullkan sebarang masalah dalam pengurusan modal insan Negara.

Apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan pengabungan KPM dan KPT dibawah satu kementerian, agak mengejutkan sebilangan besar pegawai-pegawai dan Kakitangan di Kementerian ini. Lebih-lebih lagi KPT telah mencipta pelbagai kejayaan kebelakangan ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Namun, penjawat awam boleh menerima apa saja perubahan dan transformasi meskipun akan melibatkan pertukaran Pegawai-pegawai utama, penstrukturan semula sektor-sektor di bawah kedua-duanya dan mungkin mempunyai Falsafah baru serta MISI dan VISI yang lebih baru.

Selain itu pergerakan pegawai-pegawai akan berlaku dan yang utamanya seorang Ketua Setiausaha terpaksa bertukar kerana Sesebuah Kementerian hanya perlu seorang KSU sahaja. Mungkin Berlaku pertambahan jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) untuk menjaga sektor Pengajian Tinggi di bangunan KPT yang "Tidak Sebumbung tapi SATU PAYUNG" kerana kedudukan agak jauh meskipun dalam Putrajaya juga.


Namun usaha-usaha sedang di atur untuk penggabungan ini dan Isnin depan bermulalah taklimat awal kepada Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 1 dan 2 serta Timbalan-Timbalan Menteri.  Selepas taklimat akan diadakan perbincangan lebih dalam baagaimana penstrukturan yang akan dibuat. Semua berlaku sebagai tanda proses perubahan dan seharusnya diterima semua pihak. Beberapa Jabatan dan agensi di bawah KPT asalnya juga akan ditentukan struktur mana yang terbaik sebagai landasan perbahan ini.

Di jangka Dato' Seri Idris Jusoh   menjadi Menteri yang bertanggungjawab dibawah Sektor Pengajian Tinggi yang dulunya dekemudikan oleh Dato' Seri Khaleed Nordin yang berjaya membawa KPT ke mercu Kegemilangan. Kepimpinan beberapa orang KSU sebelum ini termasuklah Dato' Dr Yahya Nordin, Tan Sri Zulkefli A. Hassan dan kini Datuk Ab. Rahim (mungkin bertukar) telah menunjukkan komitment yang amat tinggi dalam menguruskan KPT.

Maka siapa yang akan mengemudikan KEMENTERIAN PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI sebagai Ketua Setiausaha sama-samalah kita tunggu dan semoga usaha pengabungan ini membawa manfaat.

Thursday 16 May 2013

SEJAUHMANAKAH KEKUATAN KABINET BARU 2013 ???

PEMBENTUKAN KABINET TRANSFORMASI 2013: SEBUAH PENGHARAPAN DAN CITA-CITA.


Kabinet baharu  Datuk Seri Najib Tun Razak 2013 yang diumumkan kelmarin terdiri daripada pelbagai disiplin dan pengalaman, teknokrat, pemimpin muda serta beberapa tokoh lama "come back" untuk memenuhi pengisian jawatan yang ada.  Bagi yang tidak dilantik, pasti akan kecewa dalam diam dan ada yang tidak "dinaikkan pangkat" dalam jawatan juga turut berdukacita.

Inilah lumrah perjalanan manusia dimana-mana saja. Adalah mustahil untuk memenuhi kehendak dan citarasa. Tetapi bagi yang tidak dilantik di kalangan AP, mereka mempunyai ruang lain untuk dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan dalam beberapa badan berkanun kerajaan termasuk Syarikat-syarikat GLC, Mara, Badan-badan Berkanun dan anak-anak syarikat kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Beruntungnya Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak, mereka telah dianugerahkan beberapa Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri bagi mengemudi Beberapa kementerian yang berpusat di Putrajaya. Mampukah mereka melakukan transfomasi atau sekadar pengisian kuota Parti-parti Politik sahaja? Ini beberapa persoalan yang berlegar di kalangan pemerhati politik tanahair mahupun di kalangan pegawai-pegawai kerajaan.

Kesan penetapan dasar Presiden MCA yang tegas dimana Ahli-ahli Parlimen Cina tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kabinet jika berlaku kekalahan dalam PRU 13 terus dikotakan, Ekoran keputusan memang tidak memihak pada MCA/BN, berlaku kekosongan dan maka dapatlah diisi oleh pemimpin-pemimpin lain yang berkelayakan kecuali Jawatan Menteri Pengangkutan di pangku sementera oleh Hishamuddin selaku Menteri Kanan (Kementerian Pertahanan). 

Semestinya bukan mudah PERDANA MENTERI membuat percaturan dan pengisian jawatan kali ini. Tetapi apa yang telah difikirkannya mungkin itu terbaik disudut pandangannya. Sebagai rakyat biasa, kita menerima apa yang diputuskan. Cuma kita harus membantu apa yang sepatutnya supaya synergi yang ada ini diperkasakan dengan langkah-langkah yang positif.

Perkara yang diberi penekanan dalam kabinet baru sudah pastilah TRANSFORMASI BUKAN REFOMASI ke atas Pembinaan Ekonomi domestik dan ke arah mencapai  kejayaan pada tahun 2020. Namun ke dua-dua istilah ini tidak salah dan pendekatan ke dua-duanya boleh di ambil. Ini kerana rakyat telah muka membuka mata DAY FIRST apa yang Menteri-Menteri baru nak buat untuk transform or reform.

Cuma diingatkan jangan hanya tumpu pada ekonomi..ekonomi..ekonomi...bagaimana bab sosial pula untuk reform or transform? Bagaimana pula untuk membina kekuatan Perpaduan yang semakin kritikal di kalangan masyarakat Cina yang Menolak BN. Hanya orang Melayu, India dan Bumiputra lain "mendendangkan lagu-lagu serta irama perpaduan, I Malaysia, Satu Hati, Satu Negara". Padahal Masyarakat Cina "PANDANG SEPI SAHAJA" lebih-lebih lagi di bandar-bandar.

Kadang-kadang terasa marah juga dengan keadaan ini dan TV seringkali memutarkan lagu-lagu perpaduan dan I Malaysia. Mereka itu "buat Tak kesah saja"..Maka apa yang patut dibuat pula bagi mengatasi masalah ini??? Mereka memikirkan membina kekayaan diri, Keluarga dan empayar mereka, Orang Melayu mengambil pendekatan "Sentimental" memujuk dan merendah diri..

DALAM bab Transform dan reform AGAMA, adakah kita letak nombor terakhir dalam perancangan???    Padahal inilah sebuah tuntutan yang perlu diberi perhatian serius yang menjadi tuntutan utama sehingga MElayu berpecah 3. Bukan setakat SYIAR sahaja...sebab rata-rata Jabatan Agama memainkan peranan seperti biasa. Masyarakat Islam Sekarang Mahu " Thinks Outside Box" atau peranan luar biasa harus dibuat....termasuk 'BAB SYARIAT SEPERTI DITUNTUT OLEH ALLAH".

Maka Menteri yang bertanggungjawab dalam menjaga kesucian Islam, harus memikir di luar kotak dan gunalah pakar-pakar yang banyak idea-idea dan pengalaman di kalangan Ulama-ulama, Profesor-profesor, pakar-pakar rujuk ekonomi yang memahami bab perbankan Islam, sekurang-kurangnya setahun memerintah, sistem riba diharamkan pada umat Islam diseluruh Malaysia, contohnya.

Penasihat-penasihat Agama pula jangan SELESA DENGAN JAWATAN yang diberi, kadang-kadang bertaraf menteri. Fikir baik-baik apa yang nak transform??? apa nak reform??? Semua persoalan ini adalah untuk membina kekuatan minda dan bukan menghina mana-mana pihak. Ini penting untuk memberi sokongan idea dan nasihat kepada PERDANA MENTERI YANG KITA HORMATI. 

Dalam bab Pngurusan Negeri Pula, Menteri-Menteri Besar janganlah rasa selesa dengan kepercayaan dan amanah yang Allah letakkan atas bahu mereka. Malah bila Perdana Menteri beri kepercayaan, jangan persia-siakan, dan jangan memikirkan " bagaimana aku nak kuat kedudukan aku supaya pemilihan UMNO NOVEMBER  ATAU FEBRUARI 2014 nanti aku terus kukuh, padahal merancang pun tidak sampai ke tahap yang maksimum. Jangan ada budaya hanya bergantung pada Arahan Perdana Menteri sahaja.

Perdana Menteripun bukan nak fikir satu dua perkara, ratusan perkara keluar masuk dalam kotak fikirannya sehari.... yang kesannya akan meletihkan fizikalnya, dan semuanya itu harus digembleng bersama-sama dan bawalah berita yang 'MENYENANGKANNYA" DAN BUKAN MENGERUTKAN LAGI DAHI DAN MERAH MUKANYA".

Inilah antara cabaran-cabaran setiap pemimpin. Itu tidak termasuk lagi bagaimana untuk mencapai tahap kualiti hidup dan kesihatan, masalah jenayah dan keruntuhan moral, masalah bebanan hutang, masalah masyarakat di bandar dan luar bandar yang terpinggir. masalah peluang pekerjaan dan sebagainya.

Pendek kata, Semua Penjawat awam harus memikul tanggungjawab ini secara bersama dan bergandingan dengan ikhlas bersama Menteri-menteri Baru dan Timbalan-Timbalan Menteri yang dilantik. Marilah kita mengubah cara bekerja dengan lebih dinamik dan jangan berkira masa demi AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR TERCINTA,.





.

Monday 13 May 2013

BAGAIMANA SEMUT BERTAWAKAL DALAM BAB REZEKI???

BAB REZEKI JANGAN SESEKALI KITA BERGANTUNG PADA MAKHLUK, TETAPI BERGANTUNGLAH KEPADA ALLAH.


Ingin dipancarkan sebuah sejarah yang dapat dijadikan suatu pengajaran pada manusia. Di zaman Nabi Allah Sulaiman a.s, dimana suatu hari  Nabi Sulaiman telah berbicara dengan Semut. Antara persoalan yang ditanya Oleh Nabi Sulaiman pada seekor semut;


" Wahai Semut, berapa banyak nakanan yang diperlukan untuk menjalnkan kehidupanmu dalam setahun? Maka semut menjawab,  aku hanya perlukan hanya sebesar biji gandum sahaja selama setahun." Lalu Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dan bersamanya diletakkan seketul gula sebesar biji gandum. dan kemudian ditutup botol tersebut.

Apabila tempoh setahun cukup, tudung botol dibuka oleh Nabi Sulaiman, dan didapati hanya sebahagian  sahaja gula habis dimakan, maka Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya sebahagian sahaja gula dimakan? Maka sebut itu menjawab.." jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah akan menjamin rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat hidup.

Tetapi jika dikurung oleh Manusia (Nabi Sulaiman a.s), dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keperihatinan manusia. Maklumlah takut-takut manusia lupa janji atau terlupa untuk membuka tudung botol tadi.

Ini menunjukkan betapa semut sebagai makhluk yang paling kecil di mukabumipun  yakin akan jaminan Allah berbanding jaminan manusia ketika berada dalam botol. Apatah lagi jaminan manusia di luar sana dengan keadaan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan lebih berat.

Ini adalah contoh yang boleh diteladani dari sifat semut yang ada "sifat Tawakal" dan "ikhtiar" dalam bab rezeki dan begitu juga dalam hal kehidupan yang lain. dalam kehidupan manusia, kadang-kadang hasil perbualan orang-orang kita, mereka meletakkan rezeki ditangan manusia dan masih kurang faham bab rezeki, jodoh ajal dan maut semuanya telah Allah tetapkan dan kadarnya ada dalam Ilmu Allah. 

Maka beruntunglah Insan yang sentiasa bergantung harap pada ALLAH segalanya dan sekiranya dihadapkan sebarang dugaan berat atau sedikit, tidak menjadi kerunsingan pada mereka. Ini kerana mereka yakin semuanya ada hikmah dan peningkatan darjah/martabat manusia di alam akhirat nanti. Semakin miskin mereka dalam kehidupan, semakin taat mereka dengan Allah kerana kehidupan di dunia ini umpama " tempat pedagang hanya berhenti sebentar sahaja" untuk meneruskan perjalanan yang lebih panjang.

Renung-renunglah sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Ahmad yang bermaksud, " Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab'.

Thursday 9 May 2013

REAKSI PELBAGAI PIHAK BUKAN MELAYU BERKAITAN PILIHANRAYA KE 13

APA REAKSI ANDA PERKAITAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA???



Sehingga kini pelbagai pihak mencurah-curah memberi reaksi terhadap keputusan atau pola pilihanraya ke 13. Sudah pasti ada pandangan yang negatif dan ada yang positif. Semuanya ini begitu berguna untuk dibuat suatu kajian atau post mortem apa yang sepatutnya diambil jalan keluar atau penambahbaikan.

Bukan setakat itu sahaja, Post Mortem yang sedang dilakukan ada yang bersifat Mikro dan ada bersifat Makro. Semestinya reaksi balas daripada pelbagai lapisan masyarakat terpalit perasaan emosi manakala sebahagiannya penuh profesional ada tidak kurang pula akan wujud rasisme dikalangan orang melayu apabila keputusan masyarakat cina yang bersifat "silent mood" mengoyak harapan Perdana Menteri yang begitu tersinggung dan kecewa.

Antara pandangan atau reaksi yang diterima adalah seperti berikut;
Prof. Dr Ho Khai Lo, Dekan Institut Pengajian Cina UTAR mengatakan; " PM dan Masyarakat Melayu mempunyai asas yang sangat kukuh untuk merasa kecewa dengan tindakan penggundi cina beralih kepada DAP dalam PRU 13 lalu. Segala usaha mengangkat kehidupan masyarakat cina oleh Najib Tun Razak dan kepimpinan UMNO yang menunjangi BN dipandang sepi oleh kaum tersebut".

Setiausaha MCA Perak, dato' Tan Chin Meng berkata, penolakan pengundi Cina kepada BN menunjukkan mereka mudah terpengaruh dan tidak membuat keputusan dengan betul".


Naib Pengerusi Gerakan Perak, Liew Yew Aw pula mengingatkan penggundi Cina yang menolak BN sebenarnya sedang menjerat diri dan masa depan mereka sendiri.  Pengundi Cina telah memeberi mesej salah sehingga mereka dilabel golongan berpaling tadah dan pengkhianati parti yang selama ini banyak membantu mereka".

Pengerusi Power malaysia, M.Mohana menyifatkan masyarakat Cina menjadi keliru dengan setiap tohmahan dan pembohongan DAP yang sengaja membangkitkan perasaan takut dan tidak yakin terhadap kerajaan yang boleh menjejaskan masa depan mereka.

Presiden Barisan Bersatu Nambikei, B.Kalavanar berkata, pihak nya sendiri memantau kempen DAP dimPerask dan Johor yang membawa isu perkauman termasuk menggunakan isu bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng, isu bumiputera dan isu nkouta pendidikan".

kalau ditinjau reaksi daripada tokoh-tokoh Melayu pula, jelas terbayang dimana keseluruhannya mengatakan sokongan Cina pada BN amat mengecewakan dan terpalit beberapa perkataan rasisme dan bertujuan mengubah kerajaan. Kesemuanya telah berlaku dan tidak mudah untuk pulih dalam masa yang singkat.

Semoga tuan/puan sudi melontarkan hujjah2 dan komen secara profesional supaya maklumat dapat disalurkan sebagai usaha kajian swot untuk dipanjangkan pada pucuk pimpinan tertinggi.



Wednesday 8 May 2013

KEMEROSOTAN PENCAPAIAN BN DALAM PRU 13: MERANCANG PINDA PERLEMBAGAAN???

KEMEROSOTAN PENCAPAIAN BN DALAM PRU 13:  PERLU PINDA PERLEMBAGAAN ???


Sukar menduga sebelumnya kerana terdapat berbagai pro dan kontra sebelum kemenangan sesebuah parti. BN lebih bernasib baik kali ini kerana kejayaan tersebut walaupun tidak dapat 2/3 seperti dirancang oleh Perdana Menteri.


Pelbagai analisa telah dibuat dan bakal di buat oleh pelbagai pihak tentang keputusan PRU 13. Faktor kejayaan BN ada kaitan dengan kekuatan BN  di Sabah dan Sarawak menyuntik kemenangan buat BN keseluruhannya. Namun kejayaan DAP menambah bilangan kerusi di Parlimen dan Beberapa negeri suatu diluar jangkaan. Kejayaan PAS menambah bilangan kerusi juga suatu dijangka kerana PAS melaksanakan perancangan dengan sistematik dalam pelbagai aspek.
 
 




 
 









Orang yang paling kecewa pastinya Perdana Menteri sendiri. Beliau telah memaksimumkan segala tindak tanduk dan pengorbanan terhadap rakyat. Sesiapa yang jadi pemimpinpun, pasti akan cuba melaksanakan sesuatu tugas yang paling terbaik.  Namun kita harus menerima hakikat bahawa Perancangan ALLAH lebih hebat. Allah tetap beri kejayaan pada BN kali ini dengan kemenangan meskipun tipis.
 


Kemerosotan BN yang berlaku merupakan " sunahtullah" yang telah ada dalam inqishaf Ilmu Allah jua dan para pemimpin BN daripada pelbagai peringkat perlu melakukan muhasabbah diri dan parti lebih-lebih lagi hala tuju perjuangan parti sebagai "Wadah Pilihan". Selepas Muhasabbah diri, perlu lakukan "Post Mortem" secara berjamaah supaya dapat melihat segala analisa SWOT sebagai suatu ukuran kajian.



Terdapat Pelbagai punca menyebabkan berlakunya penurunan sokongan kepada BN pada PRU ke 13 ini. Banyak sekali perbicaraan  dan diskusi telah diadakan semasa proses menunggu keputusan pilihanraya, semasa keluarnya keputusan berperingkat-peringkat dan kini selepas pilihanraya berterusan diperkatakan. Disini tidaklah mahu diulang apa yang menjadi punca-punca kekalahan BN kerana rata-rata masyarakat telah ketahui secara umum mahupun secara khusus.
 

Apa yang ingin diketengahkan secara ringkas, Bahawasanya Perdana Menteri perlu berani melakukan sesuatu dan membuat perubahan drastik. Digerakkan sebuah ingatan bahawa Perdana Menteri perlu membuat Pengumuman Besar dan bersedia untuk meminda Perlembagaan Malaysia dengan Sebuah Perlembagaan Berteraskan AL Quran dan Al Hadith sebagai dasar utama Perlembagaan Malaysia. 

 
 

 
 
 

Apabila kesediaan tersebut "terpancar dari mulut seorang Perdana Menteri" pernyataan tersebut, diyakini bahawa Umat Islam tidak kira dari Parti UMNO, PAS dan lain-lain akan menyokong tanpa banyak persoalan dan pertolongan Allah juga akan datang meskipun di pihak lain ada berlaku penentangan.


Titik Gerak ini pasti mampu mengubah sebuah lanskap ideologi politik Malaysia daripada sokongan moral awal diikuti perancangan secara . Pengemblingan tenaga dan kepakaran ke arah perancangan pula diberi masa yang paling sesuai untuk merangka selain mengadakan kajian kemungkinan dan Keberkesanan, Kajian Maklum balas dan kajian secara lebih menyeluruh supaya kefahaman tersebut benar-benar dapat diterima dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini.



Tiada cara lain yang lebin besar selain kembalikan perjuangan hidup dalam sistem bermasyarakat kepada perintah dan suruhan Allah. Insyallah Allah akan memberi pertolongan dan bantuan tanpa diduga dan kemenangan ummah.













Friday 3 May 2013

BERMUNAJAT KEPADA ALLAH UNTUK MEMOHON KEKALKAN KUASA DALAM PRU-13

MENJELANG HARI MENGUNDI PRU- 13: LUANGKAN MASA BERMUNAJAT KEPADA ALLAH DAN SOLAT HAJAT SELURUH NEGARA UNTUK KEKALKAN KUASA


 Pelbagai usaha dan strategi untuk mencapai kemenangan telah dilakukan oleh jentera BN sepanjang hampir 2 tahun. Segala ikhtiar dilakukan semuanya dilakukan dengan sokongan pelbagai peringkat. Betapa banyaknya masa dan tenaga serta sumber kewangan dihabiskan sebagai  suatu usaha  untuk mengekalkan kuasa pemerintahan.

Sistem demokrasi yang meletakkan kuasa pemilih pemimpin di tangan rakyat maka sesiapa jua terpaksa menghadapi proses ini dengan penuh ikhtizam dan adil. lantaran segala usaha murni dan berjasanya sesebuah parti politik akan dinilai di waktu tersebut.

Setelah dua minggu terakhir selepas calon-calon diumumkan, kini jentera BN terus mengatur langkah berterusan di saat-saat  akhir untuk menjamin kemenangan. Siri-siri ceramah diadakan di malam-malam hari dan lawatan dan ziarah untuk menagih simpati dan undi terus dilakukan. Calon-calon yang terpilih sudah tentu menghadapi suatu proses tekanan yang berat. Kurang tidur, berjumpa pengundi seramai mungkin dan bertanya khabar dan bersalaman, melayani karenah pengikut-pengikut yang terdekat dan jauh, memikirkan dan menyediakan sumber kewangan pada jentera-jentera pengerak, melayani individu-individu adakalanya hanya mahukan wang sahaja serta mendengar pelbagai rintihan demi rintihan. Adakalanya kempen tidak sehebat manapun, telah ada suara-suara mengampu..kita boleh menang dan sebagainya

Sebahagian  pengalaman diatas adalah menjadi suatu perkara biasa bagi seseorang calon yang bertanding dalam pilihanraya. Namun kadang-kala ada pihak perancang lupa akan suatu tanggungjawab yang paling penting, iaitu bersama-sama bermunajat kepada Allah swt memohon perkenan dan doa supaya natijah segala ikhtiar yang dilakukan beroleh kejayaan.

Malam-malam terakhir ini betapa indahnya para bakal pemimpin disemua peringkat sama ada bahagian, negeri dan negara mengadakan solat hajat atau dikenali , "munajat Kubra" beramai-ramai memohon pertolongan dan ehsan Allah agar Allah hadiahkan kemenangan seperti dicita-citakan. Memang sebahagian usaha ini telah dilakukan di kawasan-kawasan tertentu. Usaha murni ini perlu diteruskan kerana manusia hanya berusaha, dan yang menentukan adalah Allah jua.

Maka ruang  masa yang ada perlu dipandang serius dan harus dilakukan munajat dan doa yang bersungguh-sungguh. Ini kerana Allah jualah yang akan "membolak-balikkan hati manusia" untuk menentukan siapakah yang patut diundi dan diberi kemenangan selepas berikhtiar dan berusaha. Semoga hubungan dengan Allah berterusan dan diakhirnya yakinlah bahawa semuanya  Qadha dan Qadar Allah ada hikmah disebaliknya.

Thursday 2 May 2013

PRU-13: "TUKAR KERAJAAN" MENGUNDANG JAHANAMNYA NEGARA SEPERTI BEBERAPA NEGARA ARAB/ISLAM.

SEJARAH  NEGARA-NEGARA ARAB MUSNAH ANGKARA "UBAH KERAJAAN". APAKAH PRU-13 MEMBERI KESAN PADA NEGARA INI???


Senario politik di Malaysia agak berbeza dengan beberapa negara arab. Ini kerana negara-negara arab merupakan suatu rumpun bangsa dan Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan anutan. Ketika berlaku kebangkitan rakyat di bumi arab seperti Tunisia, Syria dan Libya, banyak pihak begitu teruja khususnya generasi muda dan golongan kecewa kepada kepimpinan sedia ada.


Bermula dengan angin taufan dari Tunisia, kebangkitan gelombang rakyat yang mahu "Ubah Kerajaan" terus merebak ke beberapa negara arab yang lain. fenomena ini dipanggil "Arab Spring" yamh sekaligus meragut ribuan nyawa dan mengundang malapetaka besar pada rakyat dan negara.
 

Di Syria, kebangkitan rakyat mahukan perubahan pimpinan Presiden Bashir El Asad kini menjadi suatu tragedi bermula Januari 2011. Perang saudara sesama Islam selama 2 tahun sehinnga mengorbankan 70,000 nyawa dan memaksa 1.4 juaq penduduk Syria menjadi pelarian. Slogan 'Tukar" kerajaan Syria bukan setakat mengorbankan nyawa, malah negara mereka musnah dan suasana ketakutan berlarutan hinnga kini.

Di Libya, Keamanan sukar dipulihkan dalam 5 tahun. Malah Kepimpinan Muamar Ghaddafi yang mengamalkan negara kebajikan "dimusnahkan" oleh rakyat sendiri angkara pengaruh asing yang menanamkan sifat kebencian pada pemimpin. Slogan "tukar" menjadi rakyat Libya menjadi ganas dan dan biadab.
 
 
 
Pemimpion mereka bukan setakat digulingkan malah dibunuh dengankejam tanpa belas kasihan. Apakah Ghadaffi tidak berjasa padahal beliau amat digeruni Amerika Syarikat dan PBB. Pada September lalu, bangunan Consulat  Amerika Syarikat  Di Benghazi di bom menakibatkan Duta Amerika Starikat dan 3 rakyat Amerika dibunuh.
 
 
 

Diikuti Kedutaan Perancis di Libya menjadi sasaran apabila letupan bom diatur di Tripoli pada 23 April lalu menyebabkan beberapa orang cedera parah dan hubungan diplomatik sekain terhakis dengan negara kuasa besar. rakyat Libya pula terus berpecah belah dan ekonomi mereka tersungkur begitu teruk.

Di Mesir pula hampir sama ceritanya, Kejatuhan bekas Presiden Hosni Mubarak tidak menam[pak sebarang perubahanpun di bumi ambia.. Sebaliknya kehidupan rakyat semakin menderita saban hari dengan demonstrasi ganas yang banyak mengorbankan banyak nyawa sesama Islam. Kekejaman tanam hidup-hidup umat Islam terus berlaku. Maka nikmat keamanan dan keselamatan di era Hosni hanya tinggal kenangan dan sejarah hitam.
 
 

Pertempuran berlaku sesama penyokong yang mendokong perjuangan "ubah" berterusan khususnya di bandar-bandar besar dengan sasaran mereka kepada kerajaan mereka yang pilih sendiri iaitu kerajaan Presiden Mohamed Mursi. Maka slogan 'tukar' yang diperjuangkan terpaksa membayar harga yang amat mahal di bumi arab yang memperlihat satu persatu negara Islam mengalami kejatuhan dan kemusnahan.

Kini ada usaha-usaha untuk memulih kedamaian apabila sebilangan pemimpin merasa mereka telah terlanjur kononnya melihat perubahan. Jika diteliti dari sudut punca kejadian peperangan saudara ini...ianya jelas berpunca darpada beberapa perkara iaitu Perbezaan ideologi dan fahaman politik sehingga menwujukan ketidakstabilan negara.
 
 
Kesan yang berlaku telah menyebabkan beberapa masalah sosial sedang tenat dialami seperti pengganguran, kemiskinan, rasuah, huru hara dan dendam yang berterusan dikalangan pengikut-pengikut, penyokong dan rakyat di luar bandar semakin menderita disebabkan tekanan ekonomi yang tidfak stabil. Musuh-musuh Islam bertepuk tangan dan melihat inilah teori domino yang berkesan untuk menghancurkan Islam dan negara bangsa mereka.

Maka Apakah Malaysia boleh terjadi sedemikian. Jawapan yang wajib dijawab adalah benar. Malaysia, jika tidak dibendung dari sekarang akan berlaku pergelutan lebih dasyat. Ini kerana dalam situasi  PRU 13, telah ada unsur-unsur kemusnahan dalam manifesto pembangkang jika pakatan rakyat memenangi PRU 13. Dap terang-terang yang mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina dan terus cuba mempengaruhi pimpinan PAS dan PKR.

 
 
 
 
 

 
 
Perpecahan sesama Islam semakin ketara di negara ini ekoran perlanjutan tempoh mengadakan pilihanraya  sehingga 1 tahu 6 bulan yang diwar-warkan terlalu awal pada tahun lalu, Maka proses persiapan untuk memenangi pilihanraya pasti diambil oleh pelbagai pihak. Maka dalam ruang lingkup, tersebar pelbagai fitnah-fitnah dalam pelbagai media moden, isu agama terus berkumandang semula berkaitan hudud dan pelbagai tipu muslihat berlaku untuk meraih kuasa dan simpati.

Perdana Menteri yang menjalankan pelbagai transfomasi dengan mengorbankan sebahagian besar sumber negara untuk rakyat rasai "secara langsung" seperti BRIM, Bantuan sana sini, sumbangan pada ngo's, bantuan sekolah-sekolah yang pelbagai bentuk, pelbagai peringkat dan pola masyarakat terus menikmati faedah hasil transfomasi dan tidak terkira betapa banyaknya pengorbanan pemerintah.

Namun reaksi masyarakat khususnya masyarakat cina tidak nampak banyak berubah. Mereka lebih rela mendokong perjuangan DAP. Orang-orang Melayu pula terus berbalah dan terpecah 3 puak. Perkara ini berlarutan akan berlaku. Kesan jangka panjang diyakini negara kita akan terumbang ambing. Jika tidak kena gaya, beberapa negeri akan "di ubah" termasuk (mungkin, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Sebagai pegawai Kerajaan, memang tidak terada peralihan ini, tetapi jika diselidiki secara mendalam, apa akan berlaku ke atas perubahan dasar yangt sensetif seperti menghapuskan hak keistimewaan Orang-orang Melayu, Penghapusan MARA, penghapusan diskaun 5-7% kouta bumiputra dalam pembelian rumah dan pelbagai cadangan yang idea asal daripada mulut-mulut "orang Melayu yang lupa diri" untuk meraih undi daripada kaum lain.
 
 
Soal penghapusan tol dari puluhan syarikat konsesi, Penghapusan hutang PTPTN, penurunan harga minyak biarlah pemimpin-pemimpin pembangkang "pegang kiraan" kemudian sama ada janji mereka retortik atau kenyataan.

Apa yang pasti, Masyarakat malaysia sudah hilang pemuafakatan secara kolektif akibat pegangan politik berpanjangan.  Jika PRU 13 membenam kerajaan yang sedia ada, kita tunggu apa yang berlaku dan akan berlaku. Kemusnahan negara bangsa akan "reput" dengan cepat maka selepas itu kemungkinan akan berlaku sebuah sejarah baru iaitu rakyat Malaysia akan berada dalam keadaan tidak stabil dan perebutan kuasa pasti berpanjangan dan tidak tercapai suatu nokhtah yang terbaik..