Friday 17 May 2013

GABUNGAN KPM DAN KPT SUATU TRANSFOMASI

 PENGABUNGAN KPM DAN KPT . ADAKAH MEMBERI NILAI TAMBAH??

 

Dimana-mana negarapun hanya sebuah kementerian sahaja yang mengendalikan pendidikan. Di Malaysia agak unik. Ini bukan setakat KPM dan KPT, Kementerian Sumber Manusia, MARA,  dan beberapa agensi kerajaan lain turut mengendalikan ruang lingkup pendidikan di peringkat tertentu. Ini merupakan keistimewaan Malaysia dan kini proses penyatuan sedang distruktursemula dan adakah ianya memberi nilai tambah merupakan suatu yang subjektif untuk di jawab.


 Dalam hubungan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), ianya merupakan satu entiti asal di bawah KPM sehinggalah KPT ditubuhkan pada tahun 2004 hingga kini telah stabil pengurusan dan struktur Organisasinya. Lebih berfokus dalam membantu Sektor  Pengajian Tinggi Negara dan tidak menimbullkan sebarang masalah dalam pengurusan modal insan Negara.

Apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan pengabungan KPM dan KPT dibawah satu kementerian, agak mengejutkan sebilangan besar pegawai-pegawai dan Kakitangan di Kementerian ini. Lebih-lebih lagi KPT telah mencipta pelbagai kejayaan kebelakangan ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Namun, penjawat awam boleh menerima apa saja perubahan dan transformasi meskipun akan melibatkan pertukaran Pegawai-pegawai utama, penstrukturan semula sektor-sektor di bawah kedua-duanya dan mungkin mempunyai Falsafah baru serta MISI dan VISI yang lebih baru.

Selain itu pergerakan pegawai-pegawai akan berlaku dan yang utamanya seorang Ketua Setiausaha terpaksa bertukar kerana Sesebuah Kementerian hanya perlu seorang KSU sahaja. Mungkin Berlaku pertambahan jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) untuk menjaga sektor Pengajian Tinggi di bangunan KPT yang "Tidak Sebumbung tapi SATU PAYUNG" kerana kedudukan agak jauh meskipun dalam Putrajaya juga.


Namun usaha-usaha sedang di atur untuk penggabungan ini dan Isnin depan bermulalah taklimat awal kepada Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 1 dan 2 serta Timbalan-Timbalan Menteri.  Selepas taklimat akan diadakan perbincangan lebih dalam baagaimana penstrukturan yang akan dibuat. Semua berlaku sebagai tanda proses perubahan dan seharusnya diterima semua pihak. Beberapa Jabatan dan agensi di bawah KPT asalnya juga akan ditentukan struktur mana yang terbaik sebagai landasan perbahan ini.

Di jangka Dato' Seri Idris Jusoh   menjadi Menteri yang bertanggungjawab dibawah Sektor Pengajian Tinggi yang dulunya dekemudikan oleh Dato' Seri Khaleed Nordin yang berjaya membawa KPT ke mercu Kegemilangan. Kepimpinan beberapa orang KSU sebelum ini termasuklah Dato' Dr Yahya Nordin, Tan Sri Zulkefli A. Hassan dan kini Datuk Ab. Rahim (mungkin bertukar) telah menunjukkan komitment yang amat tinggi dalam menguruskan KPT.

Maka siapa yang akan mengemudikan KEMENTERIAN PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI sebagai Ketua Setiausaha sama-samalah kita tunggu dan semoga usaha pengabungan ini membawa manfaat.

No comments:

Post a Comment