Monday 13 May 2013

BAGAIMANA SEMUT BERTAWAKAL DALAM BAB REZEKI???

BAB REZEKI JANGAN SESEKALI KITA BERGANTUNG PADA MAKHLUK, TETAPI BERGANTUNGLAH KEPADA ALLAH.


Ingin dipancarkan sebuah sejarah yang dapat dijadikan suatu pengajaran pada manusia. Di zaman Nabi Allah Sulaiman a.s, dimana suatu hari  Nabi Sulaiman telah berbicara dengan Semut. Antara persoalan yang ditanya Oleh Nabi Sulaiman pada seekor semut;


" Wahai Semut, berapa banyak nakanan yang diperlukan untuk menjalnkan kehidupanmu dalam setahun? Maka semut menjawab,  aku hanya perlukan hanya sebesar biji gandum sahaja selama setahun." Lalu Nabi Sulaiman a.s memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dan bersamanya diletakkan seketul gula sebesar biji gandum. dan kemudian ditutup botol tersebut.

Apabila tempoh setahun cukup, tudung botol dibuka oleh Nabi Sulaiman, dan didapati hanya sebahagian  sahaja gula habis dimakan, maka Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya sebahagian sahaja gula dimakan? Maka sebut itu menjawab.." jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah akan menjamin rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat hidup.

Tetapi jika dikurung oleh Manusia (Nabi Sulaiman a.s), dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keperihatinan manusia. Maklumlah takut-takut manusia lupa janji atau terlupa untuk membuka tudung botol tadi.

Ini menunjukkan betapa semut sebagai makhluk yang paling kecil di mukabumipun  yakin akan jaminan Allah berbanding jaminan manusia ketika berada dalam botol. Apatah lagi jaminan manusia di luar sana dengan keadaan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan lebih berat.

Ini adalah contoh yang boleh diteladani dari sifat semut yang ada "sifat Tawakal" dan "ikhtiar" dalam bab rezeki dan begitu juga dalam hal kehidupan yang lain. dalam kehidupan manusia, kadang-kadang hasil perbualan orang-orang kita, mereka meletakkan rezeki ditangan manusia dan masih kurang faham bab rezeki, jodoh ajal dan maut semuanya telah Allah tetapkan dan kadarnya ada dalam Ilmu Allah. 

Maka beruntunglah Insan yang sentiasa bergantung harap pada ALLAH segalanya dan sekiranya dihadapkan sebarang dugaan berat atau sedikit, tidak menjadi kerunsingan pada mereka. Ini kerana mereka yakin semuanya ada hikmah dan peningkatan darjah/martabat manusia di alam akhirat nanti. Semakin miskin mereka dalam kehidupan, semakin taat mereka dengan Allah kerana kehidupan di dunia ini umpama " tempat pedagang hanya berhenti sebentar sahaja" untuk meneruskan perjalanan yang lebih panjang.

Renung-renunglah sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Ahmad yang bermaksud, " Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab'.

No comments:

Post a Comment