Wednesday 8 May 2013

KEMEROSOTAN PENCAPAIAN BN DALAM PRU 13: MERANCANG PINDA PERLEMBAGAAN???

KEMEROSOTAN PENCAPAIAN BN DALAM PRU 13:  PERLU PINDA PERLEMBAGAAN ???


Sukar menduga sebelumnya kerana terdapat berbagai pro dan kontra sebelum kemenangan sesebuah parti. BN lebih bernasib baik kali ini kerana kejayaan tersebut walaupun tidak dapat 2/3 seperti dirancang oleh Perdana Menteri.


Pelbagai analisa telah dibuat dan bakal di buat oleh pelbagai pihak tentang keputusan PRU 13. Faktor kejayaan BN ada kaitan dengan kekuatan BN  di Sabah dan Sarawak menyuntik kemenangan buat BN keseluruhannya. Namun kejayaan DAP menambah bilangan kerusi di Parlimen dan Beberapa negeri suatu diluar jangkaan. Kejayaan PAS menambah bilangan kerusi juga suatu dijangka kerana PAS melaksanakan perancangan dengan sistematik dalam pelbagai aspek.
 
 




 
 









Orang yang paling kecewa pastinya Perdana Menteri sendiri. Beliau telah memaksimumkan segala tindak tanduk dan pengorbanan terhadap rakyat. Sesiapa yang jadi pemimpinpun, pasti akan cuba melaksanakan sesuatu tugas yang paling terbaik.  Namun kita harus menerima hakikat bahawa Perancangan ALLAH lebih hebat. Allah tetap beri kejayaan pada BN kali ini dengan kemenangan meskipun tipis.
 


Kemerosotan BN yang berlaku merupakan " sunahtullah" yang telah ada dalam inqishaf Ilmu Allah jua dan para pemimpin BN daripada pelbagai peringkat perlu melakukan muhasabbah diri dan parti lebih-lebih lagi hala tuju perjuangan parti sebagai "Wadah Pilihan". Selepas Muhasabbah diri, perlu lakukan "Post Mortem" secara berjamaah supaya dapat melihat segala analisa SWOT sebagai suatu ukuran kajian.



Terdapat Pelbagai punca menyebabkan berlakunya penurunan sokongan kepada BN pada PRU ke 13 ini. Banyak sekali perbicaraan  dan diskusi telah diadakan semasa proses menunggu keputusan pilihanraya, semasa keluarnya keputusan berperingkat-peringkat dan kini selepas pilihanraya berterusan diperkatakan. Disini tidaklah mahu diulang apa yang menjadi punca-punca kekalahan BN kerana rata-rata masyarakat telah ketahui secara umum mahupun secara khusus.
 

Apa yang ingin diketengahkan secara ringkas, Bahawasanya Perdana Menteri perlu berani melakukan sesuatu dan membuat perubahan drastik. Digerakkan sebuah ingatan bahawa Perdana Menteri perlu membuat Pengumuman Besar dan bersedia untuk meminda Perlembagaan Malaysia dengan Sebuah Perlembagaan Berteraskan AL Quran dan Al Hadith sebagai dasar utama Perlembagaan Malaysia. 

 
 

 
 
 

Apabila kesediaan tersebut "terpancar dari mulut seorang Perdana Menteri" pernyataan tersebut, diyakini bahawa Umat Islam tidak kira dari Parti UMNO, PAS dan lain-lain akan menyokong tanpa banyak persoalan dan pertolongan Allah juga akan datang meskipun di pihak lain ada berlaku penentangan.


Titik Gerak ini pasti mampu mengubah sebuah lanskap ideologi politik Malaysia daripada sokongan moral awal diikuti perancangan secara . Pengemblingan tenaga dan kepakaran ke arah perancangan pula diberi masa yang paling sesuai untuk merangka selain mengadakan kajian kemungkinan dan Keberkesanan, Kajian Maklum balas dan kajian secara lebih menyeluruh supaya kefahaman tersebut benar-benar dapat diterima dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini.



Tiada cara lain yang lebin besar selain kembalikan perjuangan hidup dalam sistem bermasyarakat kepada perintah dan suruhan Allah. Insyallah Allah akan memberi pertolongan dan bantuan tanpa diduga dan kemenangan ummah.













No comments:

Post a Comment