Friday 4 January 2013


 BUAT DIRI YANG LUPA...

APAKAH DIRI MEMILIKI SIFAT TAKABBUR ??????? 


Menurut Imam Al Ghazali r.a. bahawa punca Takbur terbahagi kepada 2. Pertamanya  Takabbur dalam urusan Agama dan Keduanya Takabbur dalam Urusan Dunia.

 Bagi Takabbur urusan agama,  ianya melibatkan  ILMU DAN AMAL. Manakala Takabbur dalam urusan dunia pula terbahagi kepada 5 sebab antaranya berkaitan dengan kuasa dan pengaruh, kekayaan, rupa paras atau kecantikan, kekuatan tubuh badan dan keturunan.

Dalam Al Quran banyak ikon-ikon Takabbur diceritakan antaranya termasuklah IBLIS DAN,SYAITAN, FIRAUN, NAMRUD SERTA YAHUDI. Iconic ini adalah yang menolak kebenaran padahal mereka tahu akan kebenaran.



Daripada  Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud 'Allah Berfirman; ' Kesombongann adalah selendang-Ku dan kebesaran adalah sarung-Ku maka sesiapa bersaing dengan-Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, Pasti Aku lemparkan mereka ke dalam Jahannam'. (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah);

Takabbur dalam urusan agama sepatutnya dijauhi oleh setiap insan lebih-lebih lagi dari ahli ilmuan. Ini kerana didapati kebelakangan ini telah ada unsur-unsur ini berlaku. Malah ada yang mempolitikkan urusan agama untuk mencari dunia yang sementara ini.  Janganlah pula merasa Takabbur dengan kepetahan dan fakta-fakta yang difahami,seolah-olah semua dialah pakar dalam semua bidang.. pendapat individu lain yang berilmu agama jangan pula diperlekehkan sehingga menyinggung perasaan mereka.

 Sekiranya ada sifat-sifat menunjuk-nunjuk, ditakuti riak dan takabbur akan terjelma dalam sanubari. Maka pastikan ada kesedaran 'keberasaan ada Allah' yang sentiasa melihat dan memandang kita.

Takabbur dalam urusan dunia pula minta Allah jauhkan..kerana semuanya akan merosak iman, amal dan hati manusia. .Bagi orang yang ada kuasa dan pengaruh hati-hati.akan Takabbur ini. Bagi mereka yang kaya raya dengan harta melimpah ruah, riak gaya dan percakapan boleh nampak dan jika terlalai dengan ujian ini.

Harus diingatkan diri kita, nafsu dan syaitan sentiasa mencari jalan mengoda, merosakkan anak cucu adam lebih-lebih lagi orang-orang yang mencari jalan menuju kepada Allah. Ketamakkan harta   dunia dan cintakan dunia adalah suatu sifat manusia kecuali bagi mereka yang sentiasa bergantung harap hanya pada Allah. Bergantung harap pada manusia seolah-olah bertuhankan manusia akan mengundang kepada kekecewaan diakhirnya..

Surah Huud Ayat 15-16, Allah berfirman yang bermaksud; Barangsiapa yang berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya,  nescaya Kami berikan kepada mereka sebagai balasan apa yang mereka kerjakan didunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah diakhirat itu apa mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan"

Sifat-sifat takabbur lain seperti rupa paras dan Kecantikan dan juga keturunan  juga boleh meletakan insan ke jurang kehinaan. Nikmat ini kadang-kadang manusia lalai dan tidak mensyukurinya. Berhati-hatilah dengan dugaan dan perjalanan perkara ini kerana semuanya ini tidak berkekalan.
.
 Jangan bertuhankan makhluk sehingga dunia seolah-olah dalam pemilikan kita kerana ianya mengundang sifat takabbur. Sifat mazmumah ini akan merosakkan iman kita, Jika ada sifat-sifat sedemikian kembalilah kita bertaubat kepada Allah dengan penuh penyesalan. Semoga Allah menerima taubat kita. Bersatulah kita atas nama Umat Islam dan semoga Allah jauhi kita sifat takabbur.








No comments:

Post a Comment