Tuesday 8 January 2013

Jauhi Sifat Hasad Dan Khianat Dalam Berpolitik


JAUHI SIFAT HASAD DAN KHIANAT DALAM BERPOLITIK:
 AZAB ALLAH S.W.T AMAT DAHSYAT DAN MENGERUNKAN ....

sumber : google


RASULULLAH S.A.W bersabda yang bermaksud, 'Takutlah kamu semua akan sifat hasad kerana sesungguhnya hasad itu memakan  segala kebaikan sebagaimana api membakar kayu (Riwayat Abu Daud). 
Hasad merupakan satu wabak yang semakin serius kebelakangan ini dalam kehidupan manusia. Jika tidak dibendung akan akan menyuburkan perasaan dendam, prasangka buruk, permusuhan dan sebagainya.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud; Apakah patut mereka hasad kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurniaNya" (Surah An Nisa' 4:54).

Dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasululallah bersabda yang bermaksud' Janganlah kami saling dengki mendengki, tipu-menipu, benci-membenci, belakang-membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian daripada kamu menjual barangan atas jualan orang ;lain. Hendaklah  kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim, dia tidak bolelh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan) membohonginya dan menghinanya" (riwayat Muslim).

Banyak peristiwa dan bab hasad berlaku dalam kehidupan kini lebih-lebih lagi secara maya (penulisan blog, fb, medium penulisan lain serta ceramah-ceramah). Orang Islam sendiri terlibat semakin ketara, masing-masing dalam perbalahan politik tanah air. 
                                                                              sumber : google

Pendedahan aib individu  orang satu demi satu terus berlaku sehingga keretakan bangsa melayu semakin tebal dan jurangnya makin dalam, apakah akan terjadi jika perkara ini berterusan. Kita harus takut bala yang boleh menimpa kita bukan setakat di dunia, malah di akhirat juga nanti lebih teruk untuk ditanggung dan tidak ada penolong lagi...

Bab sihir juga sebahagian mainan insan kerana Hasad. Mungkin kerana ingin mengekalkan kuasa yang ada atau takut hilang kuasa maka mereka mencari pendokong dan penyokong mereka membuat sesuatu berjumpa  bomoh, dukun, tok sami siam, Tok Batin dan yang boleh mencapai cita-cita mereka.

Insan mula melupakan semua perkara dihadapan telah termetri dalam ilmu Allah dan Qada Qadar yang menjadi rukun iman dilupakan. Maka jika buat beranilah tanggung..Di akhir hayat insan nant iaitu di saat sakratul maut... tahulah betapa [perbuatan syirik dengan ditambah hasad membuak-buak, tidak ada jiwa yang tenang lagi, yang nampak hanyalah jalan Seksaan Neraka ditayangkan. Penderiaan kematian betapa sakitnya...

Penderitaan ini tidak berakhir disitu, roh di humban dari langit, terawang-awang sebelum jasad dikebumikan. Di alam barzakh dihimpit kubur dan ditalkinkan dlm ketakutan yang amat ngeri..apatah lagi didatangi 2 malaikat (mungkar dan Nankir) yang ganas lagi garang.. seterusnya penyeksaan demi penyeksaan hingga hari kiamat, Dan selepas itu balasan azab  neraka selama-lamanya.

Berpolitik secara sihat adalah menjadi harapan dengan meletakkan niat kerana ALLAH kerana jalan ke Syurga berbagai-bagai.. Banyak kaedah dibenarkan oleh Islam. Memang menjadi sunnahtullah, kadang-kadang kebaikan yang dibuat oleh pemerintah sesuatu dasar dan program, disalahtafsirkan dan diperburuk-burukkan.

Sifat-sifat tercela ini sering ada yang kadang-kadang menimbulkan keresahan rakyat dengan adu domba, lakonan demi lakonan, hasad dan fitnah serta mainan kotor. Maka kita rujuk balik apakah niat sebenar kita, dan cepat-cepat memohon perlindungan daripada Allah akan bahaya ini..
Dicadangkan bersederhana dalam berpolitik terhadap sesuatu isu, perbezaan idea harus dibahas secara profesional dan elakkanlah sifat hasad yang akan rugi adalah diri sendiri. Disamping kita harus beringat bahawa, kebersihan hati dalam berpolitik akan mendapat pertolongan Allah Jua dan redha-NYa.












No comments:

Post a Comment