Tuesday 19 February 2013

SUATU KESAH  NABI MUSA A.S - UNTUK RENUNGAN BERSAMA...

SYUKUR KITA KEPADA ALLAH S.W.T AKAN NIKMAT ISLAM  DAN IMAN YANG ALLAH ANUGERAHKAN


Dalam satu riwayat menyebutkan kisah Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah. Sabdanya yang bermaksud, " Ya Allah, kenapakah engkau jadikan sesetengah manusia itu kafir, lalu engkau masukkan mereka ke dalam neraka. Sesetengah manusia pula engkau jadikan beriman, lalu engkau masukkan ke dalam syurga. Sedangkan mereka semua adalah hamba-hambaMu, Dimanakah (tanda) keadilanMu.."

Pertanyaan Nabi Musa a.s bukanlah kerana keraguan kepada Allah,tetapi untuk 'Tatmainnal qulub' menenangkan jiwanya. Matlamatnya itu lebih kepada makrifah kepada Allah jua. Allah S.W.T  yang maha Bijaksana tidak terus menjawab persoalan nabinya itu. Allah perintahkan  Nabi Musa a.s  supaya menanam gandum.

Nabi Musa a.s menuruti perintah Allah itu lalu dimulakannya dengan usaha menanam gandum dari mula dengan kerja-kerja membajak hinggalah ke kerja menuai. Dan kerja itu mengambil masa yang agak lama.. Inilah tanda kebijaksanaan Allah, memberi jawapan seserta pengalaman.


ladang gandum

Setelah gandum dituai, gandum disimpan dan jeraminya di bakar. Maka selepas itu Allah lalu berfirman bwertanyakan kepada Musa a.s yang lebih kurang maknanya; " Wahai Musa,  kenapakah gandum engkau simpan,, jeraminya engkau bakar? Bukankah kedua-duanya milikmu Wahai Musa?

Dengan pertanyaan Allah S.W.T itu, maka fahamlah Nabi Musa a.s, gandum dan jerami adalah miliknya. Dia berhak lakukan apa saja pada pemilikannya itu. Beruntunglah gandum yang menjadi pilihan, jerami pula menjadi bahan bakar. Inilah hakikat yang kita tidak tahu dan tidak boleh dikaji.

Pada syariatnya asal gandum dan jerami itu dari benih yang satu, yakni benih yang suci. gandum pula boleh dimakan dan jerami tidak boleh dimakan oleh manusia. Maka kita boleh mencorakkanya. Kalau kita ingin menjadi gandum, ya gandumlah jadinya, kalau memilih jerami, pilihlah jerami...yang menjadi bahan bakar.
 

Kesimpulan,  yang dapat diungkap dari penceritaan tadi bolehlah dikatakan, kita wajib percaya kepada takdir, dimana hakikat takdir Allah lebih mengatahui. tetapi kita dilarang menyerah kepada takdir tanpa usaha untuk meletakkan diri kita sebagai mukmin yang sebenar. Maka bergantung dan serah kepadanya sama ada diredhai atau tidak.

Selagi ada usia dan kekuatan yang Allah berikan, marilah kita tanamkan azam meningkatkan amalan masing-masing dengan bersungguh, termasuk perkara-perkara sunat. Banyak dosa kita sebenarnya..kami takut azabMu Ya Allah. Redhakanlah kami Ya Allah jadi insan beriman yang sebenar-benarnya..

No comments:

Post a Comment