Thursday 7 February 2013

KEKECEWAAN YB. UST NASHARUDIN DENGAN KEPIMPINAN PAS YANG ADA...

MENURUT TUAN GURU NIK AZIZ, PEMECATAN Y.B UST NASHA SEBAGAI  AHLI MAJLIS SYURA ULAMA PAS SEKALIGUS KEAHLIAN PAS BIASA TERBATAL. LAIN PULA DENGAN PRESIDEN PAS, UST HADI MENGATAKAN KEAHLIAN PAS UST NASA MASIH KEKAL...YANG MANA SATU BENAR DAN TERPAKAI?


Forum  Isu semasa secara langsung semalam di TV3 yang tetamunya adalah Y.B Ustaz Nasharudin telah menjelaskan kedudukan sebenar beliau. Dengan wajah kecewa tetapi tetap berprinsip tegas, mendedahkan betapa Kepincangan Kepimpinan PAS Muktahir ini.

Prinsip memperjuangkan Islam dan menyatukan bangsa melayu (Islam) yang menjadi dokongan beliau puluhan tahun telah disalahertikan sehinggalah beliau tewas sebagai Timbalan Presiden PAS dan beliau yang dilantik sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS dipecat kerana dikatakan melanggari etika Majlis Syura Ulama PAS.

Boleh dikatakan beliau menjadi mangsa kepada kumpulan tertentu dalam PAS sendiri. Ini disebabkan beliau begitu tegas mempertahankan prinsip asal perjuangan. Dalam pakatan Rakyat, yang mana sebahagian pimpinan  PAS Pusat sanggup mengorbankan prinsip akidah semata-mata mahu melayani tetamu pakatan. Ini ditegurnya secara lantang dan kesannya ada individu tertentu yang kurang senang dengan beliau.

Isu mempertahan kalimah Allah salah satunya menjadi beliau menjadi tidak popular. Beliau cepat mengesan dan menyedari ada agenda tersembunyi yang boleh meruntuhkan akidah ummah. Maka ini juga persoalan yang beliau dikatakan melanggar etika Majlis Ulama Syura. Adakah Pimpinan lain sedar, sebelum itu Hj Hadi dan Mat Sabu membenarkan kalimah Allah digunakan dalam versi Bahasa Melayu untuk Bible. Kemudian akur dengan Majlis Syura Ulama. Sepatutnya ini kes melanggar etika Majlis. Kenapa Tidak diambil tindakan atau pemecatan.

Maka Persoalan ini ditimbulkan oleh Ust Nasha dan beliaupun tidaklah bersungguh-sungguh menuntut hukuman pada orang lain. Begitu juga dengan pemecatan beliau, surat pemecatan beliau baru diterima pada 6hb, Februari.(semalam). Padahal tempoh pos sudah 2 minggu berlalu, dimana silapnya? Sepatutnya panggillah beliau dan serahkan dengan tangan.



Inilah persoalan Kepimpinan PAS yang ada sekarang, yang semakin hari semakin kelam kabut
dan bagaimana nasib ummah jika  mereka berkongsi kuasa dan sering tewas dalam "perjanjian tolak ansur". Mereka begitu gerun Kepada Karpal Singh, seorang yang nyata menghina Islam, tetapi mereka terus dampingi dan percaya. Dimanakah dalil-dalil Al Quran yang sebelum ini berapi-api di nukilkan tentang musuh Islam dan ancamannya....




Wahai anak-anak muda pejuang-pejuang Islam, marilah kita rapatkan saf-saf dengan bersatu padu sesama Islam atas semangat Perjuangan Agama , Bangsa dan Negara. Tinggallah pemimpin-pemimpin dan fatwa mereka yang tidak konsisten dan sanggup menjual Agama demi kuasa. Ingatlah Negara Syria hampir hancur perpaduan Islam...dan kini baru terkinja-kinja untuk cari jalan untuk bersatu. Puluhan Ribu telah mati angkara seperti isu di negara kita ini.

Selagi ada pemimpin PAS yang menolak Penyatuan PAS dan UMNO selagi itulah umat Islam sukar bersatu. Padahal kita hanya mempunyai perbezaan perkara cabang, bukan soal akidah. Kita sesama Islam dan Perdana Menteripun Islam dan mudah dibawa ke meja rundingan. Apa-apa pembaharuan boleh buat demi Islam. Ini Kerana Melayu hanya tinggal kuasa dan itupun dah hampir lemas...maka  insaflah kita pejuang Agama, Bangsa dan Negara...kita akan ditindas jika kita lemah dan akan musnah di bumi sendiri.

No comments:

Post a Comment