Monday 29 April 2013

Saat-Saat Getir Dalam PRU-13

SAAT-SAAT GETIR DALAM PRU-13- SENTUHAN TERAKHIR BOLEH MENENTU KEJAYAAN?


Menjelang Pilihanraya PRU-13 yang semakin hampir, ledakan kempen demi kempen daripada parti-parti bertanding semakin kencang. Pelbagai strategi telah dibuat dan akan dibuat untuk mempengaruhi para pengundi di kawasan masing-masing. Media Massa dan pelbagai alat komunikasi terus melaporkan kekuatan Kerajaan Pemerintah sekarang dengan Pelbagai Janji dan Kejayaan yang telah dicapai.

 

Ini adalah suatu kekuatan yang sememangnya menjadi hak pemerintah di mana-mana negara. Jika pembangkang menguasai negara sekalipun, strategi yang sama  akan digunakan. Pihak Pembangkang tidak kurang hebatnya mengadun pelbagai strategi untuk mencapai kemenangan.
 

Mood Pengundi sebenarnya boleh berubah disaat akhir sekiranya mana-mana parti politik berjaya meraih undi dengan cara-cara yang tertentu, lebih-lebih lagi kepada pengundi-pengundi baru dan muda. Ada bebrapa pengecualian sedikit terhadap pengundi cina. Mereka rata-rata menunjukkan 'Silent Mood'. Ini menyebabkan sasaran kejayaan sukar dijangka.

Maka Jentera dan calon-calon harus bingkas untuk membuat sentuhan kaedah "the winning heart and mind" ke atas orang-orang seperti ini. Selain berjabat tangan, mereka juga ditarik ketepi membisikkan sesuatu sebagai suatu rayuan 'minta tolong' khususnya kepada individu yang agak berpengaruh di kalangan masyarakat.
 
 
 
 
 
 
 
Tidak cukup dengan kaedah tersebut, kaedah membuat panggilan telefon kepada pengundi-pengundi luar oleh team calon dengan kaedah percakapan yang lembut dan sopan juga memainkan peranan penting supaya dalam fikiran pengundi-pengundi luar, ada sentuhan dibuat oleh calon-calon yang bertanding.

Pelbagai kaedah sebenarnya telah dirancang dan dibuat namun berdasarkan feedback yang diterima daripada beberapa sumber, keseriusan tidak ada di kalangan jentera membuat follow through terhadap sesuatu tugasan. Ini menyebabkan kurang berkesan terhadap proses tersebut dan kalau ada buat pun tidak sampai ke tahap maksimum.
 
 
 
 
 
Kaedah SMS elektronik melalui Celcom dan Maxis yang diguna pakai oleh calon-calon BN Selangor ada kebaikan dan kelemahannya. Bergantung kepada individu menilai dan mood ketika menerima pesanan tersebut.

Apa yang pasti PRU 13 kali ini memang mencabar. Beberapa negeri yang dikuasai kerajaan BN sebelum  ini agak tenat jika dibandingkan dengan PRU 12. Namun negeri-negeri yang dikuasai pembangkang juga sedang menghadapi suasana agak kritikal apabila mood pengundi ingin "tukar" semula kerajaan negeri bertali arus diasak dan ditentang akan kesilapan-kesilapan dan kekurangan yang dikesan.



No comments:

Post a Comment