Friday 5 April 2013

Calon Parlimen dan Dun akan diumumkan lebih awal

CALON PARLIMEN  DAN DUN BARISAN NASIONAL AKAN DIUMUM LEBIH AWAL


TEKA TEKI SIAPA CALON BN BAGI MEREBUT 222 KERUSI PARLIMEN DAN 555 KERUSI DUN AKAN DIKETAHUI TIDAK LAMA LAGI APABILA SENARAI NAMA MEREKA YANG TERPILIH AKAN DIUMUMKAN LEBIH AWAL BAGI MEMBUAT PERSEDIAAN PRU 13


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional memberitahu dalam sidang akhbar semalam bahawa BN kini menunggu Suruhanjaya PIlihanraya menetapkan hari penamaan calon sebelum mengumumkan nama-nama calon. 

Katanya pengumuman lebih awal bertujuan memberi masa kepada calon-calon untuk membuat persiapan  berkempen serta menyediakan tempoh yang cukup bagi parti meneliti reaksi rakyat. Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Majlis Tertinggi Barisan Nasional di PWTC Kuala Lumpur semalam.

Ada wartawan cuba mengemukakan soalan cepu emas, brapa peratuskah muka baru dalam senarai yang bakal dipertaruhkan, beliau hanya menjawab "tunggu pengumuman nanti". Dilaporkan pengumuman calon-calon akan dibuat serentak oleh Perhubungan negeri masing-masing secara serentak apabila Perdana Menteri "menekan butang hijau" sebagai isyarat dari Ibupejabat UMNO. Maka serentak dengan itu, Semua Menteri Besar/ ketua Menteri kecuali pembangkang akan mengumumkan secara serentak.

Bagi Pakatan Rakyat, mereka ada yang telah umumkan sebelum ini beberapa calon mereka. Tetapi pengumuman mereka seolah-olah tiada kata sepakat, kerana bagi kawasan yang mereka inginkan (PAS), mereka potong Q  dan cepat-cepat mengumumkan calon mereka. Terkedu dan terperanjat Ketua Umum Mereka, Anwar Ibrahim dengan tindakan partin dalam pakatan.

Inilah suatu contoh 'pakatan' yang lemah yang masing-masing cepat-cepat merebut tempat. Apapun, strategi PR adalah suatu yang amat berbeza dengan BN. Hilang konsep bermesyuarah yang selalu diperjuangkan. Inilah wadah perjuangan yang cukup mengelirukan. Namun BN mempunyai prinsip kepatuhan pada ketua yang jitu.

Kepada Para pengundi, pru kali ini merupakan suatu perjuangan yang paling besar bahawa kita sama-sama perlu menolak PAKATAN RAKYAT kerana terlalu banyak insiden tergadainya "akidah Islam" semata-mata mereka mahukan kuasa politik. PAS sebuah parti yang selama ini begitu berprinsip dengan nilai dan wadah yang cukup dihormati. Tetapi kini mereka "menyerang" dan "sedia melepaskan prinsip akidah" memperjuangkan Negara Islam bertukar dan mengugurkan misi asal kepada negara berkebajikan. Malah merelakan bersahabat dengan musuh Islam yang terang-terang menentang negara Islam yang nyata iaitu DAP.

Realitinya BN tetap konsisten dalam memperjuangkan falsafah memperkasakan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair dan sentiasa menyedari setiap kelemahan akan diperbaiki dan akan membuat transfomasi termasuk aspek agama selepas ini supaya ianya menjadi suatu pegangan yang kukuh. pemahaman ini patut di semai iaitu " Parti dalah wadah perjuangan,  Islam adalah akidah. Islam itu bukan parti dan parti itu bukan agama."

Kita jangan terlalu taksub pada wadah (Parti ), sehingga kita mengadaikan Akidah, bila wadah bercanggah dengan akidah, wajib kita menolak wadah dan pertahankan akidah. Pas satu-satunya parti sanggup gadai akidah demi wadah yang mahu kuasa dan kadang-kadang mereka lupa ada suatu kuasa yang sentiasa melihat hati-hati mereka yang mempunyai nafsu sarakah untuk berkuasa, Maka inilah agenda yang perlu diwar-warkan dalam PRU 13 supaya kita menginsafi bahawa BN adalah relevan untuk geopolitik Malaysia. 

No comments:

Post a Comment