Thursday 11 April 2013

APAKAH PERBEZAAN ANTARA PARTI DAN AGAMA???

BAGI MERUNGKAI PERSOALAN  ISTILAH  DALAM POLITIK KEPARTIAN TERKINI.


" Parti Politik hanyalah Wadah, Islam adalah Akidah.
Islam Itu bukan Parti Politik  Dan Parti Politik itu bukan agama,
Jangan Taksub pada wadah (parti), sehingga boleh Gadai Akidah,

Bila Wadah (parti), bercanggah Dengan Akidah,
Wajib Kita Menolak Wadah yang Salah,
Kita Wajib Mempetahankan Akidah".

Masyarakat Malaysia kebanyakkannya agak keliru dengan istilah Islam dan Parti politik. Kekeliruan lebih ketara apabila dikalangan pendokong parti politik mengeluarkan nas-nas atau hujjah Ayat Al Quran yang tidak tepat untuk memerangkap insan yang inginkan kefahaman.

Sekiranya 'pengajar' akan istilah memberi takrifan yang salah diikuti niat yang mempengaruhi pendengar atau individu, maka ianya merupakan satu kesalahan  dan tidak amanah dengan ilmu dan bersifat kezaliman. 

Berjuang dalam menegakkan Agama Allah bukan setakat dalam parti politik sahaja malah, pelbagai wadah boleh digunakan. Malah politik dan agama memang tidak boleh dipisahkan. Ini kerana jika membuat pemisahan, sudah tidak meluas persoalan agama. Agama adalah suatu risalah yang dipertanggungjawabkan kepada manusia untuk dikembangkan dengan berpegang panduan utama yakni Al Quran dan Al Sunnah serta ijma' ulama.

Rasulullah pernah bersabda antara lain maksudnya, " Sekiranya kamu berpegang teguh Al Quran dan Al Sunnah'. kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Dalam Sejarah perjuangan Rasulullah, 13 tahun beliau menyampaikan dakwah menyampaikan tauhid sebelum baginda diangkat menjadi Rasul. 

Memperjuangkan Agama Allah perlu diteruskan dengan penuh tanggungjawab. Parti-parti politik pun yang berjaya dalam pelaksanaan dasar, perlu meletakkan Islam kehadapan. Ini kerana tanpa meletakkan perkara sedemikian, pasti akan pincang dimana-mana negara sekalipun di dunia ini.

Cuma dalam meneruskan matlamat tersebut, berhati-hati jangan memperdagangkan agama, menjual agama dan berselindung di sebalik agama untuk mendapat kuasa. Ini tidak benar dan seolah-olah 'tidak jujur dalam perjuangan".

Pas merupakan sebuah parti politik yang membawa wadah agama. "Membangun Bersama Islam"slogannya, manakala UMNO adalah Wadah Pertubuhan Melayu Bersatu, juga membawa perjuangan Agama,Bangsa dan Negara. Semua pemimpin adalah beragama Islam. dan proses penyatuan kedua-dua parti masih sukar. Kesukaran ini disebabkan wadah yang agak berbeda dari tafsirannya.



Ringkasnya, apa jua parti politik yang ada, pasti ada kelebihan masing-masing dan ada juga kelemahan di peringkat pimpinan utama,pimpinan pertengahan mahupun peringkat bawah. Ini perkara biasa. Ini sejajar dengan Hadith Nabi yang bermaksud;

"Setiap anak adam pasti melakukan kesalahan dan kesilapan, sebaik-baik orang yang lakukannya, bertaubatlah kepada Allah".

Kita sebagai Umat yang sayangkan agama suci, marilah kita cari jalan terbaik, mungkin suatu masa terdekat di hadapan Ulama dan Umara bergabung mencetuskan pelbagai pakatan perbincangan untuk mencari titik temu yang lurus supaya Umat Islam Bersatu, berpadu, dan mencipta suatu kejayaan untuk ditonjolkan pada dunia bahawa Islam agama penyatuan.

Umat Islam Melayu apabila berpadu, maka disemai pula kefahaman tauhid yang berterusan dan berpanjangan di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dan pendidikan kepada masyarakat, maka akan terjelma nanti satu umat yang teguh dan tidak gentar lagi berhadapan dengan musuh Islam dalam dan Luar.

Dalam suasana politik semasa, diharap tiada parti politik terus menerus menjual agama demi mencari kuasa. Pas sebuah parti politik yang tidak konsisten dalam merancang dan melaksanakan hukum hudud. Tetapi mereka mula menuduh Kerajaan sekarang BN menolak Islam dan pelbagai tuduhan yang boleh membawa tafsiran yang menjahanamkan umat Islam itu sendiri.

Apakah mereka terlupa dalam suatu ayat Al Quran   Surah Ash-Saff, yang bermaksud:

" Hai Orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan".

Berdasarkan ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa, sesiapa yang merancang sesuatu maka perlulah melakukan kajian kemungkinan serta membuktikan kajian yang dibuat boleh dilaksanakan dan  tidak  mempermainkan isu semata-mata ada berselindung niat lain. Jika menghadapi kesukaran, mengapakah mereka tidak duduk semeja berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara kolektif.


w'alam.






No comments:

Post a Comment