Thursday 18 April 2013

Pru 13: Antara Winable Candidates vs wincable Candidates?

Percaturan Antara Winable Candidates Atau 'Wincable 'Candidates DALAM PRU 13?

Bukan suatu yang mudah untuk mencatur sebuah perlawanan bolasepak di antara pasukan yang hebat. Pengurus dan Jurulatih akan mempastikan pemain-pemain kesebelasan utama yang tinggi kualiti diri dan skill yang tinggi untuk memenangi dalam sesuatu pertandingan.

 
 
 

Dalam politik juga sedemikian rupa. Presiden Parti merupakan orang yang paling bertanggungjawab menentukan calon-calon terbaik. Pencalonan ini bergantung kepada laporan-laporan yang disediakan daripada pelbagai peringkat negeri, bahagian  serta agensi-agensi, ngo serta unit-unit khas yang dilantik. 

 
 
Kedudukan seseorang calon berdasarkan laporan dan ada masanya naik dan turun tahap melepasi calon boleh menang (winable candidate). Dalam BN, Pengerusi Perhubungan Negeri memain peranan yang penting untuk menyediakan suatu pasukan yang kuat. Kekuatan bergantung pada tapisan dan perbandingan laporan antara agensi dan pemerhati-pemerhati politik, individu2 berpengaruh dan sebagainya.

Lobi melobi adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Ianya bersifat individu atau pasukan kecil, dengan menggunakan jentera masing-masing. Pempat pemain adalah terhad, begitu juga dalam bab perebutan kerusi, terhad. Kini, keputusan telah dibuat. Pasti menggembirakan bagi calon-calon yang di pilih semula dan calon-calon muka baru yang terpilih. Ada juga calon yang tidak terpilih, dan ada yang kecewa dan ada yang tenang dan sedia menerima hakikat pemilihan.

Surat watikah adalah bukti calon yang berjaya dan telah terpilih dan diumumkan. Dalam kes di Negeri Kedah, surat watikah tidak diberikan. Apa sudah jadi dengan situasi ini? Dari khabar angin yang diterima, ramai calon-calon yang sepatutnya terpilih telah ditukar serta merta yang menyebabkan penyokong masing-masing terkejut besar.

Beberapa kawasan yang agak panas sekarang termasuklah Shah Alam, Pendang, Kuala Muda, Bagan Serai, dan Parit Buntar dimana calon-calon utama yang bekerja lebih dari 2 tahun" terpinggir" begitu sahaja.

 
Di Perak watikah diberikan dan berjalan seperti biasa, cuma ada 5 kes dimana calon yang confirmed dipilih dikatakan ditukar secara sulit. Entah macam mana game ini berlaku. Semuanya adalah suatu perkara yang amat pelik telah berlaku. Rentetan perkara tersebut, menyebabkan akan berlaku proses hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan di peringkat negeri.

Namun keputusan takdir harus diterima kerana ada hikmah disebaliknya. Namun keputusan pilihanraya dijangka mungkin terjejas. Timbalan Ketua wanita UMNO Malaysia umpamanya Datuk Kamalia, yang begitu kuat pengaruh turut tidak dipertimbangkan. Rungutan demi rungutan pasti memuncak dan sekaligus akan menjejaskan sokongan padu pengundi. Di beberapa tempat dan bahagian Perak sama juga kesnya.

Maka timbul istilah "Cable Candidates" dan ini merupakan suatu tamparan hebat kepada agensi-agensi yang menyediakan laporan siang malam siapa yang selayaknya. Ada juga "tangan hitam" yang menggunakan pengaruh tertentu untuk menyediakan senarai baru dan diberi pertimbangan terus dan dicalonkan.

Pucuk Pimpinan telah menyediakan suatu ruang kemenangan untuk negara, memang terserlah dan  karismatik Presiden Parti memasng hebat. Namun mainan diperingkat Negeri menafikan hak presiden. Sebelum diumumkan bocor sana sini suatu yang tidak patut perlaku, tetapi berlaku. Maka kini berdasarkan feedback yang diterima dan melalui bacaan rungutan diruang t-ruang akhbar, fb, blog dan sebagainya menjadi suatru mengerunkan pada situasi semasa.

Maka inilah suatu hakikat perjalanan yang mana perjuangan yang sebenar sentiasa berombak angkara pengkhianat-pengkhianat yang tamak kuasa dan haloba. Apakah mereka anggap jentera-jentera dibawah bersengkang mata setaip malam mengatur langkah untuk meraih kemenangan. bagi yang "berpengalaman dalam politik" mereka dapat menghidu kepincangan ini. Atas dasar perjuangan mereka, mereka juga manusia biasa, akan "letih" jika angkara jahat terus berada dalam wadah perjuangan BN.

Masa masih ada untuk Pucuk Pimpinan mengatasi masalah ini dan seluruh jentera BN  dimana-mana jangan tinggalkan "doa" selain usaha kerana kuasa Allah boleh mengubah segala perancangan manusia. Winable candidate diharapkan terus berjaya, dan cable candidate tolong muhasabah diri sebelum tersungkur. Semoga negara kita beroleh kemenangan dan "tangan hitam" selepas pilihanraya harus singkirkan dan dinyahkan dari wadah yang sebenar.



No comments:

Post a Comment