Tuesday 13 August 2013

SALAM AIDILFITRI :SEDIKIT CORETAN



Ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAF ZAHIR DAN BATIN ini sebagai Suatu Amalan Biasa menjelang Aidilfitri dan di awal Shawal bagai Masyarakat Islam di Malaysia dan di Negara-negara Islam yang lain. Penulis terhenti menulis hampir lebih sebulan apabila masuk Ramadhan. Ini kerana masa begitu terhad dan tidak sempat menatap ruangan blog yang ada.

Dalam mengejar tuntutan lain dalam ramadhan yang penuh berkat, maka beberapa aktiviti harian biasa dipinda sedikit sebanyak. Syukur alhamdulillah..terjangkau juga mengakhiri ramadhan dan 2 minggu terakhir, ditakdirkan Allah mengizinkan ke Tanah Suci Madinah dan Makkah menunaikan umrah dan ziarah, di samping dapat berjemaah menunaikan solat tarawih dan sunat2 lain yang ada disana.

Inilah peraturan dalam ilmu Allah dengan kudrat dan iradatNya,  atas izinNya dapat merasai betapa kerdilnya kita sebagai insan di mukabumi ini. Dalam perjalanan ke tanah haram, terlihat betapa kebesaran Allah yang menjadikan bumi Mekah yang tandus, bukit batu tanpa pokok dengan kepanasan meluap-luap..namun seluruh dunia, tetamu-tetamu Allah datang memuji kebesaranNya, memuji kehebatanNya, memuji keagunganNya.

Tidak lain kedatangan ke tanah tandus ini yang di panggil "Al Haram" sebagai tanda terima kasih atas nikmat Islam yang dianugerahkan. Lantaran datang untuk memohon keampunan dan keredhaanNya. Tidak terkecuali sebelumnya menziarahi makam Rasulullah S.A.W. di masjid Nabawi, dengan niat memuji dan berselawat atas baginda tercinta sebanyak-banyaknya disamping menghubungkan kerohanian roh dengan roh baginda..Syukur Alhamdulillah.

Atas gerak Allah juga, alhamdulillah dapat juga bertemu penjaga-penjaga makam Rasulullah S.A.W iaitu 3 orang  (kesmuanya 6 orang) dan merela ini dikatakan keturunan Rasulullah S.A.W. Dapatlah berbalas salam dan bertanyakan khabar setakat mampu. Terima Kasih pada seorang sahabat yang bertugas di Masjid Nabawi yang mengatur pertemuan ini...Alhamdulillah.

Di Mekah seperti biasalah melakukan apa yang terdaya dan dapatlah melihat betapa insan yang datang tidak putus-putus. Melakukan umrah dengan tawaf, solat sunnat tawaf,saie, bergunting dan sebagainya. Dalam pengajian usul, tapak kaabah dikatakan disitulah Nabi Adam a.s disemadikan dan di tempat hajarul aswad di bawahnya disitulah tulang sulbi Siti Hawa diletakkan. Maka dalam melakukan ibadah ini, tiada lain memuji kebesaran Allah saja yang ada kerana disinilah tumpuan umat mengarahkan solat di samping itu disitulah dikatakan "letaknya makam atau martabat Nabi Adam sebagai manusia pertama" di Masjidil haram. dan Kaabah sebagai lambang "rumah Allah" akan terpelihara sehingga hari kiamat.

Apabila masa beredar, umat Islampun berpusu-pusu pulang. Tetapi yang amat mengajaibkan, yang datang selepas itu berpusu-pusu  DATANG DARI PELBAGAI PENJURU MASJIDIL HARAM. Inilah kebesaran Allah yang meletakkan AL Haram sebagai pusat ibadah yang penuh kemuliaan dan berkat.

Sekembali ke tanahair, alhamdulillah dapatlah menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan laungan takbir memuji kebesaran Allah di sana sini. Dan sudah menjadi kebiasaan di negara ini, bersalam bermaaf-maafan diantara satu sama lain kerana diyakini, apabila tiba syawal, kita kembali kepada fitrah, terhapus dosa-dosa jika dengan izin Allah. dan bermaafan sesama insan perlu dilafazkan supaya terhapus dosa-dosa sesama insan secara sengaja atau tidak sengaja sebelum ini. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu dan akan datang...Pohon kemaafan jika ada salah silap serta khilaf sepjg penulisan dibuat dari awal hingga akhir.

Wallahhuallam.

No comments:

Post a Comment