Friday 16 August 2013

KEMELUT DI MESIR- BANTAHAN MALAYSIA PADA MESIR BERTERUSAN.

Di Kuala Lumpur, lebih  daripada 120 NGO'S telah berkumpul dan Berarak di kedutaan Mesir di Jalan Ru Ampang semalam bagi menyerah Nota Bantahan. Ini merupakan sebagai tanda komitment Masyarakat Islam Malaysia bencikan peperangan dan pertumpahan darah sesama Islam di Mesir.




Secara ringkas, Kemelut Mesir sebenarnya telah mengambarkan secara tersirat suatu pertembungan proksi antara beberapa kuasa besar Negara arab iaitu Arab Saudi dan Qatar. Masing-masing cuba memperluaskan pengaruh ke atas negara-negara arab yang bermasalah.


Kalau dilihat daripada rentetan awal krisis Mesir, iaitu di era Pemerintahan Mohammed Mursi, hanya Qatar dan Turki yang banyak menghulurkan bantuan kewangan kepada Mesir. Bagi Negara Arab Saudi,UAE, Jordan dan Kuwait mereka merasakan kebangkitan Ikhwanul Muslimin merupakan ancaman kepada politik mereka.

Qatar dan Turki telah memberi bantuan kepada Mursi lebih daripada AS$10 billion yang membolehkan Mursi bertahan. tetapi sebaliknya di Pihak Arab Saudi dan Kuwait dimana mereka enggan membantu padahal mereka adalah negara arab yang kaya raya dengan minyak dan gas.

Amerika Syarikat sedaya upaya cuba kekalkan pengaruhnya ke atas Mesir dengan memberi bantuan kepada Angkatan Tentera sebanyak AS$1.5 billion di era Murshi dan namun pengaruhnya agak terhad. Kini apabila Murshi ditumbangkan secara tidak sah, maka rakyat Mesir yang menyokong Mursi telah telah di serang dan di bunuh. Sehingga hari ini suasana darurat di Mesir berterusan dan serangan balas penyokong Mursi bertali arus di beberapa daerah di Mesir.

Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa 3 punca utama Mesir terus bergolak termasuklah  Syria yang berpunca daripada sikap negara arab sendiri yang kaya untuk menguatkan pengaruh, pengaruh ini ada kaitan dengan dasar negara barat yang ingin melihat negara Islam tumbang satu demi satu. Selain itu ada kaitan dengan kebangkitan suatu golongan Umat Islam di akhir zaman yang menghendakkan Islam sebagai satu Ad Deen yang benar seperti dianjur oleh Rasulullah S.A.W.

Sama-samalah kita berdoa, supaya Mesir yang terkenal dengan "negara gedung Ilmu Islam dan Barisan Ulama yang hebat" menjadi aman dan stabil. Para Pelajar kita disana juga diharap tidak menjadi mangsa kekejaman tentera Mesir.  Sebagai rakyat Malaysia kita harus berwaspada akan ancaman dari dalam dan luar. Musuh-musuh Islam sentiasa mengintai peluang untuk menghancurkan perpaduan yang ada di negara ini. Siapa akan tolong Negara kita jika negara kita bergolak ??? 




No comments:

Post a Comment