Thursday 21 March 2013

PELIHARALAH LIDAH KERANA 'GHIBAH" MERUPAKAN PERBUATAN KEJI.. 


Ghibah merupakan suatu perkara DILARANG kerana  kesannya  amat negatif. Firman Allah yang bermaksud " Celakalah bagi tiap-tiap pencaci, pengeji." Surah al-Humazah 104:1)  


Ghibah berasal dari perkataan ghaba, yang bermaksud "ghaib" Ianya merujuk kepada perbuatan manusia yang mencakupi cacian, umpatan atau kata-kata mengutuk orang.   Dalam Al Quran juga disebut beberapa kali supaya kita menjauhi dari sangkaan (supaya kita tidak menyangka sangkaan yang dilarang). Ini kerana kesedapan bercakap, lebih mirip pada membawa sangkaan buruk.

Firman Allah jua ada juga menjelaskan berkaitan gelaran-gelaran buruk yang sering dipakai pada ramai pihak.; antaranya yang bermaksud; " Dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. ( Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka) amat buruknya sebutan nama fasiq (kepada seseorang) sesudah ia beriman (Surah al- Hujurat 104:1.

Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan kekeliruan apa yang disebutkan sebagai 'ghibah', Rasulullah berteka-teki dengan para sahabat melalui sebuah Hadith iaitu yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w menyoal para sahabat suatu hari." tahukah kamu apa itu Ghibah? Para sahabat menjawab, Allah dan Rasulnya lebih mengatahui".Rasulullah bersabda lagi.," yang dimaksudkan Ghibah adalah apabila engkau menceritakan sesuatu  tentang saudaramu sesuatu yang ia benci,"

Bertanya seorang lelaki,: Ya Rasulullah, bagaimanakah jika apa yang dicritakan itu benar ada padanya?. Rasulullsh menjawab,"Kalau memang benar ada padanya, maka itulah Ghibah, Jika tidak benar, engkau telah berbuat buhtan (mengada-adakan). Hadith Riwayat Muslim.

Maka dalam mengakui kita sebagai orang beriman, marilah kita elakkan dari terus menimbunkan dosa, dan janganlah kita juga mengintip atau mencari kesalahan-kesalahan dari keaiban seseorang, jauhi mengumpat,  semuanya ini seperti kata perpatah melayu,' kerana lidah badan binasa'.

Sunggupun demikian beberapa pengecualian dibenarkan sebagai menunjukkan bahawa Islam adalah agama Islam yang membawa rahmat sekelian alam. Antara Ghibah yang dibenarkan termasuklah, Orang yang teraniya yang boleh menceritakan kezaliman yang yang menganiyanya, dalam menuntut keadilan.   Firman Allah yang bermaksud,"Allah tidak suka kepada perkataan -perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang)kecuali oleh orang yang teraniya", (Surah al- Nisa:4:148).

Perkara ghaibah yang dibolehkan juga termasuklah bagi membantu seseorang yang berbuat maksiat untuk kembali ke pangkal jalan. Begitu jugabagi tujuan memberi fatwa, maka org yang bertanya boleh menceritakan keburukan orang lain, tetapi terhad kepada permasalahan itu sahaja. 

Kini, proses mencipta pahala, mencipta dosa berada dihujung tangan...mengumpat sedap dilafazkan tetapi berat balasannya, termasuk dalam blog, sms, e-mail,on line forum, facebook dan sebagainya'. Maka peliharalah diri kita, keluarga kita, rakan-rakan kita dan sesiapa yang dekat dengan kita supaya setiap bait kata-kata (peranan lidah), malaikat pencatat, bertugas dan terus mencatat...jika mencatat kebaikan zikirullah, kebajikan, dan perkara-perkara membawa terpilihara roh dan iman, alhamdulillah.

Suasana dalam pilihanraya pru 13 pasti perkara-pekara ini berkembang biak dari pelbagai parti politik. kini dalam facebook dan blog bermacam-macam perbuatan keji berlaku...kita boleh menilai sendiri yang baik dan tidak baik, tetapi harus ingat, jika berdosa pada manusia, untuk mmohon dihapuskan dosa-dosa, perlu memohon maaf kepada manusia, berjumpa mereka dan nyatakan. jika pohon maaf secara maya juga dikhuatiri tidak terampun perlu lafaz khusus. Maka jabilah Rasulullah dan para sahabah sebagai model dan ikutan yang terbaik. w'alam.

No comments:

Post a Comment