Monday 4 March 2013

 PENYEBAR FITNAH DAN BERITA- BERITA PALSU YANG DIREKA-REKA. JAUHILAH DIRI KITA DARI SIFAT SIFAT PENDUSTA  

PERANAN INDIVIDU TERMASUK DIRI KITA YANG MENCORAKKAN MEDIA  KOMTEMPARARI KHUSUSNYA, HENDAKLAH  BERHATI-HATI DENGAN  PENULISAN DAN KESAHIHAN BERITA YANG DIBAWA......INI AMARAN ALLAH, SESUNGGUHNYA SEKSAAN DAN AZAB ALLAH AMAT MENGERIKAN.


Amma Ba'du.,

Mukhtakhir ini betapa banyaknya penulisan-penulisan dalam pelbagai media baru termasuk blog, facebook, twetter, akhbar, tv dan termasuk berbentuk ceramah, dialog atau apa2percakapan membawa pelbagai berita palsu, boleh merosakkan akidah seseorang.  
 
 

 
 

 
Apa juga penulisan tidak salah untuk dikongsi bersama asalkan intipati yang ingin disampaikan tidak ditokok tambah atau diputarbelitkan. Medan penulisan juga jangan terlalu menghukum kerana tanpa  dalil-dalil atau bukti yang sah maka ianya boleh membawa unsur fitnah dan mengumpat. 



Di zaman Nabi Muhammad s.a.w golongan pembawa fitnah dan pengumpat tergolong dalam golongan mana? Sudah pastilah mereka termasuk dalam golongan yang menentang Rasulullah Dan tidaklah sampai hidayah dan pertolongan Allah pada mereka,

Firman Allah dalam Surah Al Hujuraat (kamar-kamar), ayat 6 yang bermaksud;

 " Hai Orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan mu itu ".





Di Era pemerintahan Khalifah Othman Al Affan hinggalah Syaidina Ali Abi Talib, bagaimana peranan pendusta-pendusta, pembawa-pembawa fitnah, dan berita-berita palsu sehingga di kalangan para sahabat yang sanggup berbunuh-bunuhan angkara berita-berita palasu dan fitnah berlegar di kalangan mereka.



Adalah tidak mustahil perkara ini menjadi serius di kalangan masyarakat kita hari ini. Masing-masing boleh menilai akan sesuatu berita atau apa-apa yang berlaku. Yang peliknya, kadang-kadang berita benar berlaku, dikatakan rekaan dan fitnah. Pola ini mendedahkan umat Islam sendiri terhimpit antara yang benar dan yang tidak benar,



Maka kita kembali muhasabah diri, agar kita tidak termasuk di dalam golongan yang boleh membawa berita dusta dan  fitnah dan sepatutnya kita jadi agen perubahan yang berakhlak mulia, profesional, tidak mengharap ganjaran dan tidak membakar diri kerana dunia yang sementara ini. 



Allah juga berfirman Dalam Al Quran ayat 221-223 Surah Al-Assyu.ara yang membawa maksud;



" ... Apakah akan Aku beritakan kepadamu kepada siapa syaitan-syaitan itu turun?  Mereka turun kepada tiap -tiap pendusta lagi yang banyak dosa; Mereka menghadapkan pendengaran (kepada syaitan) itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta..."




   

No comments:

Post a Comment