Saturday 8 December 2012

RUANG AGAMA (siri 2)

HUKUM DAN PERINGKAT MENGENAL ALLAH

Amma Ba'du.,Semoga Allah terus memberi  hidayah dan taufiq berterusan kepada kita muslimin dan muslimat serta Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, tabiin at tabiin, ambia dan Wali-wali Allah serta para daie.

   (Bersama tuan guru pembimbing sheikul Tarikat Al Satariah (kini Almahrum) Sheikh Hj Muhamad Isa Ahmad Ansorullah- Al Fatihah)
                                                                               
Semua mengatahui bahawa hukum mengenal Allah hukumnya WAJIB, fardhu ain ke atas setiap mukallaf. Tidak mengenal Allah hukumnya berdosa besar dan tidak diterima amalan atau apa jua kebajikan. Ulama Tauhid ada mengatakan "maka tidak sah ibadah melainkan dengan mengenal (tuhan) yang disembah.." Maka selagi ada nyawa, teruslah langkah bermujahaddah...yakni berusahalah bersungguh-sungguh beramal dan belajar.

3  Peringkat Mengenal Allah;
Pertamanya; Peringkat Awwam (orang kebanyakan) iaitu wajib mengenal Allah sekurang-kurangnya peringkat ini, dgn menuntut ILMU TAUHID sehingga dapat ikhtiqad yang jazam, dikuti muafakat bagi yang sebenar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah serta ada dalil sama ada dalil Ijmali atau beserta dalil Tafsili ayat (ALQuran)
Keduanya; Peringkat Khawwas yakni darjah Solihin. Untuk mencapai peringkat atau makam ini perlu menuntut ilmu dan menentang nafsu dengan bersungguh-sungguh, di samping dapat bimbingan guru yang murshid. Mudah2an dapat mengenal Allah di peringkat ini ada rasa kemanisan dan nikmat dalam beribadah (wijdan), hati akan tetap tanpa rosak (Mustaqar) dan akan rasa Hadir dan Tahu Allah. manakala;

ketiganya; Peringkat Khawas Al Khawas yakni Darjah Musyahadah Allah dimana mereka sentiasa 'Tenggelam' dalam Mahabbatulah seolah-olah sentiasa dalam pelukan Allah...bermanja dengan Allah. Seperti  Sabda Nabi Muhamad S.A.W ysng bermaksud; " Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya" ...maksud melihat berkaitan dengan perasaan jiwa dan hati serta rasa kasih pada Allah amat mendalam. Inilah dinamakan kelazatan dalam beramal...sentiasa rasa kesiangan dan bersama Allah. Makamnya pula adalah makam para rasul, para ambiya' dan Auliya.serta para sesiapa yang terpilih

Untuk menuju makrifatullah,seperti kata Al Sheikh Muhammaad Nafis ibnu Idris Al Banjari, bahawa setiap insan perlu bermujahadah 4 perkara;
 (i ) Lapar
(ii) Diam
(iii) kurang Tidur
(iv) Beruzlah- mengasingkan diri dari orang fasiq.

Dalam menuju jalan tersebut bertaqarrub pada Allah dengan bertekad dan membulatkan azam dengan meninggalkan kesedapan duniawi dengan menuntut Ilmu daripada guru2 Murshid, dan bergelomang dengan ilmu dan amalan2 sunnat serta wajib, palingkan hati pada banyak memikirkan hal duniawi yang melalaikan kepada hal-hal persediaan untuk kematian, rasa kasih pada Umat Islam dengan berdakwah dan berdoa untuk kebaikan untuk mereka jua..bukan doa menjahanamkan umat. serta terakhirnya mencari rezeki untuk sekadar hidup saja.

Kesimpulan awal, sekiranya ada insan yang mengatakan bahawa jalan ini jika Umat Islam ikuti semua, macam mana Ummat Islam hendak maju???? maka tidak perlulah jawab persoalan-persoalan ini..sesungguhnya kita sedang menerokai laluan ini untuk kembali kepada Allah tidak tahu bila,,,untuk kembali  bukannya kembali ke huffai Hunnai, dengan "tangan Kosong"....kita kembali dengan jiwa yang tenang dengan bekalan yang mencukupi ke alam yang Maha-maha panjang dan jauh perjalanannya. (w.alam)



No comments:

Post a Comment