Monday 10 December 2012

Agama


INSTITUSI MASJID DAN SURAU JANGAN DIJADIKAN MEDAN PERPECAHAN UMMAH

 
Hampir menjelang pilihanraya, kurang lebih 100 hari mungkin, sesetengah institusi masjid dan surau terus dijadikan medan perpecahan ummah. Sesetengah penceramah dikalangan ustaz-ustaz memanipulasi ruang yang diberikan kepada mereka dengan pelbagai kiasan-kiasan dan ada yang terus menghentam dan mengaibkan pemimpin-pemimpin negara .
 
Amat malang institusi ini khususnya jemaah yang datang  ke masjid atau surau untuk mendapatkan ilmu,mendalami ilmu, mempelajari yang tidak tahu kepada tahu, yang gelap untuk diterangi dan kadang-kadang jemaah rasa macam tidak selesa, rasa marah dan ada yang malas untuk berjemaah disesetengah surau atau masjid.



Sebuah Masjid
 
 Kesannya ada 3, pertamanya, sesetengah jemaah yang tertarik untuk berjemaah hilang minat untuk datang berjemaah bila ada penceramah, keduanya, sikap pihak yang berkepentingan semakin mendabik dada setelah ustaz2 memberi hujjah yang kononnya hujjahnya yang benar dan ketiganya, hubungan kemasyarakatan makin rengang dan terhakis.
 
Bagi solat jumaat pula bacaan kutbah dikalangan imam-imam jemputan semakin berapi-api dan ada kenyataan-kenyataan berunsur fitnah dan pembohongan. Pada orang-orang kampung, amatlah kesian mereka, mereka menjadi sasaran untuk menghadapi masyarakat, sehingga ada unsur tidak bertegur sapa, bersalampun muka pandang ke lain, kenduri kendarapun dan wujud berpuak-puak, jika ada kematian, ada yang tidak datang dan perpecah belah.



Jemaah Masjid
 
Para daie, para pemimpin masyarakat dan Jawatankuasa Masjid dan surau dan sesiapa yang berpengaruh, jangan biarkan perkara ini berterusan berlaku. Sepatutnya, tinggalkan fahaman politik di luar pagar masjid dan surau dan betulkan semula ke[pincangan ini. Jadilah JK Masjid dan surau sebagai DAIE, apabila ada ahli masyarakat tidak datang berjemaah, ziarahilah mereka seperti yamg ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dan sahabat...dan janganlah letak kerja tersebut pada jemaah Tabligh sahaja....kerana apa guna pegang jawatankuasa Masjid dan surau, tugas dakwah tidak dibuat dengan penuh hikmah..



 

No comments:

Post a Comment