Tuesday 8 October 2013

PEMILIHAN KEPIMPINAN UMNO 2013 : APA HALA TUJU SEBENARNYA???

33,272 CALON SAH BERTANDING


260 Bertanding Majlis Tertinggi dan 33,012 Peringkat Bahagian. Kedua-dua peringkat pertandingan Majlis Tertinggi dan bahagian memperlihatkan suatu angka yang agak besar kali ini. Seramai 146,000 orang perwakilan yang akan memilih pemimpin di peringkat pusat, bahagian dan sayap. daripada jumlah tersebut 1,703 tidak layak  mengundi kerana muflis.


Jumlah calon-calon Peringkat Pusat:

Pengerusi Tetap           :1 calon (Menang tanpa bertanding)
Tim.Pengerusi Tetap   : 3 calon
Presiden                        :1 calon (menang tanpa bertanding)
Tim. Presiden               : 1 calon (menang tanpa bertanding)
Naib Presiden               : 6 orang
Majlis Tertinggi           : 63 calon (seorang tidak layak bertanding).

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Pengerusi Tetap                    : 3 calon
Timb Pengerusi Tetap          : 5 calon
Ketua Pergerakan Pemuda  : 5 calon
Timb Ketua Pemuda             : 5 calon
naib Ketua Pemuda               : 4 Calon
AJK pemuda                          : 77 calon

Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Pengerusi Tetap             : 1 Calon (menang tanpa bertanding)
Tim. Pengerusi Tetap    : 2 calon
Ketua Wanita UMNO   : 3 calon
Naib Ketua Wanita       : 3 calon (seorang menarik diri)
AJK Wanita                   : 44 Calon
 
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Pengerusi Tetap                   :1 calon (menang tanpa bertanding)
Tim Pengerusi Tetap           :2 calon
Ketua Pergerakan Puteri    :2 Calon
Naib Ketua Puteri                :3 Calon
AJK Puteri                            :30 Calon

Banyak sekali ulasan dan analisa berkaitan pemilihan kali ini telah dibuat di dada akhbar dan di media elektronik. Pemilihan kali ini merupakan suatu pemilihan penting untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui kepimpinan negara dalam cabang legislatif dalam sistem pentadbiran negara.

Ini juga menyediakan suatu keputusan barisan kepimpinan baharu yang bakal menjelmakan calon-calon pilihanraya ke 14 nanti. Apakah itu mencukupi??? Apa pengisian dalam tempoh 3-5 tahun selepas ini???

Apapun masa terlalu jauh untuk menyingkap perkara itu, pelbagai perkara boleh terjadi. Apa yang lebih penting adalah hala tuju yang sepatutnya dirancang secara bersekali untuk meletakkan UMNO sebagai wadah yang jelas dan terang dalam mengisi tuntutan agama, bangsa dan negara.

 Ramai orang bercakap transformasi, bercakap soal perjuangan, bercakap soal kekuatan Umno tetapi soal pengisian dalam wadah Umno masih kurang  diterjemahkan secara langsung. Lebih-lebih lagi dalam soal tarbiyah dan penghayatan akidah, tauhid serta tuntutan Allah untuk melaksanakan segala perintah dan hukum hakamnya.

Alangkah indahnya para pemikir di kalangan bakal pemimpin yang hendak menawarkan diri memikirkan halatuju yang sebenar, bukan hanya merebut jawatan semata-mata,  bukan mencari peluang mencipta kekayaan dan inginkan nama dijulang dan seumpamanya.


Tetapi tuntutan paling penting adakah merancang untuk menjadikan UMNO parti Islam yang sebenar. Meletakkan Al Quran sebagai Rujukan utama di samping hadith serta sunnah diterjemahkan sebagai ikutan dan amalan serta contoh ikutan, malah diumumkan sebagai Suatu Perbahan Drastik tanpa merasa takut pada Manusia. Penasihat-penasihat agama harus meletakkan diri sebenar-benarnya untuk menasihat dan menunjuk jalan.

 Jika ini berlaku....Maka masyarakat Islam akan merasa sentuhan syukur  yang  tidak terhingga kerana hajat utama mereka dan majoriti orang Islam kini adalah "mahukan sebuah negara Islam yang sebenar". Pemimpin-pemimpin yang bakal dipilihpun benar-benar berkualiti dan bersih.

Maka terhasillah kepimpinan Islam sebenar, pemimpin-pemimpin yang sentiasa takut dengan ancaman-ancaman Allah jika tidak laksanakan amanah dan tanggungjawab. Disamping menyampaikan berita -berita gembira kepada pemimpin yang dapat menunaikan "keberanian amanah" ini kerana ini adalah janji ALLAH  Azzawajalla dimana balasan buruk atau baik sedang menunggu lebih-lebih lagi di hari perhitungan.

w'alam.








No comments:

Post a Comment