Wednesday 10 July 2013

KETIBAAN RAMADHAN:

REBUTLAH KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG ADA DI BULAN RAMADHAN


Alhamdulillah...Syukur atas nikmat Allah memanjangkan usia kita sehingga kita dapat berada dalam bulan Ramadhan semula. Terasa begitu pantas ketibaaan ramadhan kali ini.  Ibadah  Puasa merupakan suatu ibadah yang biasa bagi umat Islam dan di fardhu dalam bulan ramadhan. Rasulullah bersabda yang bermaksud':

 Apabila datangnya bulan ramadhan, pintu2 Syurga dibuka dan pintu-pintu neraka di tutup, syaitan dirantaikan (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Umat Islam yang taat pasti rasa bergembira menyambut bulan penuh barakah ini dan mereka berpuasa dengan penuh keimanan, ada juga yang berpuasa tetapi sekadar hanya mendapat lapar dan dahaga. Masih ada juga umat yang tidak berpuasa kerana pelbagai alasan yang tidak munasabah kecualilah bagi  kes-kes musafir atau sakit, dibenarkan berbuka atau tidak berpuasa.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dimuliakan Allah SWT kerana dalam bulan ini Al Quran diturunkan sehingga ianya dikenali Bulan Al Quran. Dalam bulan ramadhan, Malaikat Jibril akan membaca Al Quran dan menyemak bacaan Rasulullah sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari.

Dalam beberapa riwayat lain terdapat tambahan lafaz dimana  dikatakan Allah akan membebaskan manusia daripada neraka  dan berlangsung setiap malam (dalam Ramadhan). berdasarkan riwayatkan daripada ibnu Majah, Alk Termizi dan Ibnu Khuzaimah). malam Lailatul Qadar turut berada dalam bulan mulia ini, iaitu malam lebih baik dari 1,000 bulan. Ini selari dengan  Firman Allah yang bermaksud;

"..Sesungguhnya Kami (yakni Allah) telah menurunkan Al Quran ini pada Malam LailatulQadar dan apakah engkau mengatahui malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik dari dari 1,0000 bulan.

Kelebihan-kelebihan lain banyak sekali boleh diperolehi dalam bulan berkat ini, alangkah indahnya ramai di kalangan kita rajin bersedekah dan memberi makan orang yang berpuasa...alangkah bertuahnya kita dapat melakukan ibadah-ibadah sunat selain dari tarawih yang ganjarannya tidak perlulah di hitung..

Alangkah indahnya kita dapat membaca Al Quran dengan bersungguh-sungguh dan dapat membaca dan cuba memahami maksudnya dan beberapa perkara lain termasuk hal perbuatan, niat, sangkaan dan sebagainya.

Sesungguhnya dengan kesihatan dan kekuatan yang Allah berikan, marilah kita sama-sama mencari kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan barakah ini. Sudah pasti ada yang tersirat disebaliknya dan beruntunglah jika ditakdirkan kita  dapat bertemu  malam Lailatulqadar dengan amalan-amalan yang berterusan. Semoga Allah permudahkan dan makbul doa dan usaha kita. Wallah'alam.










No comments:

Post a Comment