Tuesday 25 June 2013

Sindrom Selesa Halang Penjawat Awam Maju - Ketua Setiausaha Negara (KSN).

 
 
 
Sindrom selesa pada sesuatu tahap pencapaian dalam kalangan penjawat awam merupakan halangan utama ke arah menjadikan sector awam kekal relevan dengan perubahan semasa.  Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, tanggapan tersebut  adalah sejajar dengan jangkaan rakyat atau  pelanggan hari ini terhadap perkhidmatan  awam semakin hari semakin tinggi.


 
 
 
"Sudah tentu  memerlukan kita sebagai penjawat awam membuat pembaharuan yang berterusan supaya sentiasa responsif, relevan, cekap, cepat dan berkesan dalam memenuhi permintaan serta harapan rakyat." "Malah, selaku penjawat awam kita mempunyai peranan yang sangat besar dalam memastikan setiap dasar dasn agenda nasional diralisasikan dengan sebaik mungkin," katanya.
 
Beliau berkata demikian  ketika berucap di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2012.  Pada majlis itu, seramai 1,374 orang pegawai daripada 42 Jabatan dan agensi dibawah  JPM menerima APC masing-masing.
 
Menurut Tan Sri Dr. Ali, penjawat awam perlu bersedia dan berfikiran terbuka untuk melakukan anjakan paradigm  yang selari dengan perubahan persekitaran.  Penjawat awam perlu lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah yang proaktir melalui program Jejak Mekar Perkhidmatan Awam.
 
"Mereka juga harus menggunakan sebaik mungkin tempoh masa yang diberikan, sama ada di peringkat pengurusan atau pelaksanaan, untuk melakukan yang terbaik.  Masa yang kita ada tidak panjang dsan kadangkala terlalu singkat," katanya.
 
 
Tan Sri Dr. Ali turut menambah , buat julung kalinya JPM memperkenalkan satu lagi pengiktirafan dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kalangan pengawai dan kakitangan awam yang bukan berstatus tetap.  Beliau berkata, penjawat awam terbabit  merangkumi secara lantikan, perkhidmatan kontrak, pekerja sambilan harian dan pegawai daripada perkhidmatan singkat.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment