SEKADAR SEBUAH PEMIKIRAN: TETAPI INILAH REALITINYA
Umat Islam di Malaysia sedang menuju kehancuran jika terus begini...Hayatilah satu persatu bait kata-kata ini...
Amma Ba'du.
Islam adalah Agama DAKWAH DAN TARBIYAH yang saling merentasi segala disiplin ilmu dan sistem kehidupan. Pendekatan (manhaj) dalam kerja dakwah dan tarbiyah sepatutnya melalui keilmuan yang SUBUR supaya pengurusan sistem terus berkembang.
Kini Kefahaman pada KEBENCIAN lebih SUBUR dan pertimbangan DAKWAH semakin MENIPIS. Malah Pertimbangan 'KUASA DAN KEPARTIAN' semakin MENEBAL. Apakah perlu kita membiarkan sehingga Ummah tidak lagi berganding bahu, tidak bertegur sapa, berpuak-puak, saling tuduh menuduh, fitnah semakin berleluasa dan pelbagai isu dimainkan.
Malah ada Pimpinan Islam boleh bergabung dengan penentang Islam. Penentangan secara terbuka bukan direka-reka. Perjuangan menegakkan perlembagaan Islam yang diperjuangkan sekian lama sanggup 'diganti' dengan perlembagaan sedia ada.
Perjuangan dan perancangan pelaksanaan 'hudud' yang diwar-warkan dibenam dan digugurkan. Apa erti semua ini??? Betapa ramai para ilmuan Islam terkejut dan mengeluh. Maka inilah suatu 'titik hitam' yang memperjudikan agama untuk meraih kuasa.
Teringat kata-kata Allahyarham Ust. Fadzil Noor, sewaktu memimpin PAS, antara lain katanya "..dalam perjuangan Pas, biar kita sedikit, tetapi berkualiti....". Pemimpin kini..khususnya PAS kata-kata mereka menyebabkan banyak pihak sudah hilang hormat dan patut bersara lebih baik dari bertahan di kerusi yang ada.
No comments:
Post a Comment