Thursday, 21 March 2013

PENCAPAIAN PROGRAM TRANSFORMASI NASIONAL SELEPAS 3 TAHUN DILAKSANA DI TAHAP CEMERLANG.


DIYAKINI MEMBERI IMPAK POSITIF KE ATAS EKONOMI DAN SOSIAL MASYARAKAT. TRANSFOMASI AGAMA ADAKAH DI PERINGKAT PERANCANGAN???


Hampir seluruh masyarakat di negara ini telah biasa bercakap bab tranformasi, di bandar mahupun di luar bandar. Kadang-kala istilah sebegini agak sukar difahami, disebabkan peluang menatap sumber -sumber bacaan disesetengah tempat khususnya dipedalaman masih tidak sampai. Menonton TV terhadap sesuatu berita tidak dapat menangkap pemahaman sebenar.

Namun Alhamdulillah, kesan ulang tayang didada akhbar, berita tv, mahupun radio serta lain-lain mampu memberi kefahaman sedikit demi sedikit. Y.A.B Perdana Menteri yang mula memperkenalkan Program-program Transformasi (ETP) sejak 2010 kini hasilnya boleh dipaparkan. Keberanian Perdana Menteri melakukan anjakan paradigma ini  sebagai "Suatu daya upaya melawan arus globalisasi ditengah-tengah persekitaran ekonomi dunia terumbang-ambing".

Beberapa pencapaian luar biasa dapat diraih yang mencakupi pertumbuhan ekonomi dengan mengembleng pelaburan pihak swasta secara berganda. Sebelum ini sumbangan purata pelaburan kepada KDNK cuma 10-12 peratus, kini meningkat hingga 16 peratus.

Terlalu banyak fokus diberikan dalam  sektor luarbandar khususnya, antaranya Infrastruktur (jalanraya, air, eletrik, penyelengaraan). Bagi jalan raya 95-99% telah dibina membolehkan penduduk mempunyai asses yang sempurna. Bekalan air 95-99%, elektrik 95-99%. Manakala sektor pertanian,pelancongan, perladangan dan industri desa tlh difokus kepada pengeluaran berganda.

Bagi program GTP, ternyata memberi impak yang positif. Semua lapisan masyarakat dapat mengecapi nikmat perancangan pembangunan termasuk pelajar, peniaga, pemandu teksi, petani, nelayan, guru-guru, belia, orang kurang upaya, imam-imam, ibu tunggal, pesakit dan sebagainya. Bantuan-bantuan yang diberi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban sara hidup yang semakin meningkat. Yang membanggakan negara, jaminan BRIM tahun kehadapan telah dijanjikan sebagai suatu bantuan sara hidup berterusan,

Walau bagaimanapun, selepas pilihanraya PRU 13, diharap kerajaan turut fokus turut kepada pelan transformasi ke arah pembangunan agama supaya lebih tersusun. Aspek kerohanian umpamanya, pembangunan kesedaran TAUHID PADA ALLAH tidak harus dipinggirkan. Ramai umat Islam masih terkebelakang dalam pegangan akidah, syaariah, muamalat, dan yang terpenting memikirkan kaedah melaksanakan peraturan -peraturan atau hukum hakam agama supaya hidayah dan redha ALLAH diperolehi.

Para Ilmuan Islam, Ulama, Mufti-mufti, Penasihat Agama atau sesiapa sahaja harus bingkas bangun untuk membantu Pucuk Pimpinan Negara utk mencipta suatu 'Transformasi Agama" sejajar dengan tuntutan SYARIAT DAN SYARAK. Dengan keikhlasan niat dan usaha bersunguh-sungguh,  perkara ini akan menjadi kenyataan, Insyallah. Allah berjanji dalam Al Quran, bahawa sesiapa menolong AGAMA ALLAH, bantuan ALLAH akan sampai. jadilah diri kita sebagai " Ansorullah" ,  w,alam.





   

No comments:

Post a Comment