Thursday, 7 March 2013

PERJUANGAN PAS AKAN TENGGELAM JIKA  TERUS BERADA DALAM PAKATAN RAKYAT SELEPAS PRU 13 ??? 

ALANGKAH INDAHNYA JIKA PAS BERSAMA UMNO MENCARI TITIK PERTEMUAN SEGERA....PARA ULAMA PAS DISERU SUPAYA   KELUAR DARI PR..PERJUANGAN MENEGAKAN HUKUM ALLAH LEBIH TERSERLAH BERSAMA BN.




Percaturan parti-parti politik menjelang PRU 13 untuk mencapai kemenangan terus berlangsung. Tidak sampai sebulan pasti parlimen akan dibubarkan. Selepas itu gendang pilihanraya  akan memuncak dengan suatu pertarungan yang amat sengit.
BN sebagai parti yang memerintah telah membuat persediaan  begitu rapi, teliti dan tersusun untuk mengekalkan kuasa memerintah dan dengan sasaran merampas beberapa kerusi tambahan. Berdasarkan gerak kerja yang begitu kuat ditambah program-program "Janji di tepati" yang dilaksanakan berterusan oleh Y.A.B Perdana Menteri, telah memberi keyakinan dan bukti bahawa Kerajaan Pemerintah begitu releven untuk meneruskan pengekalan kuasa.

Alangkah indahnya pihak PAS meneliti Menifesto Pakatan Rakyat yang keluarkan, tidak nampak langsung slogan Mendaulatkan Negara Islam lagi, Perjuangan menegakkan hukum Allah terpinggir, Negara Kebajikan yang diketengahkan seolah-olah hanya mengubahsuai apa yang dilaksanakan oleh BN semasa, kecuali janji-janji yang tidak munasabah.

PAS jangan mengharapkan sesuatu yang indah dari PR. Selagi  ada insan yang bernama Anwar Ibrahim dengan agenda peribadi. Ditokok tambah dengan Karpal Singh yang menentang Undang-undang Islam, Lim Guan Eng dengan cita-cita Malaysian Malaysia,
tidak nampak jalan Pas akan bangkit.

Sejarah terbaharu di Pulau Pinang dan Selangor begitu nyata betapa hukum hakam Islam dipermainkan dan dipandang remeh. Malah 2 pemimpin PAS berpengaruh tersingkir dalam keadaan yang cukup mengecewakan. Semuanya ini menunjukkan cita-cita Pas akan terhalang dan banyak ranjau menanti.




Para Ulama PAS yang berpengaruh seperti AF Ustaz Harun Din Al Hafiz, Timbalan Mursidur Am PAS,seorang ulama yang disegani disaran memainkan peranan supaya, Mursidur Am PAS dan Presiden PAS musahabah diri tentang erti perjuangan sebenar dalam menuntut sebuah impian.




Alangkah indahnya memahami perjalanan dan perjuangan UMNO yang sebenar. Janganlah disalahtafsir sebagai perjuangan kebangsaan yang sempit. Segala kekurangan dalam dasar perjuangan boleh diperbaiki dan dibuat transformasi atas semangat nasihat-menasihati antara Ulama dan Umara. Bincanglah secara tertib dan para mufti seluruh negara boleh memberi " penawar " atas kekurangan dan kelemahan yang ada.




Blog Negara Islam bergolak dan berbunuhan sesama Islam seperti di Syria, kini baru " tercari-cari" titik perdamaian dan bersatu setelah puluhan ribu terkorban termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa. Tidak mustahil Malaysia akan terdedah ancaman ini selagi ada segelintir tali barut dan musuh Islam diberi kepercayaan yang berselindung disebalik liberalisme, pluralisme dan Malaysian Malaysia.   




Cadangan pemuafakatan bukan takut kepada persiapan pakatan rakyat menjelang PRU 13, yang bercita-cita merampas Putrajaya. Cadangan ini sebagai penyatuan Ummah dan supaya sebahagian Para Ulama yang jujur tidak dipermainkan oleh Musuh Islam. Manakala sebahagian semi profesional PAS yang gila kuasa, biarlah mereka  tersedar akan salahlaku mereka yang bermain wayang, sesungguhnya mereka tidak ke mana.










 

No comments:

Post a Comment