Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Wednesday, 8 May 2013

KEMEROSOTAN PENCAPAIAN BN DALAM PRU 13: MERANCANG PINDA PERLEMBAGAAN???

KEMEROSOTAN PENCAPAIAN BN DALAM PRU 13:  PERLU PINDA PERLEMBAGAAN ???


Sukar menduga sebelumnya kerana terdapat berbagai pro dan kontra sebelum kemenangan sesebuah parti. BN lebih bernasib baik kali ini kerana kejayaan tersebut walaupun tidak dapat 2/3 seperti dirancang oleh Perdana Menteri.


Pelbagai analisa telah dibuat dan bakal di buat oleh pelbagai pihak tentang keputusan PRU 13. Faktor kejayaan BN ada kaitan dengan kekuatan BN  di Sabah dan Sarawak menyuntik kemenangan buat BN keseluruhannya. Namun kejayaan DAP menambah bilangan kerusi di Parlimen dan Beberapa negeri suatu diluar jangkaan. Kejayaan PAS menambah bilangan kerusi juga suatu dijangka kerana PAS melaksanakan perancangan dengan sistematik dalam pelbagai aspek.
 
 




 
 









Orang yang paling kecewa pastinya Perdana Menteri sendiri. Beliau telah memaksimumkan segala tindak tanduk dan pengorbanan terhadap rakyat. Sesiapa yang jadi pemimpinpun, pasti akan cuba melaksanakan sesuatu tugas yang paling terbaik.  Namun kita harus menerima hakikat bahawa Perancangan ALLAH lebih hebat. Allah tetap beri kejayaan pada BN kali ini dengan kemenangan meskipun tipis.
 


Kemerosotan BN yang berlaku merupakan " sunahtullah" yang telah ada dalam inqishaf Ilmu Allah jua dan para pemimpin BN daripada pelbagai peringkat perlu melakukan muhasabbah diri dan parti lebih-lebih lagi hala tuju perjuangan parti sebagai "Wadah Pilihan". Selepas Muhasabbah diri, perlu lakukan "Post Mortem" secara berjamaah supaya dapat melihat segala analisa SWOT sebagai suatu ukuran kajian.



Terdapat Pelbagai punca menyebabkan berlakunya penurunan sokongan kepada BN pada PRU ke 13 ini. Banyak sekali perbicaraan  dan diskusi telah diadakan semasa proses menunggu keputusan pilihanraya, semasa keluarnya keputusan berperingkat-peringkat dan kini selepas pilihanraya berterusan diperkatakan. Disini tidaklah mahu diulang apa yang menjadi punca-punca kekalahan BN kerana rata-rata masyarakat telah ketahui secara umum mahupun secara khusus.
 

Apa yang ingin diketengahkan secara ringkas, Bahawasanya Perdana Menteri perlu berani melakukan sesuatu dan membuat perubahan drastik. Digerakkan sebuah ingatan bahawa Perdana Menteri perlu membuat Pengumuman Besar dan bersedia untuk meminda Perlembagaan Malaysia dengan Sebuah Perlembagaan Berteraskan AL Quran dan Al Hadith sebagai dasar utama Perlembagaan Malaysia. 

 
 

 
 
 

Apabila kesediaan tersebut "terpancar dari mulut seorang Perdana Menteri" pernyataan tersebut, diyakini bahawa Umat Islam tidak kira dari Parti UMNO, PAS dan lain-lain akan menyokong tanpa banyak persoalan dan pertolongan Allah juga akan datang meskipun di pihak lain ada berlaku penentangan.


Titik Gerak ini pasti mampu mengubah sebuah lanskap ideologi politik Malaysia daripada sokongan moral awal diikuti perancangan secara . Pengemblingan tenaga dan kepakaran ke arah perancangan pula diberi masa yang paling sesuai untuk merangka selain mengadakan kajian kemungkinan dan Keberkesanan, Kajian Maklum balas dan kajian secara lebih menyeluruh supaya kefahaman tersebut benar-benar dapat diterima dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini.



Tiada cara lain yang lebin besar selain kembalikan perjuangan hidup dalam sistem bermasyarakat kepada perintah dan suruhan Allah. Insyallah Allah akan memberi pertolongan dan bantuan tanpa diduga dan kemenangan ummah.













Thursday, 2 May 2013

PRU-13: "TUKAR KERAJAAN" MENGUNDANG JAHANAMNYA NEGARA SEPERTI BEBERAPA NEGARA ARAB/ISLAM.

SEJARAH  NEGARA-NEGARA ARAB MUSNAH ANGKARA "UBAH KERAJAAN". APAKAH PRU-13 MEMBERI KESAN PADA NEGARA INI???


Senario politik di Malaysia agak berbeza dengan beberapa negara arab. Ini kerana negara-negara arab merupakan suatu rumpun bangsa dan Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan anutan. Ketika berlaku kebangkitan rakyat di bumi arab seperti Tunisia, Syria dan Libya, banyak pihak begitu teruja khususnya generasi muda dan golongan kecewa kepada kepimpinan sedia ada.


Bermula dengan angin taufan dari Tunisia, kebangkitan gelombang rakyat yang mahu "Ubah Kerajaan" terus merebak ke beberapa negara arab yang lain. fenomena ini dipanggil "Arab Spring" yamh sekaligus meragut ribuan nyawa dan mengundang malapetaka besar pada rakyat dan negara.
 

Di Syria, kebangkitan rakyat mahukan perubahan pimpinan Presiden Bashir El Asad kini menjadi suatu tragedi bermula Januari 2011. Perang saudara sesama Islam selama 2 tahun sehinnga mengorbankan 70,000 nyawa dan memaksa 1.4 juaq penduduk Syria menjadi pelarian. Slogan 'Tukar" kerajaan Syria bukan setakat mengorbankan nyawa, malah negara mereka musnah dan suasana ketakutan berlarutan hinnga kini.

Di Libya, Keamanan sukar dipulihkan dalam 5 tahun. Malah Kepimpinan Muamar Ghaddafi yang mengamalkan negara kebajikan "dimusnahkan" oleh rakyat sendiri angkara pengaruh asing yang menanamkan sifat kebencian pada pemimpin. Slogan "tukar" menjadi rakyat Libya menjadi ganas dan dan biadab.
 
 
 
Pemimpion mereka bukan setakat digulingkan malah dibunuh dengankejam tanpa belas kasihan. Apakah Ghadaffi tidak berjasa padahal beliau amat digeruni Amerika Syarikat dan PBB. Pada September lalu, bangunan Consulat  Amerika Syarikat  Di Benghazi di bom menakibatkan Duta Amerika Starikat dan 3 rakyat Amerika dibunuh.
 
 
 

Diikuti Kedutaan Perancis di Libya menjadi sasaran apabila letupan bom diatur di Tripoli pada 23 April lalu menyebabkan beberapa orang cedera parah dan hubungan diplomatik sekain terhakis dengan negara kuasa besar. rakyat Libya pula terus berpecah belah dan ekonomi mereka tersungkur begitu teruk.

Di Mesir pula hampir sama ceritanya, Kejatuhan bekas Presiden Hosni Mubarak tidak menam[pak sebarang perubahanpun di bumi ambia.. Sebaliknya kehidupan rakyat semakin menderita saban hari dengan demonstrasi ganas yang banyak mengorbankan banyak nyawa sesama Islam. Kekejaman tanam hidup-hidup umat Islam terus berlaku. Maka nikmat keamanan dan keselamatan di era Hosni hanya tinggal kenangan dan sejarah hitam.
 
 

Pertempuran berlaku sesama penyokong yang mendokong perjuangan "ubah" berterusan khususnya di bandar-bandar besar dengan sasaran mereka kepada kerajaan mereka yang pilih sendiri iaitu kerajaan Presiden Mohamed Mursi. Maka slogan 'tukar' yang diperjuangkan terpaksa membayar harga yang amat mahal di bumi arab yang memperlihat satu persatu negara Islam mengalami kejatuhan dan kemusnahan.

Kini ada usaha-usaha untuk memulih kedamaian apabila sebilangan pemimpin merasa mereka telah terlanjur kononnya melihat perubahan. Jika diteliti dari sudut punca kejadian peperangan saudara ini...ianya jelas berpunca darpada beberapa perkara iaitu Perbezaan ideologi dan fahaman politik sehingga menwujukan ketidakstabilan negara.
 
 
Kesan yang berlaku telah menyebabkan beberapa masalah sosial sedang tenat dialami seperti pengganguran, kemiskinan, rasuah, huru hara dan dendam yang berterusan dikalangan pengikut-pengikut, penyokong dan rakyat di luar bandar semakin menderita disebabkan tekanan ekonomi yang tidfak stabil. Musuh-musuh Islam bertepuk tangan dan melihat inilah teori domino yang berkesan untuk menghancurkan Islam dan negara bangsa mereka.

Maka Apakah Malaysia boleh terjadi sedemikian. Jawapan yang wajib dijawab adalah benar. Malaysia, jika tidak dibendung dari sekarang akan berlaku pergelutan lebih dasyat. Ini kerana dalam situasi  PRU 13, telah ada unsur-unsur kemusnahan dalam manifesto pembangkang jika pakatan rakyat memenangi PRU 13. Dap terang-terang yang mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina dan terus cuba mempengaruhi pimpinan PAS dan PKR.

 
 
 
 
 

 
 
Perpecahan sesama Islam semakin ketara di negara ini ekoran perlanjutan tempoh mengadakan pilihanraya  sehingga 1 tahu 6 bulan yang diwar-warkan terlalu awal pada tahun lalu, Maka proses persiapan untuk memenangi pilihanraya pasti diambil oleh pelbagai pihak. Maka dalam ruang lingkup, tersebar pelbagai fitnah-fitnah dalam pelbagai media moden, isu agama terus berkumandang semula berkaitan hudud dan pelbagai tipu muslihat berlaku untuk meraih kuasa dan simpati.

Perdana Menteri yang menjalankan pelbagai transfomasi dengan mengorbankan sebahagian besar sumber negara untuk rakyat rasai "secara langsung" seperti BRIM, Bantuan sana sini, sumbangan pada ngo's, bantuan sekolah-sekolah yang pelbagai bentuk, pelbagai peringkat dan pola masyarakat terus menikmati faedah hasil transfomasi dan tidak terkira betapa banyaknya pengorbanan pemerintah.

Namun reaksi masyarakat khususnya masyarakat cina tidak nampak banyak berubah. Mereka lebih rela mendokong perjuangan DAP. Orang-orang Melayu pula terus berbalah dan terpecah 3 puak. Perkara ini berlarutan akan berlaku. Kesan jangka panjang diyakini negara kita akan terumbang ambing. Jika tidak kena gaya, beberapa negeri akan "di ubah" termasuk (mungkin, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Sebagai pegawai Kerajaan, memang tidak terada peralihan ini, tetapi jika diselidiki secara mendalam, apa akan berlaku ke atas perubahan dasar yangt sensetif seperti menghapuskan hak keistimewaan Orang-orang Melayu, Penghapusan MARA, penghapusan diskaun 5-7% kouta bumiputra dalam pembelian rumah dan pelbagai cadangan yang idea asal daripada mulut-mulut "orang Melayu yang lupa diri" untuk meraih undi daripada kaum lain.
 
 
Soal penghapusan tol dari puluhan syarikat konsesi, Penghapusan hutang PTPTN, penurunan harga minyak biarlah pemimpin-pemimpin pembangkang "pegang kiraan" kemudian sama ada janji mereka retortik atau kenyataan.

Apa yang pasti, Masyarakat malaysia sudah hilang pemuafakatan secara kolektif akibat pegangan politik berpanjangan.  Jika PRU 13 membenam kerajaan yang sedia ada, kita tunggu apa yang berlaku dan akan berlaku. Kemusnahan negara bangsa akan "reput" dengan cepat maka selepas itu kemungkinan akan berlaku sebuah sejarah baru iaitu rakyat Malaysia akan berada dalam keadaan tidak stabil dan perebutan kuasa pasti berpanjangan dan tidak tercapai suatu nokhtah yang terbaik..

Monday, 29 April 2013

Saat-Saat Getir Dalam PRU-13

SAAT-SAAT GETIR DALAM PRU-13- SENTUHAN TERAKHIR BOLEH MENENTU KEJAYAAN?


Menjelang Pilihanraya PRU-13 yang semakin hampir, ledakan kempen demi kempen daripada parti-parti bertanding semakin kencang. Pelbagai strategi telah dibuat dan akan dibuat untuk mempengaruhi para pengundi di kawasan masing-masing. Media Massa dan pelbagai alat komunikasi terus melaporkan kekuatan Kerajaan Pemerintah sekarang dengan Pelbagai Janji dan Kejayaan yang telah dicapai.

 

Ini adalah suatu kekuatan yang sememangnya menjadi hak pemerintah di mana-mana negara. Jika pembangkang menguasai negara sekalipun, strategi yang sama  akan digunakan. Pihak Pembangkang tidak kurang hebatnya mengadun pelbagai strategi untuk mencapai kemenangan.
 

Mood Pengundi sebenarnya boleh berubah disaat akhir sekiranya mana-mana parti politik berjaya meraih undi dengan cara-cara yang tertentu, lebih-lebih lagi kepada pengundi-pengundi baru dan muda. Ada bebrapa pengecualian sedikit terhadap pengundi cina. Mereka rata-rata menunjukkan 'Silent Mood'. Ini menyebabkan sasaran kejayaan sukar dijangka.

Maka Jentera dan calon-calon harus bingkas untuk membuat sentuhan kaedah "the winning heart and mind" ke atas orang-orang seperti ini. Selain berjabat tangan, mereka juga ditarik ketepi membisikkan sesuatu sebagai suatu rayuan 'minta tolong' khususnya kepada individu yang agak berpengaruh di kalangan masyarakat.
 
 
 
 
 
 
 
Tidak cukup dengan kaedah tersebut, kaedah membuat panggilan telefon kepada pengundi-pengundi luar oleh team calon dengan kaedah percakapan yang lembut dan sopan juga memainkan peranan penting supaya dalam fikiran pengundi-pengundi luar, ada sentuhan dibuat oleh calon-calon yang bertanding.

Pelbagai kaedah sebenarnya telah dirancang dan dibuat namun berdasarkan feedback yang diterima daripada beberapa sumber, keseriusan tidak ada di kalangan jentera membuat follow through terhadap sesuatu tugasan. Ini menyebabkan kurang berkesan terhadap proses tersebut dan kalau ada buat pun tidak sampai ke tahap maksimum.
 
 
 
 
 
Kaedah SMS elektronik melalui Celcom dan Maxis yang diguna pakai oleh calon-calon BN Selangor ada kebaikan dan kelemahannya. Bergantung kepada individu menilai dan mood ketika menerima pesanan tersebut.

Apa yang pasti PRU 13 kali ini memang mencabar. Beberapa negeri yang dikuasai kerajaan BN sebelum  ini agak tenat jika dibandingkan dengan PRU 12. Namun negeri-negeri yang dikuasai pembangkang juga sedang menghadapi suasana agak kritikal apabila mood pengundi ingin "tukar" semula kerajaan negeri bertali arus diasak dan ditentang akan kesilapan-kesilapan dan kekurangan yang dikesan.



Sunday, 24 February 2013

Minda Hijrah: [WOW !] Rakyat yang menerima BR1M adalah bodoh: Ha...

Minda Hijrah: [WOW !] Rakyat yang menerima BR1M adalah bodoh: Ha...: Antarapos.com - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai 'bodoh'.   ...

Wednesday, 20 February 2013

MUSTAHIL DAP TERAJUI NEGARA  - DATUK SERI ABDUL HADI AWANG

Ditakuti pemimpin-pemimpin Pas akan dipermainkan maka orang-orang melayu semakin terhimpit dan berpecah. Siapa yang untung...?????? Agenda tersembunyi DAP bukan calang-calang..tergadai hak melayu jika melayu masih leka dan tidak sedar diri.

 

 
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
Pas yakin rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP tidak akan menerajui pemerintahan negara jika mereka berjaya menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
 
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, adalah satu yang mustahil perkara itu berlaku kerana DAP tidak akan mampu menguasai majoriti dua pertiga kerusi bagi membentuk kerajaan.
 
Beliau yang seakan cuba meredakan kebimbangan orang Melayu terhadap pakatan pembangkang yang dilihat membantu mengukuhkan DAP, menjelaskan, DAP hanya akan meletakkan calonnya untuk bertanding di 50 kerusi daripada kesemua 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang.
 
“Ada yang kata, kalau pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13, Malaysia akan diperintah oleh DAP. Sedangkan DAP hanya bertanding 50 kerusi daripada 222 kerusi.

Pengalaman 11 bulan PR memerintah Negeri Perak, didapati DAP lebih dominan. Walaupun Menteri Besar diberi pada Pas, semua pergerakan Pas diikat, ditambat, dibayangi hatta Menteri Besar boneka sentiasa diekori oleh agen DAP. Yang takut bukan apa, Pemimpin Islam/melayu TEWAS dari segi 'negotation' of management.

Memang terbukti di Perak sebelum ini..maka di peringkat persekutuan pula nanti, jika PR memerintah, maka Ds Anuar Ibrahim yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri, alamat Pas bakal dihimpit dan bakal dipermainkan. Tunggulah dan lihatlah.

Jika rakyat di luar masih tidak buka mata, inilah keadaan akan berlaku..apa yang bakal berlaku seterusnya..Bangsa Melayu beragama Islam akan semakin berpecah dan hancur.




Monday, 18 February 2013

RAKYAT AKAN TOLAK PAS - DATO' SERI AHMAD ZAHID HAMIDI

KEYAKINAN NAIB PRESIDEN UMNO- PAS DAN DAP TIDAK MUNGKIN DAPAT MENCAPAI PERSEFAHAMAN DALAM SOAL POLITIK KERANA BERTENTANGAN DARI SEGI IDEOLOGI..


 
Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
 
 
Dato Seri Ahmad Zahid hamidi berkeyakinan PRU 13 kali ini bahawa pengikut Pas akan menolak pas kerana beberapa isu besar yang sukar ditangani mereka. parti seperti Pas yang menggunakan agama untuk kepentingan politik akhirnya akan ditolak oleh rakyat seperti yang pernah berlaku di negara-negara lain.

Katanya analisa komunikasi politik menunjukkan sokongan terhadap parti berasaskan agama termasuk Islam, Hindu, Keristian dan Yahudi tidak dapat bertahan lama setelah rakyat menyedari parti-parti tersebut cuma '.menunggang' agama untuk meraih kuasa politik.

" Cuba kita tengok Parti Bharatiya janata (BJP) di India, yang berasaskan fahaman hindu dapat peluang memerintah cuma sepenggal, akhirnya ditolak oleh pengikut hindu di India kerana mereka hanya memainkan agama untuk mendapat kuasa politik.

Katanya lagi," sama juga apa yang berlaku di Malaysia apabila Pas mahu melaksanakan hudud dan mengubah perlembagaan kepada perlembagaan Islam sepenuhnya, tetapi selepas 3-4 hari, mereka tarik balik". Dalam keadaan di Malaysia apabila Pas menggunakan agama sebagai wadah untuk berjuang, ertinya  segala pendapat [pemimpin utama mereka ini  dianggap oleh mereka sebagai fatwa dan kebenaran mutlak.."

Kini adalah masa menguji setakat mana kekuatan kenyataan beliau. Apa yang diharapkan orang Islam perlu bersatu. Untuk mencapai impian suci atas perintah Allah swt, perlu landasan agam yang jelas. Maka para pemimpin Pas dan Umno harus mencari jalan juga untuk bersatu. Kerapuhan hubungan ini jika dibiarkan berterusan akan melemahkan perjuangan Islam.

Jika pilihanraya memihak kepada kerajaan BN, maka perlu re branding Wadah Umno supaya lebih kukuh dengan membawa golongan Ulama dan Umara bersatu membetulakan  persepsi agar akidah, dan kemaslahatan umum jelas serta jangan lupa tingkatkan keyakinan bahawa beberapa perundangan Islam perlu diperkasakan.

Thursday, 7 February 2013

KEKECEWAAN YB. UST NASHARUDIN DENGAN KEPIMPINAN PAS YANG ADA...

MENURUT TUAN GURU NIK AZIZ, PEMECATAN Y.B UST NASHA SEBAGAI  AHLI MAJLIS SYURA ULAMA PAS SEKALIGUS KEAHLIAN PAS BIASA TERBATAL. LAIN PULA DENGAN PRESIDEN PAS, UST HADI MENGATAKAN KEAHLIAN PAS UST NASA MASIH KEKAL...YANG MANA SATU BENAR DAN TERPAKAI?


Forum  Isu semasa secara langsung semalam di TV3 yang tetamunya adalah Y.B Ustaz Nasharudin telah menjelaskan kedudukan sebenar beliau. Dengan wajah kecewa tetapi tetap berprinsip tegas, mendedahkan betapa Kepincangan Kepimpinan PAS Muktahir ini.

Prinsip memperjuangkan Islam dan menyatukan bangsa melayu (Islam) yang menjadi dokongan beliau puluhan tahun telah disalahertikan sehinggalah beliau tewas sebagai Timbalan Presiden PAS dan beliau yang dilantik sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS dipecat kerana dikatakan melanggari etika Majlis Syura Ulama PAS.

Boleh dikatakan beliau menjadi mangsa kepada kumpulan tertentu dalam PAS sendiri. Ini disebabkan beliau begitu tegas mempertahankan prinsip asal perjuangan. Dalam pakatan Rakyat, yang mana sebahagian pimpinan  PAS Pusat sanggup mengorbankan prinsip akidah semata-mata mahu melayani tetamu pakatan. Ini ditegurnya secara lantang dan kesannya ada individu tertentu yang kurang senang dengan beliau.

Isu mempertahan kalimah Allah salah satunya menjadi beliau menjadi tidak popular. Beliau cepat mengesan dan menyedari ada agenda tersembunyi yang boleh meruntuhkan akidah ummah. Maka ini juga persoalan yang beliau dikatakan melanggar etika Majlis Ulama Syura. Adakah Pimpinan lain sedar, sebelum itu Hj Hadi dan Mat Sabu membenarkan kalimah Allah digunakan dalam versi Bahasa Melayu untuk Bible. Kemudian akur dengan Majlis Syura Ulama. Sepatutnya ini kes melanggar etika Majlis. Kenapa Tidak diambil tindakan atau pemecatan.

Maka Persoalan ini ditimbulkan oleh Ust Nasha dan beliaupun tidaklah bersungguh-sungguh menuntut hukuman pada orang lain. Begitu juga dengan pemecatan beliau, surat pemecatan beliau baru diterima pada 6hb, Februari.(semalam). Padahal tempoh pos sudah 2 minggu berlalu, dimana silapnya? Sepatutnya panggillah beliau dan serahkan dengan tangan.



Inilah persoalan Kepimpinan PAS yang ada sekarang, yang semakin hari semakin kelam kabut
dan bagaimana nasib ummah jika  mereka berkongsi kuasa dan sering tewas dalam "perjanjian tolak ansur". Mereka begitu gerun Kepada Karpal Singh, seorang yang nyata menghina Islam, tetapi mereka terus dampingi dan percaya. Dimanakah dalil-dalil Al Quran yang sebelum ini berapi-api di nukilkan tentang musuh Islam dan ancamannya....




Wahai anak-anak muda pejuang-pejuang Islam, marilah kita rapatkan saf-saf dengan bersatu padu sesama Islam atas semangat Perjuangan Agama , Bangsa dan Negara. Tinggallah pemimpin-pemimpin dan fatwa mereka yang tidak konsisten dan sanggup menjual Agama demi kuasa. Ingatlah Negara Syria hampir hancur perpaduan Islam...dan kini baru terkinja-kinja untuk cari jalan untuk bersatu. Puluhan Ribu telah mati angkara seperti isu di negara kita ini.

Selagi ada pemimpin PAS yang menolak Penyatuan PAS dan UMNO selagi itulah umat Islam sukar bersatu. Padahal kita hanya mempunyai perbezaan perkara cabang, bukan soal akidah. Kita sesama Islam dan Perdana Menteripun Islam dan mudah dibawa ke meja rundingan. Apa-apa pembaharuan boleh buat demi Islam. Ini Kerana Melayu hanya tinggal kuasa dan itupun dah hampir lemas...maka  insaflah kita pejuang Agama, Bangsa dan Negara...kita akan ditindas jika kita lemah dan akan musnah di bumi sendiri.

Wednesday, 6 February 2013

PM TELAH MEMBUAT PELBAGAI TRANSFORMASI PALING MAKSIMUM...semuanya untuk rakyat.

"JANGAN MENIDAKKAN APA YANG KITA KECAPI HARI INI...".,KATA PM.



Rata-rata rakyat Malaysia terasa bahang perubahan yang dibuat oleh Perdana Menteri melalui transformasi demi kesejahteraan rakyat. Ianya boleh diibaratkan seperti berikut:



 " Seorang ayah yang  memikirkan apa kehendak anak-anak, maka ditunaikannya mengikut kemampuan semasa ayah....maka  ayah mengharapkan anak-anak berpuashati dan sekiranya anak-anak berpuas hati, bapapun bersyukur atas usaha meskipun susah payah ayah tidak didedahkan pada anak-anak...' 

Atas kepayahan ayah memberi madu pada anak-anak, apakah anak-anak membalas racun pada bapa???. Begitulah juga dalam realiti kehidupan berpolitik di Malaysia, segala jasa Perdana Menteri mencurahkan segala kebaikan,, jangan sesekali kita berprasangka buruk padanya.


Baru-baru ini beliau dengan nada merendah diri telah mengatakan..."hanya rakyat mampu melengkapkan tranformasi ke 4 negara dengan menukar budaya serta sikap yang membentuk nilai ketamadunan yang tinggi sekaligus menjadi Malaysia tersohor di mata  dunia"  


Segala pengorbanan yang dilakukan untuk Agama, bangsa dan Negara harus kita sama-sama fikirkan. Setiap perjuangan dan pengorbanan ini mengambil masa dan melibatkan kos yang banyak. 
jangan kita rosakkan masa depan negara dengan teori kosong semata-mata memuashati kita sendiri.


 
 
 
Khusus kepada generasi muda, terutamanya menjelang PRU 13, bantulah kerajaan pimpinan yang ada dengan semangat tulus ikhlas, yakin akan perjuangan yang belum selesai, sebuah perjuangan yang masih boleh diperbaharui dengan kekuatan modal insan dan minda. 
 
 
 
 

Mana ada dalam dunia kini, sebuah kerajaan yang sempurna. Pasti ada kepincangan dan kekurangan. tegurlah dan beri sumbangsaran yang penuh hikmah dan bukan dengan cara menghukum melalui sabotaj dan menaikkan musuh dalam sebuah perjuangan.
 
 

 
 



 

Tuesday, 29 January 2013



ISU PEMECATAN USTAZ NASHARUDIN DARI MAJLIS SYURA ULAMA PAS: SEORANG LAGI PEMIMPIN BERPRINSIP DAN BERMARUAH DITOLAK.....

Ust Nasha berkata:

 "BERORGANISASI HANYALAH WADAH, TETAPI BERPEGANG PADA PRINSIP ADALAH TUNTUTAN.."


Kata-kata di atas merupakan kata-kata seorang pejuang. Ustaz Nasha menerima kenyataan pemecatan beliau dengan tenang. Cuma para penyokong BN dan Pas sendiri agak terkejut besar. Apa tidaknya kerana beliau baru sahaja pulang mengikuti rombongan YAB Perdana Menteri, dari Palestine dan menerima berita melalui media.

Apapun yang berlaku, memang telah ditakdirkan dan ini merupakan masalah dalaman Parti Pas yang berterusan kemelut  berlaku. Sebab itu diberitakan pemecatan berlaku pada 13 Januari lalu dan hingga kini beliau masih tidak mendapat melihat surat pemecatan tersebut.

Sunggupun demikian, diyakini beliau mendapat maklum akan keadaan ini lebih awal cuma mungkin beliau merahsiakannya. Dalam saat menghadapi pilihanraya sebulan -dua ini, Pas begitu berani menghadapi pelbagai kemungkinan negatif mungkin berlaku. Apa tidaknya, Ustaz Nasha sudah pasti mempunyai penyokong-penyokong tersendiri di kalangan Pas dari seluruh negara.

Dalam menghadapi polimik semasa, ini merupakan suatu lagi medan kelemahan parti pas yang kurang strategik dalam mengendalikan sebuah parti lebih-lebih lagi apabila bersama Pakatan Rakyat (PR). Ustaz Nasha pada dasarnya mempunyai prinsip yang konsisten dalam mempertahankan Hukum Hudud, Penubuhan negara Islam, Isu Kalimah Allah malah terus mengkritik DAP jika cuba mengugut PAS.

Kini JASAMU Ustaz Nasha tidak dikenang oleh pimpinan Pas...Sebab apa??? Sebab Untuk mendapat kuasa, Sebahagian Pimpinan PAS sanggup melakukan apa sahaja, Sehingga Asal perjuangan menjadikan Negara Islam di tukar Negara Kebajikan dan banyak lagi kos melepas yang terpaksa ditanggung oleh PAS.

Maka disyorkan bantulah pemimpin yang ikhlas dalam Barisan Nasional dan Sememangnya Malaysia sebuah negara Islam. Syiar- syiar Islam terus berkembang dalam pelbagai disiplin , Cuma dalam Bab Syariat perlu ramai kekuatan dan sumber modal Insan yang commited dengan Islam sama-sama menyumbang utk Agama tercinta. Diharap selepas ini maka senang mencipta perubahan demi perubahan sejajar dengan tuntutan Al Quran dan Hadith Nabi Muhammad s.a.w.


Ada lagi pemimpin Pas dijangka dipecat Majlis Syura

Ada lagi pemimpin Pas dijangka dipecat Majlis Syura

Monday, 14 January 2013

HATI-HATI DENGAN 3 FITNAH BESAR BERGELOMBANG DALAM POLITIK DI MALAYSIA

Amma Ba'du,

Salah satu dosa besar adalah fitnah sesama manusia. Dalam maksud yang lebih luas, fitnah merupakan satu perbuatan keji yang boleh membawa malapetaka, bencana, kefasikan, kezaliman, perpecahan serta pembunuhan atau peperangan. Antara fitnah berbentuk baru iaitu;


( i) Fahaman Pluralisma dan Liberalisma( ii) Kelompok Islam berfikiran khawarij(iii ) Mempolitikkan Agama.Fahaman Pluralisma dan liberalisma merupakan gerakan terancang barat dan barat mencari kelompok berpengaruh untuk memperjuangkan agenda ini.


Pendekatan kebebasan hak asasi menjadi tema untuk mempengaruhi Umat Islam.Ini merupakan fitnah terbesar yang boleh mengugat akidah umat Islam. Dibawah kebebasan ini terselitlah hak lesbian,gay, biseksual dan trangender.


Fitnah lain yang terangkum disini yang sedang hangat diperkatakan adalah Isu Kalimah Allah yang diperjungkan oleh DAP untuk digunakan oleh penganut Keristian.


Fitnah ke 2, adalah berkaitan dengan Sekelompok Berimejkan Islam tetapi berfikiran Khawarij dan tidak ubah seperti pengaruh Syiah. Menurut Ust Fathul Bari, Kelompok yang berfahaman ini merbahaya kerana mudah sangat mengkafirkan, menyesatkan serta memecahbelahkan Umat Islam. Puak khawarij adalah gerakan Politik untuk mendapatkan kuasa tidak kira dengan cara apapun.


Fitnah ke 3, wujudnya kelompok orang Islam yang sanggup mengadai maruah dan prinsip agama demi kepentingan politik dan mula menampak mengejar harta dunia. Perkara ini dilihat Dalam bab isu kalimah Allah, yang sengaja dicetuskan akhir-akhir ini boleh mencetuskan pelbagai reaksi dan apa yang ditakuti dikalangan ulama-ulama di Malaysia terus menerus bertikam lidah dengan fatwa-fatwa mereka.


Sungguhpun demikian, berhati-hatilah dalam menegakkan perkara ini kerana beberapa pimpinan DAP yang merupakan Daie Keristian sengaja mencari ruang untuk memecahbelahkan umat Islam di negara ini.


Perkara tersirat yang diperhatikan bahawa para ulama merupakan golongan amat lurus dan dan tegas dalam bab agama tetapi tektik jahat musuh islam berpura-pura menyanjung dan memuji ulama, kita khuatir ulama ditipu dengan kelurusan ini. Maka tidak hairanlah Lim Guan Eng dalam perhimpunan di Stadium kelmarin memilih Ustaz Hadi Awang pemimpin bertakwa..dan DS Anwar sebagai pemimpin diterima ramai.


Hairannya penyokong-penyokong boleh teruja, bertepuk tangan dan mengangkat L.G.E.padahal dia merupakan musuh Islam yang nyata.