Showing posts with label pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya. Show all posts

Friday, 3 May 2013

BERMUNAJAT KEPADA ALLAH UNTUK MEMOHON KEKALKAN KUASA DALAM PRU-13

MENJELANG HARI MENGUNDI PRU- 13: LUANGKAN MASA BERMUNAJAT KEPADA ALLAH DAN SOLAT HAJAT SELURUH NEGARA UNTUK KEKALKAN KUASA


 Pelbagai usaha dan strategi untuk mencapai kemenangan telah dilakukan oleh jentera BN sepanjang hampir 2 tahun. Segala ikhtiar dilakukan semuanya dilakukan dengan sokongan pelbagai peringkat. Betapa banyaknya masa dan tenaga serta sumber kewangan dihabiskan sebagai  suatu usaha  untuk mengekalkan kuasa pemerintahan.

Sistem demokrasi yang meletakkan kuasa pemilih pemimpin di tangan rakyat maka sesiapa jua terpaksa menghadapi proses ini dengan penuh ikhtizam dan adil. lantaran segala usaha murni dan berjasanya sesebuah parti politik akan dinilai di waktu tersebut.

Setelah dua minggu terakhir selepas calon-calon diumumkan, kini jentera BN terus mengatur langkah berterusan di saat-saat  akhir untuk menjamin kemenangan. Siri-siri ceramah diadakan di malam-malam hari dan lawatan dan ziarah untuk menagih simpati dan undi terus dilakukan. Calon-calon yang terpilih sudah tentu menghadapi suatu proses tekanan yang berat. Kurang tidur, berjumpa pengundi seramai mungkin dan bertanya khabar dan bersalaman, melayani karenah pengikut-pengikut yang terdekat dan jauh, memikirkan dan menyediakan sumber kewangan pada jentera-jentera pengerak, melayani individu-individu adakalanya hanya mahukan wang sahaja serta mendengar pelbagai rintihan demi rintihan. Adakalanya kempen tidak sehebat manapun, telah ada suara-suara mengampu..kita boleh menang dan sebagainya

Sebahagian  pengalaman diatas adalah menjadi suatu perkara biasa bagi seseorang calon yang bertanding dalam pilihanraya. Namun kadang-kala ada pihak perancang lupa akan suatu tanggungjawab yang paling penting, iaitu bersama-sama bermunajat kepada Allah swt memohon perkenan dan doa supaya natijah segala ikhtiar yang dilakukan beroleh kejayaan.

Malam-malam terakhir ini betapa indahnya para bakal pemimpin disemua peringkat sama ada bahagian, negeri dan negara mengadakan solat hajat atau dikenali , "munajat Kubra" beramai-ramai memohon pertolongan dan ehsan Allah agar Allah hadiahkan kemenangan seperti dicita-citakan. Memang sebahagian usaha ini telah dilakukan di kawasan-kawasan tertentu. Usaha murni ini perlu diteruskan kerana manusia hanya berusaha, dan yang menentukan adalah Allah jua.

Maka ruang  masa yang ada perlu dipandang serius dan harus dilakukan munajat dan doa yang bersungguh-sungguh. Ini kerana Allah jualah yang akan "membolak-balikkan hati manusia" untuk menentukan siapakah yang patut diundi dan diberi kemenangan selepas berikhtiar dan berusaha. Semoga hubungan dengan Allah berterusan dan diakhirnya yakinlah bahawa semuanya  Qadha dan Qadar Allah ada hikmah disebaliknya.

Tuesday, 9 April 2013

PRU -13: PERANAN SPR MENENTUKAN 2 TARIKH UTAMA.

PENETAPAN TARIKH PENAMAAN CALON DAN HARI MEMBUANG UNDI OLEH SPR YANG BERMESYUARAT AKAN DIUMUM ESOK???


PELBAGAI TEKA TEKI BERKAITAN TARIKH DAN CALON-CALON YANG AKAN BERTANDING TERUS DIPERKATAKAN DI SELURUH PELUSUK NEGARA. YANG TIDAK KURANG PENTINGNYA JUGA INDIVIDU MANA- MANA TIDAK TERCALON, JANGAN MEMBUAT PARTI ROSAK....


Sudah menjadi suatu tugas dan tanggungjawab Suruhanjaya Pilihanraya untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya setiap kali menjelang pilihanraya samada pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum.

Sebahagian sudah tahu bahawa mungkin ESOK Suruhanjaya Pilihanraya akan bermesyuarat pagi ini bagi membincangkan hari paling sesuai untuk ditetapkan tarikh atau hari penamaan calon bagi seluruh negara sama ada kerusi Parlimen mahupun DUN.

Berdasarkan maklumat yang diterima, keputusan tersebut dijangka diumumkan pada tengahari ini atau petang ini. Oleh kerana penantian menunggu pilihanraya sudah berlanjutan 1 tahun, rata-rata masyarakat bercakap dan kalau diumumkan bila-bilapun tidak masalah pada mereka.

Di peringkat yang terlibat secara serius seperti menteri-menteri kabinet, Timbalan Menteri, ahli-ahli politik pelbagai peringkat, calon-calon yang disaring sama ada nama berjaya atau tidak, penyokong-penyokong, Pusat Daerah Mengundi dan agensi-agensi yang telibat dalam proses tersebut menjadi debaran pada mereka.

Desas desus dari pakar peramal sama ada di kedai kopi, restoran, pejabat, hotel dab sebagainya mengatakan bahawa hari penamaan calon akan jatuh pada 20hb April ini (sabtu), manakala hari pembuangan indi pada 5hb Mei 2013 (Ahad) akan datang.

BN juga dalam proses menunggu dulu tarikh tersebut sebelum mengumumkan nama bakal-bakal calon yang akan tepilih. Apa yang pasti, perkara tersebut berlaku dalam waktu amat dekat. Kita harus memberi kepercayaan pada pucuk pimpinan, apa juga keputusan yang dibuat harus diterima dengan redha.

Sungguhpun demikian, pasti ada kejutan, YAB Perdana Menteri juga telah memberi sedikit gambaran dan apapun Perdana Menteripun tidak mampu memberi kepuasanhati semua orang. Ada nada kekecewaan dan kegembiraan nanti adalah perkara biasa. Allah menjadikan kebanyakkan "sifat-sifat makhluk dan alam berpasang-pasangan".

Banyak sekali jika ingin disenaraikan, tetapi adalah mencukupi disebut sebahagian kecil antaranya, menang - kalah, penyokong-pembangkang' gembira- berdukacita, pahala -dosa, baik-jahat dan syurga -neraka.

Apapun, kita harus redha ketentuannya, sebab ada pelbagai hikmah seseorang dipilih, seseorang tak dipilih ada juga hikmahnya. Allah lebih tahu perjalanan hidup manusia kehadapan dan seterusnya, Maka hendaklah bersyukur dengan apa yang ada cuma perlu melawan hawa nafsu jahat yang sentiasa cuba menjelmakan firasat-firasat negatif dalam hati, dan jangan sampai  rasa kecewa seolah-olah kita tidak ada pegangan qada dan qadar Allah yang menjadi salah satu rukun iman.

Ada juga cerita dari orang lama dalam politik, jika dia tidak dipilih akan dibantah dan akan panggil press utk buat kenyataan nak masuk pembangkang dan sebagainya. Nahhhh..... kita akan berjumpa orang macam ini maka kita tahu bahawa ini bukannya berjuang untuk parti tetapi " untuk kepentingan peribadi". maka berhati-hatilah dalam menghadapi dugaan kecil ini.

Sekiranya orang sebegini terus menerus memberontak, pastilah ada sabotaj pada rakan-rakan dalam parti berlaku, maka mereka ini berkempen untuk pangkah pembangkang, bagi undi rosak dan ada mengarahkan kelompok kecil yang rapat mereka jangan keluar undi.

Orang seperti ini harus kita dipanggil, ditarbiyah, di beri kaunseling, jangan terus menghukum mereka ini dengan kata-kata kesat, buat sesuatu perbincangan yang lembut dan bila semula kekuatan semangat mereka itu. 

Sunday, 7 April 2013

PELANCARAN MANIFESTO ATAU AKUJANJI BARISAN NASIONAL

 " RAKYAT DIDAHULUKAN " MENJADI TEMA  MANIFESTO ATAU AKUJANJI BARISAN NASIONAL DALAM PRU 13 -  TELAH DILANCARKAN OLEH PM.



TAHNIAH PM...Manifesto BN baru sahaja dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri bagi menghadapi PRU 13 di Stadium Bukit Jalil. Pelancaran manifesto  adalah suatu instrumen berani yang akan menjelaskan kepada semua rakyat Malaysia khususnya para pengundi yang layak. Ini merupakan suatu lanskap perjuangan parti politik yang akan diperjuangkan janji-janji untuk direalisasikan jika sekali lagi kepercayaan diberikan kepada kerajaan BN.



Y.A.B. Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional. dengan penuh keyakinan membentangkan manifesto atau mengatakan sebuah akujanji dan sekirannya BN berjaya memenangi pilihanraya nanti, semuanya akan ditunaikan sepanjang 5 tahun akan datang. Pimpinan BN menganggap dokumen menifesto yang amat serius dan telah dibentangkan dalam  perhimpunan begitu besar secara langsung yang dihadiri melebihi 60,000 orang yang hadir (termasuk di luar stadium).


Sambil menunggu hari penamaan calon dan hari mengundi, PM turut menyentuh bagaimana beliau, TPM dan pemimpin2 lain BN telah menjelajah seluruh negara lebih daripada setahun untuk menilai dan  apakah harapan rakyat, aspirasi dan apa dituntut dari seluruh pelusuk tanahair dari  Lahad Datu hingga ke Seri Aman Sarawak serta di Semenanjung dari Perlis hingga ke Johor.dan didapati rata-rata rakyat memberi sokongan yang berganda dan semakin yakin pada BN. 


Perdana Menteri turut menyentuh bagaimana perancangan yang telah diambil selepas beliau di pilih sebagai Perdana Menteri bermula 3hb. April 2009 sehinggalah Parlimen dibubarkan baru-baru ini dan genap 4 tahun pemerintahannya, dimana beliau meminta rakyat menilai sendiri apa yang telah dilakukan oleh BN disamping beliau dengan penuh yakin bahawa 5 tahun akan datang, jika berjaya maka perancangan baru bakal mencapai matlamatnya.


Masyarakat boleh menilai akan  manifesto atau akujanji untuk 5 tahun akan datang, jika mandat baru diberikan berdasarkan 17 bidang utama yang pastinya boleh mengembirakan seluruh rakyat. 
Beberapa tumpuan perkara yang menarik daripada manifesto BN dapatlah diringkas iaitu;



 Pertamanya, cukai Korporat dan cukai individu akan dikurangkan secara berperingkat. 

Ke 2,  kerajaan akan membina 1 juta unit rumah mampu milik di seluruh negara akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun. 

Ke 3,  sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan dalam bidang sektor berpendapatan tinggi akan diperjuangkan.

ke 4, BRIM akan diteruskan sehingga kenaikan berperingkat maksimum RM1,200 sesebuah keluarga bagi berpendapatan dibawah  paras RM3000.

Ke 5, Sebuah Kementerian Baru akan diwujudkan bagi menjaga pembangunan dan Kesejahteraan  B.andar

ke 6, kadar cukai dan duti eksais ke atas pembelian kereta akan dikurangkan secara berperingkat.

ke 7, Pembangunan infra akan diteruskan di kawasan-kawasan luar bandar

ke  8, Menyediakan bantuan pendidikan pada semua aliran termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan India serta sekolah aliran agama.


Ringkasnya, inilah  sebahagian  janji-janji yang menarik dan sebahagian lagi akan dipaparkan di masa terdekat. sekali imbas ianya mampu menewaskan manifesto daripada Pakatan Rakyat yang tercari-cari arah yang masih bersifat angan-angan bakal meruntuhkan perjuangan mereka nanti. Sama-samalah kita berdoa Allah memberi kekuatan dan kemenangan pada BN yang ikhlas dalam membela masadepan negara.

Friday, 5 April 2013

Calon Parlimen dan Dun akan diumumkan lebih awal

CALON PARLIMEN  DAN DUN BARISAN NASIONAL AKAN DIUMUM LEBIH AWAL


TEKA TEKI SIAPA CALON BN BAGI MEREBUT 222 KERUSI PARLIMEN DAN 555 KERUSI DUN AKAN DIKETAHUI TIDAK LAMA LAGI APABILA SENARAI NAMA MEREKA YANG TERPILIH AKAN DIUMUMKAN LEBIH AWAL BAGI MEMBUAT PERSEDIAAN PRU 13


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional memberitahu dalam sidang akhbar semalam bahawa BN kini menunggu Suruhanjaya PIlihanraya menetapkan hari penamaan calon sebelum mengumumkan nama-nama calon. 

Katanya pengumuman lebih awal bertujuan memberi masa kepada calon-calon untuk membuat persiapan  berkempen serta menyediakan tempoh yang cukup bagi parti meneliti reaksi rakyat. Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Majlis Tertinggi Barisan Nasional di PWTC Kuala Lumpur semalam.

Ada wartawan cuba mengemukakan soalan cepu emas, brapa peratuskah muka baru dalam senarai yang bakal dipertaruhkan, beliau hanya menjawab "tunggu pengumuman nanti". Dilaporkan pengumuman calon-calon akan dibuat serentak oleh Perhubungan negeri masing-masing secara serentak apabila Perdana Menteri "menekan butang hijau" sebagai isyarat dari Ibupejabat UMNO. Maka serentak dengan itu, Semua Menteri Besar/ ketua Menteri kecuali pembangkang akan mengumumkan secara serentak.

Bagi Pakatan Rakyat, mereka ada yang telah umumkan sebelum ini beberapa calon mereka. Tetapi pengumuman mereka seolah-olah tiada kata sepakat, kerana bagi kawasan yang mereka inginkan (PAS), mereka potong Q  dan cepat-cepat mengumumkan calon mereka. Terkedu dan terperanjat Ketua Umum Mereka, Anwar Ibrahim dengan tindakan partin dalam pakatan.

Inilah suatu contoh 'pakatan' yang lemah yang masing-masing cepat-cepat merebut tempat. Apapun, strategi PR adalah suatu yang amat berbeza dengan BN. Hilang konsep bermesyuarah yang selalu diperjuangkan. Inilah wadah perjuangan yang cukup mengelirukan. Namun BN mempunyai prinsip kepatuhan pada ketua yang jitu.

Kepada Para pengundi, pru kali ini merupakan suatu perjuangan yang paling besar bahawa kita sama-sama perlu menolak PAKATAN RAKYAT kerana terlalu banyak insiden tergadainya "akidah Islam" semata-mata mereka mahukan kuasa politik. PAS sebuah parti yang selama ini begitu berprinsip dengan nilai dan wadah yang cukup dihormati. Tetapi kini mereka "menyerang" dan "sedia melepaskan prinsip akidah" memperjuangkan Negara Islam bertukar dan mengugurkan misi asal kepada negara berkebajikan. Malah merelakan bersahabat dengan musuh Islam yang terang-terang menentang negara Islam yang nyata iaitu DAP.

Realitinya BN tetap konsisten dalam memperjuangkan falsafah memperkasakan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair dan sentiasa menyedari setiap kelemahan akan diperbaiki dan akan membuat transfomasi termasuk aspek agama selepas ini supaya ianya menjadi suatu pegangan yang kukuh. pemahaman ini patut di semai iaitu " Parti dalah wadah perjuangan,  Islam adalah akidah. Islam itu bukan parti dan parti itu bukan agama."

Kita jangan terlalu taksub pada wadah (Parti ), sehingga kita mengadaikan Akidah, bila wadah bercanggah dengan akidah, wajib kita menolak wadah dan pertahankan akidah. Pas satu-satunya parti sanggup gadai akidah demi wadah yang mahu kuasa dan kadang-kadang mereka lupa ada suatu kuasa yang sentiasa melihat hati-hati mereka yang mempunyai nafsu sarakah untuk berkuasa, Maka inilah agenda yang perlu diwar-warkan dalam PRU 13 supaya kita menginsafi bahawa BN adalah relevan untuk geopolitik Malaysia. 

Wednesday, 3 April 2013

PRU 13: PEMBUBARAN PARLIMEN HARI INI

PEMBUBARAN PARLIMEN SELESAI : KINI SELURUH NEGARA MENANTI PULA SIAPAKAH CALON-CALON PILIHAN ? 


TEPAT JAM 11.40PAGI YAB PERDANA MENTERI TELAH MENGUMUMKAN PEMBUBARAN PARLIMEN MALAYSIA. MAKA JAWATAN WAKIL RAKYAT KERUSI PARLIMEN TELAH TERBATAL DENGAN PENGUMUMAN TERSEBUT. WALAU BAGAIMANAPUN KERAJAAN SEMENTARA DIBERI TANGGUNGJAWAB UNTUK MENGURUSKAN NEGARA.


Pembubaran parlimen yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat telah berlaku. Beberapa negeri yang terbubar sebelum ini termasuk Negeri Sembilan dan hari ini diikuti beberapa negeri termasuk Sabah, Kelantan, Perak dan beberapa negeri lain akan berlaku.

Kerajaan Sementara diberi tanggungjawab meneruskan tugas mentadbir negara berdasarkan jawatan eksekutif termasuk Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan Menteri Besar. Tafsiran ini telah diputuskan melalui Taklimat Jabatan Peguam Negara baru-baru ini. Dengan mengambil rujukan daripada Kerajaan British dimana proses ini tidak menimbulkan masalah.


Cuma Kerajaan Sementara ini dipanggil juga Caretaker ini tidak boleh menggubal sebarang dasar atau mengwujudkan apa-apa polisi baru dan hanya menjalankan rutin harian sahaja. beberapa Negeri lain mungkin akan mengumumkan pembubaran DUN sehari dua ini sebagai menyokong peringkat pusat disamping untuk mrlaksanakan PRU 13 secara serentak.

Kesibukan Pucuk Pimpinan Parti -parti Politik semakin ketara hari ini untuk menyelesaikan dan memuktamadkan calon-calon masing-masing. dI pihak BN dinyatakan ada sedikit lagi penyelarasan akhir untuk memuktamatkan calon. PAS, DAP dan PKR masing-masing masih bergelut dengan sedikit perebutan tempat ada ada unsur-unsur mempertahankan teritory masing-masing disamping pihak Keadilan cuma bembida  lebihan kerusi untuk mereka.

Istilah "winable candidates' yang dipatrikan setahun 2 bulan lalu kini benar-benar dipertimbangkan. BN akan mengetengahkan 30-40 peratus muka baru bagi mengubah lanskap hala tuju untuk mencapai kemenangan.. BN telah menyedari awal bahawa dasar buka pintu untuk mengambil muka-muka baru yang diyakini mampu membantu meningkatkan kemenangan dalam pru 13.

Apapun diharapkan proses menghadapi pilihanraya kali ke 13 berjalan dengan aman tanpa sebarang gangguan. Jika berlaku sebarang huru hara pastinya menjejaskan keputusan pilihanraya itu sendiri. Rata-rata sebahagian pengundi atas pagar termasuk kakitangan kerajaan yang mencakupi guru-guru, pensyarah, doktor, serta mahasiswa universiti masing-masing menunggu akan SIAPAKAH CALON-CALON PILIHAN. Lantaran  APA PULA MANIFESTO  SEBUAH JANJI yang akan diperjuangkan oleh parti -parti yang akan bertanding.


Thursday, 7 March 2013

PERJUANGAN PAS AKAN TENGGELAM JIKA  TERUS BERADA DALAM PAKATAN RAKYAT SELEPAS PRU 13 ??? 

ALANGKAH INDAHNYA JIKA PAS BERSAMA UMNO MENCARI TITIK PERTEMUAN SEGERA....PARA ULAMA PAS DISERU SUPAYA   KELUAR DARI PR..PERJUANGAN MENEGAKAN HUKUM ALLAH LEBIH TERSERLAH BERSAMA BN.




Percaturan parti-parti politik menjelang PRU 13 untuk mencapai kemenangan terus berlangsung. Tidak sampai sebulan pasti parlimen akan dibubarkan. Selepas itu gendang pilihanraya  akan memuncak dengan suatu pertarungan yang amat sengit.
BN sebagai parti yang memerintah telah membuat persediaan  begitu rapi, teliti dan tersusun untuk mengekalkan kuasa memerintah dan dengan sasaran merampas beberapa kerusi tambahan. Berdasarkan gerak kerja yang begitu kuat ditambah program-program "Janji di tepati" yang dilaksanakan berterusan oleh Y.A.B Perdana Menteri, telah memberi keyakinan dan bukti bahawa Kerajaan Pemerintah begitu releven untuk meneruskan pengekalan kuasa.

Alangkah indahnya pihak PAS meneliti Menifesto Pakatan Rakyat yang keluarkan, tidak nampak langsung slogan Mendaulatkan Negara Islam lagi, Perjuangan menegakkan hukum Allah terpinggir, Negara Kebajikan yang diketengahkan seolah-olah hanya mengubahsuai apa yang dilaksanakan oleh BN semasa, kecuali janji-janji yang tidak munasabah.

PAS jangan mengharapkan sesuatu yang indah dari PR. Selagi  ada insan yang bernama Anwar Ibrahim dengan agenda peribadi. Ditokok tambah dengan Karpal Singh yang menentang Undang-undang Islam, Lim Guan Eng dengan cita-cita Malaysian Malaysia,
tidak nampak jalan Pas akan bangkit.

Sejarah terbaharu di Pulau Pinang dan Selangor begitu nyata betapa hukum hakam Islam dipermainkan dan dipandang remeh. Malah 2 pemimpin PAS berpengaruh tersingkir dalam keadaan yang cukup mengecewakan. Semuanya ini menunjukkan cita-cita Pas akan terhalang dan banyak ranjau menanti.




Para Ulama PAS yang berpengaruh seperti AF Ustaz Harun Din Al Hafiz, Timbalan Mursidur Am PAS,seorang ulama yang disegani disaran memainkan peranan supaya, Mursidur Am PAS dan Presiden PAS musahabah diri tentang erti perjuangan sebenar dalam menuntut sebuah impian.




Alangkah indahnya memahami perjalanan dan perjuangan UMNO yang sebenar. Janganlah disalahtafsir sebagai perjuangan kebangsaan yang sempit. Segala kekurangan dalam dasar perjuangan boleh diperbaiki dan dibuat transformasi atas semangat nasihat-menasihati antara Ulama dan Umara. Bincanglah secara tertib dan para mufti seluruh negara boleh memberi " penawar " atas kekurangan dan kelemahan yang ada.




Blog Negara Islam bergolak dan berbunuhan sesama Islam seperti di Syria, kini baru " tercari-cari" titik perdamaian dan bersatu setelah puluhan ribu terkorban termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa. Tidak mustahil Malaysia akan terdedah ancaman ini selagi ada segelintir tali barut dan musuh Islam diberi kepercayaan yang berselindung disebalik liberalisme, pluralisme dan Malaysian Malaysia.   




Cadangan pemuafakatan bukan takut kepada persiapan pakatan rakyat menjelang PRU 13, yang bercita-cita merampas Putrajaya. Cadangan ini sebagai penyatuan Ummah dan supaya sebahagian Para Ulama yang jujur tidak dipermainkan oleh Musuh Islam. Manakala sebahagian semi profesional PAS yang gila kuasa, biarlah mereka  tersedar akan salahlaku mereka yang bermain wayang, sesungguhnya mereka tidak ke mana.










 

Thursday, 21 February 2013

 

IKRAR INTERGRITI PILIHANRAYA

JAMINAN UNTUK MEMBUKTIKAN BN BERSIH DAN TELUS DALAM TRANSFOMASI PILIHANRAYA KE 13

 

 

 
                                                                        sumber : utusan
 

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Perdana Menteri menandatangani ikrar tersebut sambil disaksikan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdul dan Presiden Transperancy International (Malaysia) (TI-M), Datuk Paul Low.
 
Yang turut hadir pada majlis serba ringkas itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN.
 
''Apabila nama calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 diumumkan, saya akan pastikan mereka menandatangani ikrar tersebut.
 
''Calon-calon dari parti komponen BN sudah melalui proses saringan SPRM dan adalah sesuai untuk mereka mengambil komitmen menandatangani ikrar integriti untuk pilihan raya yang bersih dan adil," katanya di sini.
 
Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab memenuhi ikrar tersebut terletak di atas bahu mereka yang telah menurunkan tandatangan.
 
''Dan adalah menjadi hak rakyat untuk memastikan wakil rakyat terbabit berpegang kepada akujanji yang telah dibuat, justeru itu, marilah kita bekerjasama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya," katanya.
 
Maklumat terperinci berhubung akujanji itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang TI-M. Orang ramai akan bertanggungjawab menjadi mata dan telinga untuk memantau kepatuhan wakil rakyat masing-masing memenuhi piawaian itu.
 
Maklum balas boleh disalurkan menerusi akaun Facebook calon atau Twitter wakil rakyat terbabit.
Ikrar Integriti yang digerakkan TI-M adalah kontrak sosial yang ditandatangani secara sukarela oleh mana-mana calon yang akan bertanding pada PRU kelak.
 
Antara lain calon akan berikrar mengangkat integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti di peringkat negeri dan persekutuan serta menegakkan kedaulatan undang-undang.
Sementara itu, Paul ketika bercakap kepada pemberita berkata, pelaksanaan ikrar tersebut membolehkan rakyat memantau pemimpin yang benar-benar mematuhi prinsip dan berintegriti.
''Langkah ini akan menggalakkan rakyat untuk mengambil tahu tingkah laku serta perbuatan individu yang telah menandatangani ikrar malah rakyat juga boleh berkomunikasi dengan mereka,'' katanya.
Katanya, Malaysia adalah negara pertama dalam kalangan komuniti TI yang menandatangani ikrar tersebut sekali gus menjadi contoh kepada usaha memerangi rasuah yang dimulakan di peringkat atasan.
 
''Kami gembira kerana Datuk Seri Najib secara personal komited menandatangani komitmen beliau sendiri terhadap ikrar ini,'' katanya.
 
Menurut Paul, pihaknya akan menggalakkan semua calon tanpa mengira parti untuk menandatangani ikrar tersebut bagi melihat sejauh mana komitmen mereka dalam mengangkat integriti dan ketelusan.
Setakat ini 20 individu telah menandatangani ikrar yang dibuat secara sukarela tanpa ada kaitan dengan kerajaan atau mana-mana parti politik.

Wednesday, 23 January 2013

TEMPOH PRU 13 YANG PANJANG JANGKAANNYA : ANTARA PENGORBANAN DAN PERJUANGAN.

 TEMPOH PRU 13 YANG PANJANG JANGKAANNYA : ANTARA PENGORBANAN DAN PERJUANGAN...




 
 
Hampir 1 tahun 3 bulan hingga kini rakyat telah diberi gambaran dan signal bahawa saat  menghadapi pilihanraya (PRU 13). Suatu tempoh yang agak panjang dimana pelbagai teka teki dibuat. Antara gambaran dan ramalan yang diterima pada tahun 2012  seolah-olah piliharanraya makin dekat.

 
sumber : google
 
Pelbagai teka-teki yang dibuat termasuk PRU 13 akan diadakan pada Mac...tidak tepat, kemudian Jun...tidak jadi. Tekaan dibawa Bulan September...tidak jadi, diikuti bulan November...tidak jadi, Semuanya ini ada pro dan kontranya.
 

 

sumber : google
 
Terkini pula telahan telah dibuat pelbagai pihak dimana Parlimen dijangka akan dibubarkan pada pertengahan Februari 2013 dan Pilihanraya akan berlangsung hujung Mac 2013. Sekiranya benar-benar berlaku maka 4 kali conggakan masa telah berlalu dan berlaku pada Mac 2013.

Semua tarikh ditetapkan adalah bergantung kepada pucuk pimpinan parti selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional. Bukan mudah untuk membuat keputusan, Pelbagai perkara perlu pertimbangan sewajarnya kerana tersalah perkiraan, boleh membawa kekalahan. Ini adalah hak Kuasa Pemerintah yang pihak lain tidak boleh mempertikaikan.

Cuma disini terdetiklah hati untuk diucapkan tahniah dan syabas kepada semua jentera pilihanraya khususnya Jentera BN sama ada dikalangan pemimpin cawangan termasuk jentera pemuda, wanita serta puteri, Jawatankuasa Bahagian dengan sayap-sayap parti, Jentera Peringkat Negeri serta sayap-sayap dan apatah lagi di Peringkat Pusat sehingga Pucuk pimpinan ke hulu ke hilir.

Tidak ketinggalan kepada ngo's, individu-individu tertentu, bakal-bakal calon  dan jabatan-jabatan kerajaan yang dipertanggungjawabkan  tugas-tugas mereka dengan tekun dan teliti. Syabas kepada semua dimana meskipun terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit...anggaplah inilah sebuah perjuangan.
 
 
sumber : google
Apabila diletakkan sebuah perjuangan maka niatnya adalah kerana Allah demi Agama, Bangsa dan Negara. Maka terjadilah sebuah jihad yang baik apabila niat baik dikekalkan. Semoga ada ganjarannya disebalik pengorbanan termasuk pengorbanan wang ringgit untuk membuat pelbagai program dan sumbangan, masa tidak kira pagi hingga tengah malam.
 
 

 
sumber : google
Bagitulah juga kepada pemimpin-pemimpin bahagian khususnya, jasa mereka amat banyak, pengorbanan yang amat tinggi. Jika mereka dicalonkan, diharapkan ada kejayaan kerana proses kerja begitu bersungguh-sungguh. Jika tidak dicalonkan pula pastikan niat dan ikrar tidak berubah. Ini kerana sejak azali lagi ALLAH yang menentukan Qada dan Qadarnya. Yakinlah rukun iman ini bahawasanya Allah mengetahui perjalanan hidip hambanya di mukabumi ini.