Tuesday, 9 April 2013

PRU -13: PERANAN SPR MENENTUKAN 2 TARIKH UTAMA.

PENETAPAN TARIKH PENAMAAN CALON DAN HARI MEMBUANG UNDI OLEH SPR YANG BERMESYUARAT AKAN DIUMUM ESOK???


PELBAGAI TEKA TEKI BERKAITAN TARIKH DAN CALON-CALON YANG AKAN BERTANDING TERUS DIPERKATAKAN DI SELURUH PELUSUK NEGARA. YANG TIDAK KURANG PENTINGNYA JUGA INDIVIDU MANA- MANA TIDAK TERCALON, JANGAN MEMBUAT PARTI ROSAK....


Sudah menjadi suatu tugas dan tanggungjawab Suruhanjaya Pilihanraya untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya setiap kali menjelang pilihanraya samada pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum.

Sebahagian sudah tahu bahawa mungkin ESOK Suruhanjaya Pilihanraya akan bermesyuarat pagi ini bagi membincangkan hari paling sesuai untuk ditetapkan tarikh atau hari penamaan calon bagi seluruh negara sama ada kerusi Parlimen mahupun DUN.

Berdasarkan maklumat yang diterima, keputusan tersebut dijangka diumumkan pada tengahari ini atau petang ini. Oleh kerana penantian menunggu pilihanraya sudah berlanjutan 1 tahun, rata-rata masyarakat bercakap dan kalau diumumkan bila-bilapun tidak masalah pada mereka.

Di peringkat yang terlibat secara serius seperti menteri-menteri kabinet, Timbalan Menteri, ahli-ahli politik pelbagai peringkat, calon-calon yang disaring sama ada nama berjaya atau tidak, penyokong-penyokong, Pusat Daerah Mengundi dan agensi-agensi yang telibat dalam proses tersebut menjadi debaran pada mereka.

Desas desus dari pakar peramal sama ada di kedai kopi, restoran, pejabat, hotel dab sebagainya mengatakan bahawa hari penamaan calon akan jatuh pada 20hb April ini (sabtu), manakala hari pembuangan indi pada 5hb Mei 2013 (Ahad) akan datang.

BN juga dalam proses menunggu dulu tarikh tersebut sebelum mengumumkan nama bakal-bakal calon yang akan tepilih. Apa yang pasti, perkara tersebut berlaku dalam waktu amat dekat. Kita harus memberi kepercayaan pada pucuk pimpinan, apa juga keputusan yang dibuat harus diterima dengan redha.

Sungguhpun demikian, pasti ada kejutan, YAB Perdana Menteri juga telah memberi sedikit gambaran dan apapun Perdana Menteripun tidak mampu memberi kepuasanhati semua orang. Ada nada kekecewaan dan kegembiraan nanti adalah perkara biasa. Allah menjadikan kebanyakkan "sifat-sifat makhluk dan alam berpasang-pasangan".

Banyak sekali jika ingin disenaraikan, tetapi adalah mencukupi disebut sebahagian kecil antaranya, menang - kalah, penyokong-pembangkang' gembira- berdukacita, pahala -dosa, baik-jahat dan syurga -neraka.

Apapun, kita harus redha ketentuannya, sebab ada pelbagai hikmah seseorang dipilih, seseorang tak dipilih ada juga hikmahnya. Allah lebih tahu perjalanan hidup manusia kehadapan dan seterusnya, Maka hendaklah bersyukur dengan apa yang ada cuma perlu melawan hawa nafsu jahat yang sentiasa cuba menjelmakan firasat-firasat negatif dalam hati, dan jangan sampai  rasa kecewa seolah-olah kita tidak ada pegangan qada dan qadar Allah yang menjadi salah satu rukun iman.

Ada juga cerita dari orang lama dalam politik, jika dia tidak dipilih akan dibantah dan akan panggil press utk buat kenyataan nak masuk pembangkang dan sebagainya. Nahhhh..... kita akan berjumpa orang macam ini maka kita tahu bahawa ini bukannya berjuang untuk parti tetapi " untuk kepentingan peribadi". maka berhati-hatilah dalam menghadapi dugaan kecil ini.

Sekiranya orang sebegini terus menerus memberontak, pastilah ada sabotaj pada rakan-rakan dalam parti berlaku, maka mereka ini berkempen untuk pangkah pembangkang, bagi undi rosak dan ada mengarahkan kelompok kecil yang rapat mereka jangan keluar undi.

Orang seperti ini harus kita dipanggil, ditarbiyah, di beri kaunseling, jangan terus menghukum mereka ini dengan kata-kata kesat, buat sesuatu perbincangan yang lembut dan bila semula kekuatan semangat mereka itu. 

No comments:

Post a Comment