" PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA"
Amma Ba'du,
Menurut As Syahid Imam Hassan Al Bana, "...Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita, dan berakhirnya umur kita yang terbatas, Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam..
......Bermulanya daripada bermula manusia dan berakhir dengan luputnya manusia dibumi ini. Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat)....
.....Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirkannya. Ia dimulakan oleh para nabi hingga ke akhir zaman. Maka kita adalah mata rantai dari sudut perjuangan yang panjang".
Demikian merupakan secebis pesanan dari seorang pejuang Islam pada abadnya, beruntunglah insan sekiranya Allah takdirkan menjadi pejuang dengan fikrah yang sebenar-benarnya. Adalah tidak mustahil perkara ini berlaku, jika Allah izinkan. Ini kerana ilmu Allah amat luas, jika kita ditakdirkan terpaut dengan suatu keyakinan tauhid, meskipun ilmu sedikit, tetapi keyakinan begitu tinggi, maka akan ada ' jalan' menuju sebagai pejuang.
Lautan ilmu Allah tidak ternilai luasnya, perumpamaan seekor burung meminum setitis air laut, dan bertenggek di satu ranting, begitulah ilmu manusia seolah2 berada di muncung burung, lautan terbentang luas umpama Ilmu Allah masih banyak kita tidak perolehi dan ketahui.
Islam sebagai agama dakwah , tarbiyah dan nasihah, sentiasa mengharapkan bertambahnya generasi muda dan dan dewasa mendalami falsafah hidup seperti Hadith Nabi yang berbunyi " Awwalud -Din Makrifahtullah", maksudnya permulaan agama adalah mengenal Allah. Kenal diri kita, terdahulu berdasarkan 5 persoalan asas yang sering diperingatkan oleh guru-guru;
(1) Dari mana aku datang ke dunia ini???
(2) Apakah tujuan aku datang ke dunia yang terang ini???
(3) Setelah hidup, apa tujuan aku dimatikan???
(4) Apakah aku pilih kiri atau kanan sewaktu hidupku???
(5) ke Syurga atau ke neraka ???
-Wahai jiwa lalai! tersedarkah kamu persoalan mudah dan boleh jawab?
-Dimana tempat kamu untuk merasa untuk melepaskan dosa-dosa lalai?
-Pandang diri kamu sendiri dari hujung kaki hingga hujung rambut, apa perubahan kamu?
-Pandang alam luar apa yang kamu nampak?
-hidup kamu tidur,bangun,kerja dan makan sahaja?
- Apa jiwa kamu tenang atau sentiasa dalam keluhan?
- Wahai jiwa, kembalilah kamu kepada Allah, nafsu dan iblis yang berada dalam diri telah banyak memesongkan kamu. Hatta, dunia luar lebih menarik ke arah kebinasaan kamu, kecuali kamu tahu siapa kamu dan siapa berada sentiasa dengan mu yang tidak pernah "terlucut" memandang kamu.
Ini sekadar secebis nasihat sahaja untuk generasi muda dan dewasa akan erti kelalaian hidup, rasa selesa dengan apa yang ada, rasa kita ini biasa dan tidak ada masalah. Sebenarnya kebanyakkan manusia amat lalai termasuk penulis. Jangan kita tangguh, jika tersentak dan tersedar, basahilah jasad dengan wuduk dan mulalah belajar2 solat taubat nasuha, memohon ampun banyak-banyak pada Allah.Apatah lagi dengan membasahi lidah dengan zikrullah..
Merintihlah sepuas-puasnya sehingga mengalir airmata, hatta jika tidak tercapai, ulangilah sehingga tercapai barulah ada jiwa terhubung denganNya.
Akuilah dalam doamu wahai insan, "Ya Allah....Selama ini aku jahil, aku banyak dosa, aku lalai, aku banyak melakukan maksiat, aku meninggalkan banyak perkara wajib...Ya Allah Kini aku " sedari" akan kehadiranMu ya Allah..sesungguhnya Kau sentiasa hadir dan melihat aku....Kini aku mahu kembali padaMU Ya Allah. Kembali dan bertaubat sebenar-benar taubat..
Ya Allah, ketemukan aku dengan guru-guru murshid untuk mengajar aku erti ketuhanan. Supaya aku memahami dengan penuh keyakinan dan aku dapat amalkan. Maka aku juga mencari buku-buku termasuk mula belajar erti membaca Al Quran dan tajwidnya...merangak-rangkak aku, tapi aku tidak malu.
Akupun belajar dan belajar, "guruku pesan, jangan terhenti menuntut ilmu.hingga akhir kalam.'" Akhirnya jikaku mula mengenal sedikit demi sedikit. Allah maha mengatahui hasrat insan
Berdasarkan sebuah catatan dan cerita ini, diharapkan dapat membantu diri kita yang alpa, kerana memang diakui kita sentiasa dibayangi dengan nafsu dan iblis yang menggoda anak-anak adam supaya semakin jauh dengan Allah. Maka kita perlu membuat perubahan pada diri kita.. Sesungguhnya kita akan mati dan perjalanan alam akhirat lebih jauh dan panjang.
w'alam.

No comments:
Post a Comment