PEMBUBARAN PARLIMEN SELESAI : KINI SELURUH NEGARA MENANTI PULA SIAPAKAH CALON-CALON PILIHAN ?
TEPAT JAM 11.40PAGI YAB PERDANA MENTERI TELAH MENGUMUMKAN PEMBUBARAN PARLIMEN MALAYSIA. MAKA JAWATAN WAKIL RAKYAT KERUSI PARLIMEN TELAH TERBATAL DENGAN PENGUMUMAN TERSEBUT. WALAU BAGAIMANAPUN KERAJAAN SEMENTARA DIBERI TANGGUNGJAWAB UNTUK MENGURUSKAN NEGARA.
Pembubaran parlimen yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat telah berlaku. Beberapa negeri yang terbubar sebelum ini termasuk Negeri Sembilan dan hari ini diikuti beberapa negeri termasuk Sabah, Kelantan, Perak dan beberapa negeri lain akan berlaku.
Kerajaan Sementara diberi tanggungjawab meneruskan tugas mentadbir negara berdasarkan jawatan eksekutif termasuk Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan Menteri Besar. Tafsiran ini telah diputuskan melalui Taklimat Jabatan Peguam Negara baru-baru ini. Dengan mengambil rujukan daripada Kerajaan British dimana proses ini tidak menimbulkan masalah.
Cuma Kerajaan Sementara ini dipanggil juga Caretaker ini tidak boleh menggubal sebarang dasar atau mengwujudkan apa-apa polisi baru dan hanya menjalankan rutin harian sahaja. beberapa Negeri lain mungkin akan mengumumkan pembubaran DUN sehari dua ini sebagai menyokong peringkat pusat disamping untuk mrlaksanakan PRU 13 secara serentak.
Kesibukan Pucuk Pimpinan Parti -parti Politik semakin ketara hari ini untuk menyelesaikan dan memuktamadkan calon-calon masing-masing. dI pihak BN dinyatakan ada sedikit lagi penyelarasan akhir untuk memuktamatkan calon. PAS, DAP dan PKR masing-masing masih bergelut dengan sedikit perebutan tempat ada ada unsur-unsur mempertahankan teritory masing-masing disamping pihak Keadilan cuma bembida lebihan kerusi untuk mereka.
Istilah "winable candidates' yang dipatrikan setahun 2 bulan lalu kini benar-benar dipertimbangkan. BN akan mengetengahkan 30-40 peratus muka baru bagi mengubah lanskap hala tuju untuk mencapai kemenangan.. BN telah menyedari awal bahawa dasar buka pintu untuk mengambil muka-muka baru yang diyakini mampu membantu meningkatkan kemenangan dalam pru 13.
Apapun diharapkan proses menghadapi pilihanraya kali ke 13 berjalan dengan aman tanpa sebarang gangguan. Jika berlaku sebarang huru hara pastinya menjejaskan keputusan pilihanraya itu sendiri. Rata-rata sebahagian pengundi atas pagar termasuk kakitangan kerajaan yang mencakupi guru-guru, pensyarah, doktor, serta mahasiswa universiti masing-masing menunggu akan SIAPAKAH CALON-CALON PILIHAN. Lantaran APA PULA MANIFESTO SEBUAH JANJI yang akan diperjuangkan oleh parti -parti yang akan bertanding.
No comments:
Post a Comment