Thursday, 11 April 2013

APAKAH PERBEZAAN ANTARA PARTI DAN AGAMA???

BAGI MERUNGKAI PERSOALAN  ISTILAH  DALAM POLITIK KEPARTIAN TERKINI.


" Parti Politik hanyalah Wadah, Islam adalah Akidah.
Islam Itu bukan Parti Politik  Dan Parti Politik itu bukan agama,
Jangan Taksub pada wadah (parti), sehingga boleh Gadai Akidah,

Bila Wadah (parti), bercanggah Dengan Akidah,
Wajib Kita Menolak Wadah yang Salah,
Kita Wajib Mempetahankan Akidah".

Masyarakat Malaysia kebanyakkannya agak keliru dengan istilah Islam dan Parti politik. Kekeliruan lebih ketara apabila dikalangan pendokong parti politik mengeluarkan nas-nas atau hujjah Ayat Al Quran yang tidak tepat untuk memerangkap insan yang inginkan kefahaman.

Sekiranya 'pengajar' akan istilah memberi takrifan yang salah diikuti niat yang mempengaruhi pendengar atau individu, maka ianya merupakan satu kesalahan  dan tidak amanah dengan ilmu dan bersifat kezaliman. 

Berjuang dalam menegakkan Agama Allah bukan setakat dalam parti politik sahaja malah, pelbagai wadah boleh digunakan. Malah politik dan agama memang tidak boleh dipisahkan. Ini kerana jika membuat pemisahan, sudah tidak meluas persoalan agama. Agama adalah suatu risalah yang dipertanggungjawabkan kepada manusia untuk dikembangkan dengan berpegang panduan utama yakni Al Quran dan Al Sunnah serta ijma' ulama.

Rasulullah pernah bersabda antara lain maksudnya, " Sekiranya kamu berpegang teguh Al Quran dan Al Sunnah'. kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Dalam Sejarah perjuangan Rasulullah, 13 tahun beliau menyampaikan dakwah menyampaikan tauhid sebelum baginda diangkat menjadi Rasul. 

Memperjuangkan Agama Allah perlu diteruskan dengan penuh tanggungjawab. Parti-parti politik pun yang berjaya dalam pelaksanaan dasar, perlu meletakkan Islam kehadapan. Ini kerana tanpa meletakkan perkara sedemikian, pasti akan pincang dimana-mana negara sekalipun di dunia ini.

Cuma dalam meneruskan matlamat tersebut, berhati-hati jangan memperdagangkan agama, menjual agama dan berselindung di sebalik agama untuk mendapat kuasa. Ini tidak benar dan seolah-olah 'tidak jujur dalam perjuangan".

Pas merupakan sebuah parti politik yang membawa wadah agama. "Membangun Bersama Islam"slogannya, manakala UMNO adalah Wadah Pertubuhan Melayu Bersatu, juga membawa perjuangan Agama,Bangsa dan Negara. Semua pemimpin adalah beragama Islam. dan proses penyatuan kedua-dua parti masih sukar. Kesukaran ini disebabkan wadah yang agak berbeda dari tafsirannya.



Ringkasnya, apa jua parti politik yang ada, pasti ada kelebihan masing-masing dan ada juga kelemahan di peringkat pimpinan utama,pimpinan pertengahan mahupun peringkat bawah. Ini perkara biasa. Ini sejajar dengan Hadith Nabi yang bermaksud;

"Setiap anak adam pasti melakukan kesalahan dan kesilapan, sebaik-baik orang yang lakukannya, bertaubatlah kepada Allah".

Kita sebagai Umat yang sayangkan agama suci, marilah kita cari jalan terbaik, mungkin suatu masa terdekat di hadapan Ulama dan Umara bergabung mencetuskan pelbagai pakatan perbincangan untuk mencari titik temu yang lurus supaya Umat Islam Bersatu, berpadu, dan mencipta suatu kejayaan untuk ditonjolkan pada dunia bahawa Islam agama penyatuan.

Umat Islam Melayu apabila berpadu, maka disemai pula kefahaman tauhid yang berterusan dan berpanjangan di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dan pendidikan kepada masyarakat, maka akan terjelma nanti satu umat yang teguh dan tidak gentar lagi berhadapan dengan musuh Islam dalam dan Luar.

Dalam suasana politik semasa, diharap tiada parti politik terus menerus menjual agama demi mencari kuasa. Pas sebuah parti politik yang tidak konsisten dalam merancang dan melaksanakan hukum hudud. Tetapi mereka mula menuduh Kerajaan sekarang BN menolak Islam dan pelbagai tuduhan yang boleh membawa tafsiran yang menjahanamkan umat Islam itu sendiri.

Apakah mereka terlupa dalam suatu ayat Al Quran   Surah Ash-Saff, yang bermaksud:

" Hai Orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan".

Berdasarkan ayat tersebut, jelas menunjukkan bahawa, sesiapa yang merancang sesuatu maka perlulah melakukan kajian kemungkinan serta membuktikan kajian yang dibuat boleh dilaksanakan dan  tidak  mempermainkan isu semata-mata ada berselindung niat lain. Jika menghadapi kesukaran, mengapakah mereka tidak duduk semeja berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara kolektif.


w'alam.






Wednesday, 10 April 2013

SEKADAR PESANAN BUAT DIRI YANG ALPA- SUATU DIALOG.

" PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA"

Amma Ba'du, 
Menurut As Syahid Imam Hassan Al Bana, "...Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita, dan berakhirnya umur kita yang terbatas, Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam..

......Bermulanya daripada bermula manusia dan berakhir dengan luputnya manusia dibumi ini. Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan  merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat)....

.....Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirkannya. Ia dimulakan oleh para nabi hingga ke akhir zaman. Maka kita adalah mata rantai dari sudut perjuangan yang panjang".

Demikian merupakan secebis pesanan dari seorang pejuang Islam pada abadnya, beruntunglah insan sekiranya Allah takdirkan menjadi pejuang dengan fikrah yang sebenar-benarnya. Adalah tidak mustahil perkara ini berlaku, jika Allah izinkan. Ini kerana ilmu Allah amat luas, jika kita ditakdirkan terpaut dengan suatu keyakinan tauhid, meskipun ilmu sedikit, tetapi keyakinan begitu tinggi, maka akan ada ' jalan' menuju sebagai pejuang.

Lautan ilmu Allah tidak ternilai luasnya, perumpamaan seekor burung meminum setitis air laut, dan bertenggek di satu ranting, begitulah ilmu manusia seolah2 berada di muncung burung, lautan terbentang luas umpama Ilmu Allah masih banyak kita tidak perolehi dan ketahui.

Islam sebagai agama dakwah , tarbiyah dan nasihah, sentiasa mengharapkan bertambahnya generasi muda dan dan dewasa mendalami falsafah hidup seperti Hadith Nabi yang berbunyi " Awwalud -Din Makrifahtullah", maksudnya permulaan agama adalah mengenal Allah. Kenal diri kita, terdahulu berdasarkan 5 persoalan asas yang sering diperingatkan oleh guru-guru;

(1) Dari mana aku datang ke dunia ini???
(2) Apakah tujuan aku datang ke dunia yang terang ini???
(3) Setelah hidup, apa tujuan aku dimatikan???
(4) Apakah aku pilih kiri atau kanan sewaktu hidupku???
(5) ke Syurga atau ke neraka ???

-Wahai jiwa lalai! tersedarkah kamu persoalan mudah dan boleh jawab?
 -Dimana tempat kamu untuk merasa untuk melepaskan dosa-dosa      lalai? 
-Pandang diri kamu sendiri dari hujung kaki hingga hujung rambut, apa perubahan kamu?
-Pandang alam luar apa yang kamu nampak?

-hidup kamu  tidur,bangun,kerja dan makan sahaja?

- Apa jiwa kamu tenang atau sentiasa dalam keluhan?

- Wahai jiwa, kembalilah kamu kepada Allah, nafsu dan iblis yang berada dalam diri telah banyak memesongkan kamu. Hatta, dunia luar lebih menarik ke arah kebinasaan kamu, kecuali kamu tahu siapa kamu dan siapa berada sentiasa dengan mu yang tidak pernah "terlucut" memandang kamu.

Ini sekadar secebis  nasihat sahaja untuk generasi muda dan dewasa akan erti kelalaian hidup, rasa selesa dengan apa yang ada, rasa kita ini biasa dan tidak ada masalah. Sebenarnya kebanyakkan manusia amat lalai termasuk penulis. Jangan kita tangguh, jika tersentak dan tersedar, basahilah jasad dengan wuduk dan mulalah belajar2 solat taubat nasuha, memohon ampun banyak-banyak pada Allah.Apatah lagi dengan membasahi lidah dengan zikrullah..

Merintihlah sepuas-puasnya sehingga mengalir airmata, hatta jika tidak tercapai, ulangilah sehingga tercapai barulah ada jiwa terhubung denganNya.

Akuilah dalam doamu wahai insan, "Ya Allah....Selama ini aku jahil, aku banyak dosa, aku lalai, aku banyak melakukan maksiat, aku meninggalkan banyak perkara wajib...Ya Allah Kini aku " sedari" akan kehadiranMu ya Allah..sesungguhnya Kau sentiasa hadir dan melihat aku....Kini aku mahu kembali padaMU Ya Allah. Kembali dan bertaubat sebenar-benar taubat..

Ya Allah, ketemukan aku dengan guru-guru murshid untuk mengajar aku erti ketuhanan. Supaya aku memahami dengan penuh keyakinan dan aku dapat amalkan. Maka aku juga mencari buku-buku termasuk mula belajar erti membaca Al Quran dan tajwidnya...merangak-rangkak aku, tapi aku tidak malu.

Akupun belajar dan belajar, "guruku pesan, jangan terhenti menuntut ilmu.hingga akhir kalam.'" Akhirnya jikaku mula mengenal sedikit demi sedikit. Allah maha mengatahui hasrat insan

Berdasarkan sebuah catatan dan cerita  ini, diharapkan dapat membantu diri kita yang alpa, kerana memang diakui kita sentiasa dibayangi dengan nafsu dan iblis yang menggoda anak-anak adam supaya semakin jauh dengan Allah. Maka kita perlu membuat perubahan pada diri kita.. Sesungguhnya kita akan mati dan perjalanan alam akhirat lebih jauh dan panjang.

w'alam.





















Tuesday, 9 April 2013

PRU -13: PERANAN SPR MENENTUKAN 2 TARIKH UTAMA.

PENETAPAN TARIKH PENAMAAN CALON DAN HARI MEMBUANG UNDI OLEH SPR YANG BERMESYUARAT AKAN DIUMUM ESOK???


PELBAGAI TEKA TEKI BERKAITAN TARIKH DAN CALON-CALON YANG AKAN BERTANDING TERUS DIPERKATAKAN DI SELURUH PELUSUK NEGARA. YANG TIDAK KURANG PENTINGNYA JUGA INDIVIDU MANA- MANA TIDAK TERCALON, JANGAN MEMBUAT PARTI ROSAK....


Sudah menjadi suatu tugas dan tanggungjawab Suruhanjaya Pilihanraya untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya setiap kali menjelang pilihanraya samada pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum.

Sebahagian sudah tahu bahawa mungkin ESOK Suruhanjaya Pilihanraya akan bermesyuarat pagi ini bagi membincangkan hari paling sesuai untuk ditetapkan tarikh atau hari penamaan calon bagi seluruh negara sama ada kerusi Parlimen mahupun DUN.

Berdasarkan maklumat yang diterima, keputusan tersebut dijangka diumumkan pada tengahari ini atau petang ini. Oleh kerana penantian menunggu pilihanraya sudah berlanjutan 1 tahun, rata-rata masyarakat bercakap dan kalau diumumkan bila-bilapun tidak masalah pada mereka.

Di peringkat yang terlibat secara serius seperti menteri-menteri kabinet, Timbalan Menteri, ahli-ahli politik pelbagai peringkat, calon-calon yang disaring sama ada nama berjaya atau tidak, penyokong-penyokong, Pusat Daerah Mengundi dan agensi-agensi yang telibat dalam proses tersebut menjadi debaran pada mereka.

Desas desus dari pakar peramal sama ada di kedai kopi, restoran, pejabat, hotel dab sebagainya mengatakan bahawa hari penamaan calon akan jatuh pada 20hb April ini (sabtu), manakala hari pembuangan indi pada 5hb Mei 2013 (Ahad) akan datang.

BN juga dalam proses menunggu dulu tarikh tersebut sebelum mengumumkan nama bakal-bakal calon yang akan tepilih. Apa yang pasti, perkara tersebut berlaku dalam waktu amat dekat. Kita harus memberi kepercayaan pada pucuk pimpinan, apa juga keputusan yang dibuat harus diterima dengan redha.

Sungguhpun demikian, pasti ada kejutan, YAB Perdana Menteri juga telah memberi sedikit gambaran dan apapun Perdana Menteripun tidak mampu memberi kepuasanhati semua orang. Ada nada kekecewaan dan kegembiraan nanti adalah perkara biasa. Allah menjadikan kebanyakkan "sifat-sifat makhluk dan alam berpasang-pasangan".

Banyak sekali jika ingin disenaraikan, tetapi adalah mencukupi disebut sebahagian kecil antaranya, menang - kalah, penyokong-pembangkang' gembira- berdukacita, pahala -dosa, baik-jahat dan syurga -neraka.

Apapun, kita harus redha ketentuannya, sebab ada pelbagai hikmah seseorang dipilih, seseorang tak dipilih ada juga hikmahnya. Allah lebih tahu perjalanan hidup manusia kehadapan dan seterusnya, Maka hendaklah bersyukur dengan apa yang ada cuma perlu melawan hawa nafsu jahat yang sentiasa cuba menjelmakan firasat-firasat negatif dalam hati, dan jangan sampai  rasa kecewa seolah-olah kita tidak ada pegangan qada dan qadar Allah yang menjadi salah satu rukun iman.

Ada juga cerita dari orang lama dalam politik, jika dia tidak dipilih akan dibantah dan akan panggil press utk buat kenyataan nak masuk pembangkang dan sebagainya. Nahhhh..... kita akan berjumpa orang macam ini maka kita tahu bahawa ini bukannya berjuang untuk parti tetapi " untuk kepentingan peribadi". maka berhati-hatilah dalam menghadapi dugaan kecil ini.

Sekiranya orang sebegini terus menerus memberontak, pastilah ada sabotaj pada rakan-rakan dalam parti berlaku, maka mereka ini berkempen untuk pangkah pembangkang, bagi undi rosak dan ada mengarahkan kelompok kecil yang rapat mereka jangan keluar undi.

Orang seperti ini harus kita dipanggil, ditarbiyah, di beri kaunseling, jangan terus menghukum mereka ini dengan kata-kata kesat, buat sesuatu perbincangan yang lembut dan bila semula kekuatan semangat mereka itu.