Thursday, 21 March 2013

PELIHARALAH LIDAH KERANA 'GHIBAH" MERUPAKAN PERBUATAN KEJI.. 


Ghibah merupakan suatu perkara DILARANG kerana  kesannya  amat negatif. Firman Allah yang bermaksud " Celakalah bagi tiap-tiap pencaci, pengeji." Surah al-Humazah 104:1)  


Ghibah berasal dari perkataan ghaba, yang bermaksud "ghaib" Ianya merujuk kepada perbuatan manusia yang mencakupi cacian, umpatan atau kata-kata mengutuk orang.   Dalam Al Quran juga disebut beberapa kali supaya kita menjauhi dari sangkaan (supaya kita tidak menyangka sangkaan yang dilarang). Ini kerana kesedapan bercakap, lebih mirip pada membawa sangkaan buruk.

Firman Allah jua ada juga menjelaskan berkaitan gelaran-gelaran buruk yang sering dipakai pada ramai pihak.; antaranya yang bermaksud; " Dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. ( Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka) amat buruknya sebutan nama fasiq (kepada seseorang) sesudah ia beriman (Surah al- Hujurat 104:1.

Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan kekeliruan apa yang disebutkan sebagai 'ghibah', Rasulullah berteka-teki dengan para sahabat melalui sebuah Hadith iaitu yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w menyoal para sahabat suatu hari." tahukah kamu apa itu Ghibah? Para sahabat menjawab, Allah dan Rasulnya lebih mengatahui".Rasulullah bersabda lagi.," yang dimaksudkan Ghibah adalah apabila engkau menceritakan sesuatu  tentang saudaramu sesuatu yang ia benci,"

Bertanya seorang lelaki,: Ya Rasulullah, bagaimanakah jika apa yang dicritakan itu benar ada padanya?. Rasulullsh menjawab,"Kalau memang benar ada padanya, maka itulah Ghibah, Jika tidak benar, engkau telah berbuat buhtan (mengada-adakan). Hadith Riwayat Muslim.

Maka dalam mengakui kita sebagai orang beriman, marilah kita elakkan dari terus menimbunkan dosa, dan janganlah kita juga mengintip atau mencari kesalahan-kesalahan dari keaiban seseorang, jauhi mengumpat,  semuanya ini seperti kata perpatah melayu,' kerana lidah badan binasa'.

Sunggupun demikian beberapa pengecualian dibenarkan sebagai menunjukkan bahawa Islam adalah agama Islam yang membawa rahmat sekelian alam. Antara Ghibah yang dibenarkan termasuklah, Orang yang teraniya yang boleh menceritakan kezaliman yang yang menganiyanya, dalam menuntut keadilan.   Firman Allah yang bermaksud,"Allah tidak suka kepada perkataan -perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang)kecuali oleh orang yang teraniya", (Surah al- Nisa:4:148).

Perkara ghaibah yang dibolehkan juga termasuklah bagi membantu seseorang yang berbuat maksiat untuk kembali ke pangkal jalan. Begitu jugabagi tujuan memberi fatwa, maka org yang bertanya boleh menceritakan keburukan orang lain, tetapi terhad kepada permasalahan itu sahaja. 

Kini, proses mencipta pahala, mencipta dosa berada dihujung tangan...mengumpat sedap dilafazkan tetapi berat balasannya, termasuk dalam blog, sms, e-mail,on line forum, facebook dan sebagainya'. Maka peliharalah diri kita, keluarga kita, rakan-rakan kita dan sesiapa yang dekat dengan kita supaya setiap bait kata-kata (peranan lidah), malaikat pencatat, bertugas dan terus mencatat...jika mencatat kebaikan zikirullah, kebajikan, dan perkara-perkara membawa terpilihara roh dan iman, alhamdulillah.

Suasana dalam pilihanraya pru 13 pasti perkara-pekara ini berkembang biak dari pelbagai parti politik. kini dalam facebook dan blog bermacam-macam perbuatan keji berlaku...kita boleh menilai sendiri yang baik dan tidak baik, tetapi harus ingat, jika berdosa pada manusia, untuk mmohon dihapuskan dosa-dosa, perlu memohon maaf kepada manusia, berjumpa mereka dan nyatakan. jika pohon maaf secara maya juga dikhuatiri tidak terampun perlu lafaz khusus. Maka jabilah Rasulullah dan para sahabah sebagai model dan ikutan yang terbaik. w'alam.

Wednesday, 20 March 2013

SEKADAR SEBUAH PEMIKIRAN: TETAPI INILAH REALITINYA 

 Umat Islam di Malaysia sedang menuju kehancuran jika terus begini...Hayatilah satu persatu bait kata-kata ini...

 

Amma Ba'du.
 Islam adalah Agama DAKWAH DAN TARBIYAH yang saling merentasi segala disiplin ilmu dan sistem kehidupan. Pendekatan (manhaj) dalam kerja dakwah dan tarbiyah sepatutnya melalui keilmuan yang SUBUR supaya pengurusan sistem terus berkembang.
 
 

Kini Kefahaman pada KEBENCIAN lebih SUBUR dan pertimbangan DAKWAH semakin MENIPIS. Malah Pertimbangan 'KUASA DAN KEPARTIAN' semakin MENEBAL. Apakah perlu kita membiarkan sehingga Ummah tidak lagi berganding bahu, tidak bertegur sapa, berpuak-puak, saling tuduh menuduh, fitnah semakin berleluasa dan pelbagai isu dimainkan.

Malah ada Pimpinan Islam boleh bergabung dengan penentang Islam. Penentangan secara terbuka bukan direka-reka. Perjuangan menegakkan perlembagaan Islam yang diperjuangkan sekian lama sanggup 'diganti' dengan perlembagaan sedia ada.
 
 
 

Perjuangan  dan perancangan pelaksanaan 'hudud' yang diwar-warkan dibenam dan digugurkan. Apa erti semua ini??? Betapa ramai para ilmuan Islam terkejut dan mengeluh. Maka inilah suatu 'titik hitam' yang memperjudikan agama untuk meraih kuasa.

Teringat kata-kata Allahyarham Ust. Fadzil Noor, sewaktu memimpin PAS, antara lain katanya "..dalam perjuangan Pas, biar kita sedikit, tetapi berkualiti....". Pemimpin kini..khususnya PAS kata-kata mereka menyebabkan banyak pihak sudah hilang hormat dan patut bersara lebih baik dari bertahan di kerusi yang ada.




Friday, 15 March 2013

MENGAPA MUSIBAH MENIMPA KITA? ADAKAH KITA SENTIASA SELAMAT DARIPADA MUSIBAH???


Orang yang derhaka pada Allah pasti menerima musibah yang amat berat dan bertaubatlah serta kembalilah kepada Allah dengan tauhid yang sebenar.


Menurut seorang Wali Allah, Sheikh Ibn Ataillah Askandari, "Sesiapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah  terpisah dalam takdirNya, maka itu adalah pendeknya penglihatan akal dan mata hati". Tegasnya  apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatan baik Apabila Allah menguji Umat Islam dengan pelbagai tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati dan memeikirkan dengan akal agar tercungkil hikmahnya.

Untuk mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah merupakan adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian merupakan suatu pendekatan Allah dalam mendidik manusia. Tidak ada siapapun yang boleh menghidarkannya kerana hidup ini  hakikatnya adalah suatu ujian. Allah berfirman dalam surah Al Mulk,67:2 yang membawa maksud;

" Dia yang menjadikan mati dan hidup  adalah untuk menguji siapakah dalam kalangan kamu yang terbaik amalannya".


Musibah merupakan suatu perkara yang  yang tidak disukai oleh manusia.Ianya merupakan sesuatu kejadian seperti kematian, kesakitan, peperangan, kemiskinan, bencana alam, permusuhan dan kegagalan, kesedihan dan seumpamanya.. Tujuan Allah amat jelas bahawa untuk menilai manusia walaupun pada hakikatnya Allah amat mengatahui. Ini selari dengan Hadith Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud;

" Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim).

Manusia yang paling kuat diuji  adalah para Rasul dan diikuti pula dengan pengikut-pengikutnya mengikut tahap keimanan masing-masing. Allah menguji Orang Islam atas sebab- sebab yang berbeza-beza mengikut tahap hubungan mereka dengan Allah. Atas sebab itu wujudnya KEMULIAAN ATAUPUN KEHINAAN seseorang manusia. Umat manusia pasti menghadapi musibah dan atas dasar itu manusia sentiasalah berwaspada kerana keadaan atau tahapnya berbeza-beza.

Terdapat 3 Jenis musibah yang biasa disebut-sebutkan, antaranya adalah Kafarah, keduanya bala dan ketiganya adalah ibtila'. Walaupun perkara ini agak sama, tetapi jenis balasan ini ada sedikit perbezaannya. Kafarah biasanya suatu musibah yang berlaku sebagai balasan atas ketelanjuran sesuatu kesalahan. Ini merupakan satu ujian pembebasan dosa yang dilakukan didunia dan diakhirat nanti terbebaslah kesalahan tersebut,

Musibah yang dipanggil bala pula merupakan suatu pembalasan dari Allah terhadap orang-orang yang jahat yang melakukan kejahatan. Allah menurunkan bala ini sebagai balasan didunia malah diakhirat juga akan terus menerima hukuman Allah sehinggalah golongan ini akan dihumban ke lembah neraka.

Bagi musibah yang dipanggil ibtila' pula dikenakan kepada orang baik ketika dia melakukan kebaikan. Musibah ini sebagai tanda kasih Allah pada hambaNya yang taat. Dengan musibah tersebut makam seseorang akan meningkat naik dan memperolehi ganjaran pahala yang berganda. Maka golongan yang selalu menerima musibah ini termasuklah para nabi, sidiqin dan para ulama yang benar yang berjuang dengan bersungguh-sungguh.

Kesimpulannya, musibah pasti kita hadapi tertakluk setakat mana Allah mahu menguji kita. Sebelum musibah datang, beringatlah bahawa musibah yang paling digeruni adalah saat sakratul maut. Di saat itu betapa tersiksanya insan yang tidak beriman apabila dada berombak dan tersangkut-sangkut roh. Apatah lagi dibuka hijab alam yang akan pergi.

 Maka beruntunglah musibah yang datangpun pada golongan soleh/solehah, meskipun keperitan terasa, tetapi kemanisan alam yang dipertontonkan sudah nampak syurga menunggu. Maka rebutlah sebuah janji Allah ini dengan maksudnya;

" ...Dan apa sahaja musibah yang menimpa ke atas kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar kesalahan-kesalahanmu.." surah Al -Syura 42:30.