Sunday, 7 April 2013

PELANCARAN MANIFESTO ATAU AKUJANJI BARISAN NASIONAL

 " RAKYAT DIDAHULUKAN " MENJADI TEMA  MANIFESTO ATAU AKUJANJI BARISAN NASIONAL DALAM PRU 13 -  TELAH DILANCARKAN OLEH PM.



TAHNIAH PM...Manifesto BN baru sahaja dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri bagi menghadapi PRU 13 di Stadium Bukit Jalil. Pelancaran manifesto  adalah suatu instrumen berani yang akan menjelaskan kepada semua rakyat Malaysia khususnya para pengundi yang layak. Ini merupakan suatu lanskap perjuangan parti politik yang akan diperjuangkan janji-janji untuk direalisasikan jika sekali lagi kepercayaan diberikan kepada kerajaan BN.



Y.A.B. Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional. dengan penuh keyakinan membentangkan manifesto atau mengatakan sebuah akujanji dan sekirannya BN berjaya memenangi pilihanraya nanti, semuanya akan ditunaikan sepanjang 5 tahun akan datang. Pimpinan BN menganggap dokumen menifesto yang amat serius dan telah dibentangkan dalam  perhimpunan begitu besar secara langsung yang dihadiri melebihi 60,000 orang yang hadir (termasuk di luar stadium).


Sambil menunggu hari penamaan calon dan hari mengundi, PM turut menyentuh bagaimana beliau, TPM dan pemimpin2 lain BN telah menjelajah seluruh negara lebih daripada setahun untuk menilai dan  apakah harapan rakyat, aspirasi dan apa dituntut dari seluruh pelusuk tanahair dari  Lahad Datu hingga ke Seri Aman Sarawak serta di Semenanjung dari Perlis hingga ke Johor.dan didapati rata-rata rakyat memberi sokongan yang berganda dan semakin yakin pada BN. 


Perdana Menteri turut menyentuh bagaimana perancangan yang telah diambil selepas beliau di pilih sebagai Perdana Menteri bermula 3hb. April 2009 sehinggalah Parlimen dibubarkan baru-baru ini dan genap 4 tahun pemerintahannya, dimana beliau meminta rakyat menilai sendiri apa yang telah dilakukan oleh BN disamping beliau dengan penuh yakin bahawa 5 tahun akan datang, jika berjaya maka perancangan baru bakal mencapai matlamatnya.


Masyarakat boleh menilai akan  manifesto atau akujanji untuk 5 tahun akan datang, jika mandat baru diberikan berdasarkan 17 bidang utama yang pastinya boleh mengembirakan seluruh rakyat. 
Beberapa tumpuan perkara yang menarik daripada manifesto BN dapatlah diringkas iaitu;



 Pertamanya, cukai Korporat dan cukai individu akan dikurangkan secara berperingkat. 

Ke 2,  kerajaan akan membina 1 juta unit rumah mampu milik di seluruh negara akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun. 

Ke 3,  sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan dalam bidang sektor berpendapatan tinggi akan diperjuangkan.

ke 4, BRIM akan diteruskan sehingga kenaikan berperingkat maksimum RM1,200 sesebuah keluarga bagi berpendapatan dibawah  paras RM3000.

Ke 5, Sebuah Kementerian Baru akan diwujudkan bagi menjaga pembangunan dan Kesejahteraan  B.andar

ke 6, kadar cukai dan duti eksais ke atas pembelian kereta akan dikurangkan secara berperingkat.

ke 7, Pembangunan infra akan diteruskan di kawasan-kawasan luar bandar

ke  8, Menyediakan bantuan pendidikan pada semua aliran termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan India serta sekolah aliran agama.


Ringkasnya, inilah  sebahagian  janji-janji yang menarik dan sebahagian lagi akan dipaparkan di masa terdekat. sekali imbas ianya mampu menewaskan manifesto daripada Pakatan Rakyat yang tercari-cari arah yang masih bersifat angan-angan bakal meruntuhkan perjuangan mereka nanti. Sama-samalah kita berdoa Allah memberi kekuatan dan kemenangan pada BN yang ikhlas dalam membela masadepan negara.

Friday, 5 April 2013

Calon Parlimen dan Dun akan diumumkan lebih awal

CALON PARLIMEN  DAN DUN BARISAN NASIONAL AKAN DIUMUM LEBIH AWAL


TEKA TEKI SIAPA CALON BN BAGI MEREBUT 222 KERUSI PARLIMEN DAN 555 KERUSI DUN AKAN DIKETAHUI TIDAK LAMA LAGI APABILA SENARAI NAMA MEREKA YANG TERPILIH AKAN DIUMUMKAN LEBIH AWAL BAGI MEMBUAT PERSEDIAAN PRU 13


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional memberitahu dalam sidang akhbar semalam bahawa BN kini menunggu Suruhanjaya PIlihanraya menetapkan hari penamaan calon sebelum mengumumkan nama-nama calon. 

Katanya pengumuman lebih awal bertujuan memberi masa kepada calon-calon untuk membuat persiapan  berkempen serta menyediakan tempoh yang cukup bagi parti meneliti reaksi rakyat. Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Majlis Tertinggi Barisan Nasional di PWTC Kuala Lumpur semalam.

Ada wartawan cuba mengemukakan soalan cepu emas, brapa peratuskah muka baru dalam senarai yang bakal dipertaruhkan, beliau hanya menjawab "tunggu pengumuman nanti". Dilaporkan pengumuman calon-calon akan dibuat serentak oleh Perhubungan negeri masing-masing secara serentak apabila Perdana Menteri "menekan butang hijau" sebagai isyarat dari Ibupejabat UMNO. Maka serentak dengan itu, Semua Menteri Besar/ ketua Menteri kecuali pembangkang akan mengumumkan secara serentak.

Bagi Pakatan Rakyat, mereka ada yang telah umumkan sebelum ini beberapa calon mereka. Tetapi pengumuman mereka seolah-olah tiada kata sepakat, kerana bagi kawasan yang mereka inginkan (PAS), mereka potong Q  dan cepat-cepat mengumumkan calon mereka. Terkedu dan terperanjat Ketua Umum Mereka, Anwar Ibrahim dengan tindakan partin dalam pakatan.

Inilah suatu contoh 'pakatan' yang lemah yang masing-masing cepat-cepat merebut tempat. Apapun, strategi PR adalah suatu yang amat berbeza dengan BN. Hilang konsep bermesyuarah yang selalu diperjuangkan. Inilah wadah perjuangan yang cukup mengelirukan. Namun BN mempunyai prinsip kepatuhan pada ketua yang jitu.

Kepada Para pengundi, pru kali ini merupakan suatu perjuangan yang paling besar bahawa kita sama-sama perlu menolak PAKATAN RAKYAT kerana terlalu banyak insiden tergadainya "akidah Islam" semata-mata mereka mahukan kuasa politik. PAS sebuah parti yang selama ini begitu berprinsip dengan nilai dan wadah yang cukup dihormati. Tetapi kini mereka "menyerang" dan "sedia melepaskan prinsip akidah" memperjuangkan Negara Islam bertukar dan mengugurkan misi asal kepada negara berkebajikan. Malah merelakan bersahabat dengan musuh Islam yang terang-terang menentang negara Islam yang nyata iaitu DAP.

Realitinya BN tetap konsisten dalam memperjuangkan falsafah memperkasakan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair dan sentiasa menyedari setiap kelemahan akan diperbaiki dan akan membuat transfomasi termasuk aspek agama selepas ini supaya ianya menjadi suatu pegangan yang kukuh. pemahaman ini patut di semai iaitu " Parti dalah wadah perjuangan,  Islam adalah akidah. Islam itu bukan parti dan parti itu bukan agama."

Kita jangan terlalu taksub pada wadah (Parti ), sehingga kita mengadaikan Akidah, bila wadah bercanggah dengan akidah, wajib kita menolak wadah dan pertahankan akidah. Pas satu-satunya parti sanggup gadai akidah demi wadah yang mahu kuasa dan kadang-kadang mereka lupa ada suatu kuasa yang sentiasa melihat hati-hati mereka yang mempunyai nafsu sarakah untuk berkuasa, Maka inilah agenda yang perlu diwar-warkan dalam PRU 13 supaya kita menginsafi bahawa BN adalah relevan untuk geopolitik Malaysia. 

Wednesday, 3 April 2013

PRU 13: PEMBUBARAN PARLIMEN HARI INI

PEMBUBARAN PARLIMEN SELESAI : KINI SELURUH NEGARA MENANTI PULA SIAPAKAH CALON-CALON PILIHAN ? 


TEPAT JAM 11.40PAGI YAB PERDANA MENTERI TELAH MENGUMUMKAN PEMBUBARAN PARLIMEN MALAYSIA. MAKA JAWATAN WAKIL RAKYAT KERUSI PARLIMEN TELAH TERBATAL DENGAN PENGUMUMAN TERSEBUT. WALAU BAGAIMANAPUN KERAJAAN SEMENTARA DIBERI TANGGUNGJAWAB UNTUK MENGURUSKAN NEGARA.


Pembubaran parlimen yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat telah berlaku. Beberapa negeri yang terbubar sebelum ini termasuk Negeri Sembilan dan hari ini diikuti beberapa negeri termasuk Sabah, Kelantan, Perak dan beberapa negeri lain akan berlaku.

Kerajaan Sementara diberi tanggungjawab meneruskan tugas mentadbir negara berdasarkan jawatan eksekutif termasuk Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan Menteri Besar. Tafsiran ini telah diputuskan melalui Taklimat Jabatan Peguam Negara baru-baru ini. Dengan mengambil rujukan daripada Kerajaan British dimana proses ini tidak menimbulkan masalah.


Cuma Kerajaan Sementara ini dipanggil juga Caretaker ini tidak boleh menggubal sebarang dasar atau mengwujudkan apa-apa polisi baru dan hanya menjalankan rutin harian sahaja. beberapa Negeri lain mungkin akan mengumumkan pembubaran DUN sehari dua ini sebagai menyokong peringkat pusat disamping untuk mrlaksanakan PRU 13 secara serentak.

Kesibukan Pucuk Pimpinan Parti -parti Politik semakin ketara hari ini untuk menyelesaikan dan memuktamadkan calon-calon masing-masing. dI pihak BN dinyatakan ada sedikit lagi penyelarasan akhir untuk memuktamatkan calon. PAS, DAP dan PKR masing-masing masih bergelut dengan sedikit perebutan tempat ada ada unsur-unsur mempertahankan teritory masing-masing disamping pihak Keadilan cuma bembida  lebihan kerusi untuk mereka.

Istilah "winable candidates' yang dipatrikan setahun 2 bulan lalu kini benar-benar dipertimbangkan. BN akan mengetengahkan 30-40 peratus muka baru bagi mengubah lanskap hala tuju untuk mencapai kemenangan.. BN telah menyedari awal bahawa dasar buka pintu untuk mengambil muka-muka baru yang diyakini mampu membantu meningkatkan kemenangan dalam pru 13.

Apapun diharapkan proses menghadapi pilihanraya kali ke 13 berjalan dengan aman tanpa sebarang gangguan. Jika berlaku sebarang huru hara pastinya menjejaskan keputusan pilihanraya itu sendiri. Rata-rata sebahagian pengundi atas pagar termasuk kakitangan kerajaan yang mencakupi guru-guru, pensyarah, doktor, serta mahasiswa universiti masing-masing menunggu akan SIAPAKAH CALON-CALON PILIHAN. Lantaran  APA PULA MANIFESTO  SEBUAH JANJI yang akan diperjuangkan oleh parti -parti yang akan bertanding.