Monday, 24 December 2012

Ngeh Koo Ham Sebenarnya Liabiliti Kepada Pakatan Rakyat Di Perak.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mesti menerangkan kepada pimpinan parti tentang penglibatan beliau dengan syarikat pembalakan dikatakan menerima tawaran dari kerajaan negeri PAS Kelantan sebagai pertukaran dengan jawatan menteri besar (MB) Perak, kata pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini.

Karpal berkata, Ngeh yang mengaku sebagai pengarah dalam syarikat tersebut, mesti memberi keterangan kepada kepimpinan parti yang akan membuat keputusan selepas penerangannya.

"Ini adalah isu yang serius, jadi beliau mesti menerangkan kepada kepimpinan parti,” kata Karpal dalam sidang medianya hari ini.

“Nasihat saya kepada pemimpin DAP, supaya elakkan diri dari kedudukan yang mengakibatkan persepsi salahlaku,” kata peguam dan ahli parlimen itu.

Ngeh, bersama sepupunya Nga Kor Ming, yang juga pemimpin DAP Perak dan ahli parlimen Taiping, dituduh terlibat dalam pertukaran tanah untuk jawatan MB minggu lalu oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dalam sidang dewan.

ADUN BN Perak itu mendakwa Ngeh dan Nga dianugerahkan tanah bernilai RM30 juta sebagai pertukaran dengan jawatan MB yang disandang oleh Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya 2008.

DAP, PAS dan PKR membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) yang akan bersaing dengan BN dalam pilihan raya akan datang, yang akan diadakan selewat-lewatnya selepas mendat 2008 tamat pada April hadapan.

Semalam, Ngeh memberitahu akhbar The New Straits Times (NST) beliau dan Nga melabur di dalam projek tersebut tetapi menafikan kerana pertukaran dengan jawatan MB.

Ngeh beberapa hari lalu memberitahu wartawan bahawa beliau dan Nga melabur di atas jemputan klien mereka Upaya Padu Plantations Sdn Bhd. Beliau berkata penjanjian jual beli tanah tersebut ditandatangani pada 3 Mei 2006, dua tahun sebelum pilihan raya 2008.

Ngeh dan Nga, yang juga ADUN di Perak, dimana Ngeh adalah ADUN Sitiawan manakala Nga pula ADUN Pantai Remis.

Ngeh memberitahu bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah dan beliau akan memikirkan untuk menyaman mereka yang menfitnah dirinya dan Nga.

PS : Sesungguhnya ianya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional untuk kekal mentadbir Di Negeri Perak. Amin....

Thursday, 20 December 2012

500 Penduduk Buat Demontrasi Kutuk Kerajaan Pas Kelantan.

Kira-kira 500 penduduk di beberapa kampung di Kelantan telah berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal menyelesaikan masalah bekalan air bersih sejak setahun lalu.


Mereka membawa sepanduk menyatakan rasa tidak puas hati dengan sikap kerajaan negeri melalui Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) yang gagal membekalkan air bersih kepada mereka.


Kampung terlibat ialah Kampung Petaling, Bunut Payung, Kampung Che Wan, Kampung Bechah Batu Besar, Kampung Dalam Gelap, Kampung Baru Telekong dan Kampung Ulu Geh.


Antara tulisan yang tertera pada sepanduk ialah: “Kerajaan Pas Kelantan Gagal Selesaikan Masalah Kami” dan “Air Tak Dak, Nak Mandi Susah”.


Penghulu Kampung Telekong, Abdullah Abu Bakar berkata kebanyakan penduduk menggunakan air hujan dan ada yang menggunakan air sungai untuk minum dan kegunaan harian.


“Kami kini membayar bil air kepada syarikat pengendali bekalan air bersih AKSB seolah-olah bayar bil untuk angin, kerana kebanyakan paip kami tidak keluar air sebaliknya keluar angin,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.


Nasib baik sejak seminggu ini musim hujan, dapat kami guna air hujan untuk minum dan mandi,” katanya. Guru Tadika Kemas Nur Najah di Kampung Telekong Baru, Mariam Zakaria berkata masalah bekalan air bersih terputus paling ketara sejak seminggu lalu apabila kebanyakan paip air hanya keluar angin.


Kalau ada, airnya pun kotor dan berkeladak, katanya menambah tadika itu terpaksa membeli air botol untuk kegunaan murid selain menggunakan air perigi yang digali penduduk kampung.


Penduduk Kampung Bechah Batu Besar, Zainal Abidin Abdullah, 58, berkata sepatutnya kerajaan Kelantan telah lama menyelesaikan masalah kemudahan asas itu kerana difahamkan kerajaan negeri telah menerima pinjaman RM600 juta daripada kerajaan persekutuan.


Menurutnya, banyak rungutan telah disampaikan secara lisan kepada pihak berkenaan namun tiada tindakan diambil setakat ini. — Bernama

Monday, 10 December 2012

Agama


INSTITUSI MASJID DAN SURAU JANGAN DIJADIKAN MEDAN PERPECAHAN UMMAH

 
Hampir menjelang pilihanraya, kurang lebih 100 hari mungkin, sesetengah institusi masjid dan surau terus dijadikan medan perpecahan ummah. Sesetengah penceramah dikalangan ustaz-ustaz memanipulasi ruang yang diberikan kepada mereka dengan pelbagai kiasan-kiasan dan ada yang terus menghentam dan mengaibkan pemimpin-pemimpin negara .
 
Amat malang institusi ini khususnya jemaah yang datang  ke masjid atau surau untuk mendapatkan ilmu,mendalami ilmu, mempelajari yang tidak tahu kepada tahu, yang gelap untuk diterangi dan kadang-kadang jemaah rasa macam tidak selesa, rasa marah dan ada yang malas untuk berjemaah disesetengah surau atau masjid.



Sebuah Masjid
 
 Kesannya ada 3, pertamanya, sesetengah jemaah yang tertarik untuk berjemaah hilang minat untuk datang berjemaah bila ada penceramah, keduanya, sikap pihak yang berkepentingan semakin mendabik dada setelah ustaz2 memberi hujjah yang kononnya hujjahnya yang benar dan ketiganya, hubungan kemasyarakatan makin rengang dan terhakis.
 
Bagi solat jumaat pula bacaan kutbah dikalangan imam-imam jemputan semakin berapi-api dan ada kenyataan-kenyataan berunsur fitnah dan pembohongan. Pada orang-orang kampung, amatlah kesian mereka, mereka menjadi sasaran untuk menghadapi masyarakat, sehingga ada unsur tidak bertegur sapa, bersalampun muka pandang ke lain, kenduri kendarapun dan wujud berpuak-puak, jika ada kematian, ada yang tidak datang dan perpecah belah.



Jemaah Masjid
 
Para daie, para pemimpin masyarakat dan Jawatankuasa Masjid dan surau dan sesiapa yang berpengaruh, jangan biarkan perkara ini berterusan berlaku. Sepatutnya, tinggalkan fahaman politik di luar pagar masjid dan surau dan betulkan semula ke[pincangan ini. Jadilah JK Masjid dan surau sebagai DAIE, apabila ada ahli masyarakat tidak datang berjemaah, ziarahilah mereka seperti yamg ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dan sahabat...dan janganlah letak kerja tersebut pada jemaah Tabligh sahaja....kerana apa guna pegang jawatankuasa Masjid dan surau, tugas dakwah tidak dibuat dengan penuh hikmah..