Thursday, 7 February 2013

AWAL PENCIPTAAN MAKHLUK- USUL {SAMBUNGAN,,)

















Selanjutnya Allah menciptakan badan (yakni jasad) dari mulki (bumi) sebagaimana Firman Alah yang bermaksud;
" dari bumi  Aku mencipta kamu, kepada bumi Aku mengembalikanmu. Dan dari bumi Aku mengeluarkanmu"

Setelah jasad diwujudkan, Allah memerintahkan ruh agar memasukkan ke dalam jasad dan ruhpun akan dimasukkan ke dalam jasad. Ketika ruh berada di dalam jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut, iaitu hari perjanjian " Alastu birabbikum? yang bermaksud, Bukankah Aku Tuhan mu? Maka ruhpun menjawab, Benar, Engkaulah Tuhan kami. 

Oleh kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat awal. Sebagai Tuhan Maha Pengasih, maka Allah telah menurunkan kitab-kitab samawi kepada manusia sebagai peringatan tentang negeri asal mereka seperti mana Firman Allah yang bermaksud, " Berikanlah peringatan pada mereka tentang hari-hari Allah", iaitu hari dimana pertemuan semua arwah dengan Allah di alam Lahut.
 
 
 

Disebabkan sedikitnya manusia yang mampu kembali ke alam asal, maka Allah melimpahkan kenabian kepada ruh Agung Muhammad s.a.w., membawa rahmat sekelian alam dari kesesatan ke alam terang. Maka Nabi Muhammad mengajak mereka kembali dan sampai, {bermaksud menyedari dan mengimani akan kebesaran Allah} serta bertemu dengan  "jamal Allah" yang azali.. Ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud;

" Katakanlah, Ini adalah jalanku. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang jelas. Aku dan para pengikutKU".


Pada ayat diatas menjelaskan bahawa Nabi mengajak manusia kembali kepada Allah dengan pandangan yang jelas, yang di dalam Al Quran disebut 'Basyirah". Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka mata hati bagi para aulia. Basyirah tidak akan terbuka hanya dengan ilmu zahir sahaja, tetapi untuk membukanya harus dengan ilmu Ladunni Batin (Ilmu yang langsung dari Allah}atau kasyaf. Seperti mana firman Allah yang bermaksud

         "kepada dia Ku berikan ilmu yang langsung darinAku".

Untuk mencapai tahap ini bukanlah suatu yang senang, tetapi tidak mustahil kerana atas kehendak Allah dan izinNya, dapatlah ilmu tersebut melalui talkin dari wali mursyid. Ini yang dikatakan anugerahkan sebagai Wali Allah. Maka jalan yang harus dipilih perlulah melalui jalan tariqat {mengenal Allah, iaitu ja;am kembali kepada Allah}.

Ada 2 cabang Ilmu yang diturukan kepada Kita iaitu;

( i ) Ilmu Zahir yakni Syariat
(ii ) Ilmu Batin yakni Maarifat.

Ilmu syariat adalah untuk jasad kita, manakala ilmu makrifat adalah untuk batin. Maka kedua duanya harus dipadu maka hasil kesepaduan keduanya mka akan terhasillah hakikat. Sebagaimana Firman Allah  dalam Surah Al Rahman ayat 19-20 yang bermaksud;

" Dia membiarkan dua Lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya
ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing".








Dengan ilmu zahir sahaja tidak akan mampu mencapai hakikat dan tidak akan sampai pada inti tujuan ibadah. Ini kerana ibadah yang sempurna hanya dapat diwujudkan pleh perpaduan antara ilmu zahir dan ilmu batin,

bersambung nanti... Wallahhualam.






Wednesday, 6 February 2013

PM TELAH MEMBUAT PELBAGAI TRANSFORMASI PALING MAKSIMUM...semuanya untuk rakyat.

"JANGAN MENIDAKKAN APA YANG KITA KECAPI HARI INI...".,KATA PM.



Rata-rata rakyat Malaysia terasa bahang perubahan yang dibuat oleh Perdana Menteri melalui transformasi demi kesejahteraan rakyat. Ianya boleh diibaratkan seperti berikut:



 " Seorang ayah yang  memikirkan apa kehendak anak-anak, maka ditunaikannya mengikut kemampuan semasa ayah....maka  ayah mengharapkan anak-anak berpuashati dan sekiranya anak-anak berpuas hati, bapapun bersyukur atas usaha meskipun susah payah ayah tidak didedahkan pada anak-anak...' 

Atas kepayahan ayah memberi madu pada anak-anak, apakah anak-anak membalas racun pada bapa???. Begitulah juga dalam realiti kehidupan berpolitik di Malaysia, segala jasa Perdana Menteri mencurahkan segala kebaikan,, jangan sesekali kita berprasangka buruk padanya.


Baru-baru ini beliau dengan nada merendah diri telah mengatakan..."hanya rakyat mampu melengkapkan tranformasi ke 4 negara dengan menukar budaya serta sikap yang membentuk nilai ketamadunan yang tinggi sekaligus menjadi Malaysia tersohor di mata  dunia"  


Segala pengorbanan yang dilakukan untuk Agama, bangsa dan Negara harus kita sama-sama fikirkan. Setiap perjuangan dan pengorbanan ini mengambil masa dan melibatkan kos yang banyak. 
jangan kita rosakkan masa depan negara dengan teori kosong semata-mata memuashati kita sendiri.


 
 
 
Khusus kepada generasi muda, terutamanya menjelang PRU 13, bantulah kerajaan pimpinan yang ada dengan semangat tulus ikhlas, yakin akan perjuangan yang belum selesai, sebuah perjuangan yang masih boleh diperbaharui dengan kekuatan modal insan dan minda. 
 
 
 
 

Mana ada dalam dunia kini, sebuah kerajaan yang sempurna. Pasti ada kepincangan dan kekurangan. tegurlah dan beri sumbangsaran yang penuh hikmah dan bukan dengan cara menghukum melalui sabotaj dan menaikkan musuh dalam sebuah perjuangan.
 
 

 
 



 

AWAL PENCIPTAAN MAKHLUK - USUL

 
 
                                                                   
                                                                    

Amma Ba'du,
Segala puji Bagi Allah yang Maha Berkuasa dan Maha mengetahui, Pencipta yang bijaksana, Maha Pemberi dan Maha Mulia. Yang mengurus dan mengasihi serta yang menurunkan zikir Al Hakim. Zikir yang menghukumi dari Al Quran yang Agung pada pembawa utusan yang membawa agama yang benar dan jalan yang lurus.
 
 


Rahmat dan Salam ke atas junjungan Nabi  Muhammad SAW, Rasul pilihan yang sentiasa dimuliakan sehingga selama-lamanya' dan juga ke atas ahli keluarga baginda pembawa hidayah bagi semua menerimanya serta para sahabat sebagai insan-insan pilihan. Semoga Allah memberi salam yang sebanyak-banyaknya.

Makhluk yang pertama dicipta oleh Allah  adalah Roh Muhammad s.a.w. Ia diciptakan daripada cahaya 'Jamal' Allah. Sebagaimana firman Allah di dalam Hadith Qudsi :' Aku ciptakan ruh  Muhammad dari cahaya zat-Ku'. Nabi s.a.w Bersabda yang bermaksud;

" Yang pertama diciptakan Allah ialah ruhku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah adalah cahayaku, Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ailah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal".

Hakikat Muhammad di sebut 'nur' dan ada orang menyebut nur muhammad. Ini kerana nur bersih dasripada sebarang kegelapan yamg menghalang untuk dekat diri kepada Allah.  Hakikat Muhammad juga disebut 'akal'.'kerana ianya menemukan segala sesuatu.

Hakikat Muhammad juga disebut kalam, kerana ianya menjadi sebab perpindahan ilmu (melalui percakapan, penulisan dan sebagainya). Ruh Muhammad adalah ruh yang termurni sebagai makhluk pertama, sesuai dengan Sabda Rasul s.a.w yang bermaksud; 'Aku dari Allah dan orang-orang mukmin dari Aku,'

Bertitik tolak dari ruh Muhammad itulah, Allah menciptakan semua ruh di suatu alam yang dipanggil alam 'lahut', iaitu alam yang terbentuk yang terbaik lagi hakiki. Maka seluruh ruh manusia berada di alam ini pada asalnya. Allah mencipta arasy daripada cahaya zat Muhammad s.a.w dan begitulah juga makhluk-makhluk berasal dari zat Muhammad.

Kemudiannya, ruh-ruh manusia diturunkan ke alam terendah dan dimasukkan ke dalam jasad (sebagai makhluk terendah). Sebab apa terendah, jasad diciptakan Allah dari tanah. Firman Allah yang bermaksud: " Kemudian Ku turunkan manusia ke tempat yang terendah".
 
 
PERJALANAN ROH SETERUSNYA

Proses setelah roh diciptakan di alam Lahut, maka diturunkan ruh ke alam Jabarut dan roh dibalut dengan cahaya Jabarut. Iaitu sebagai pakaian antara 2 haram lapis ke dua ini yangf disebut ruh  'Sultani'. Selanjutnya diturunkan lagi ke alam Malakut dan dibaluti dengan cahaya Malakut yang disebut sebagai ruh 'Ruhani". Kemudian diturunkan lagi ke alam Mulki dan dibalut dengan cahaya Mulki. Lapisan ke 4 ini disebut ruh 'Jismani'