Friday, 4 January 2013


 BUAT DIRI YANG LUPA...

APAKAH DIRI MEMILIKI SIFAT TAKABBUR ??????? 


Menurut Imam Al Ghazali r.a. bahawa punca Takbur terbahagi kepada 2. Pertamanya  Takabbur dalam urusan Agama dan Keduanya Takabbur dalam Urusan Dunia.

 Bagi Takabbur urusan agama,  ianya melibatkan  ILMU DAN AMAL. Manakala Takabbur dalam urusan dunia pula terbahagi kepada 5 sebab antaranya berkaitan dengan kuasa dan pengaruh, kekayaan, rupa paras atau kecantikan, kekuatan tubuh badan dan keturunan.

Dalam Al Quran banyak ikon-ikon Takabbur diceritakan antaranya termasuklah IBLIS DAN,SYAITAN, FIRAUN, NAMRUD SERTA YAHUDI. Iconic ini adalah yang menolak kebenaran padahal mereka tahu akan kebenaran.



Daripada  Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud 'Allah Berfirman; ' Kesombongann adalah selendang-Ku dan kebesaran adalah sarung-Ku maka sesiapa bersaing dengan-Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, Pasti Aku lemparkan mereka ke dalam Jahannam'. (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah);

Takabbur dalam urusan agama sepatutnya dijauhi oleh setiap insan lebih-lebih lagi dari ahli ilmuan. Ini kerana didapati kebelakangan ini telah ada unsur-unsur ini berlaku. Malah ada yang mempolitikkan urusan agama untuk mencari dunia yang sementara ini.  Janganlah pula merasa Takabbur dengan kepetahan dan fakta-fakta yang difahami,seolah-olah semua dialah pakar dalam semua bidang.. pendapat individu lain yang berilmu agama jangan pula diperlekehkan sehingga menyinggung perasaan mereka.

 Sekiranya ada sifat-sifat menunjuk-nunjuk, ditakuti riak dan takabbur akan terjelma dalam sanubari. Maka pastikan ada kesedaran 'keberasaan ada Allah' yang sentiasa melihat dan memandang kita.

Takabbur dalam urusan dunia pula minta Allah jauhkan..kerana semuanya akan merosak iman, amal dan hati manusia. .Bagi orang yang ada kuasa dan pengaruh hati-hati.akan Takabbur ini. Bagi mereka yang kaya raya dengan harta melimpah ruah, riak gaya dan percakapan boleh nampak dan jika terlalai dengan ujian ini.

Harus diingatkan diri kita, nafsu dan syaitan sentiasa mencari jalan mengoda, merosakkan anak cucu adam lebih-lebih lagi orang-orang yang mencari jalan menuju kepada Allah. Ketamakkan harta   dunia dan cintakan dunia adalah suatu sifat manusia kecuali bagi mereka yang sentiasa bergantung harap hanya pada Allah. Bergantung harap pada manusia seolah-olah bertuhankan manusia akan mengundang kepada kekecewaan diakhirnya..

Surah Huud Ayat 15-16, Allah berfirman yang bermaksud; Barangsiapa yang berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya,  nescaya Kami berikan kepada mereka sebagai balasan apa yang mereka kerjakan didunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah diakhirat itu apa mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan"

Sifat-sifat takabbur lain seperti rupa paras dan Kecantikan dan juga keturunan  juga boleh meletakan insan ke jurang kehinaan. Nikmat ini kadang-kadang manusia lalai dan tidak mensyukurinya. Berhati-hatilah dengan dugaan dan perjalanan perkara ini kerana semuanya ini tidak berkekalan.
.
 Jangan bertuhankan makhluk sehingga dunia seolah-olah dalam pemilikan kita kerana ianya mengundang sifat takabbur. Sifat mazmumah ini akan merosakkan iman kita, Jika ada sifat-sifat sedemikian kembalilah kita bertaubat kepada Allah dengan penuh penyesalan. Semoga Allah menerima taubat kita. Bersatulah kita atas nama Umat Islam dan semoga Allah jauhi kita sifat takabbur.








Thursday, 3 January 2013

Sekadar Pesanan Pada Diri Yang Lupa


SEKADAR PESANAN PADA DIRI YANG LUPA
BERPOLITIKLAH SECARA BERHIKMAH...
TAKUTI AMALAN TERTOLAK KERANA SIFAT MAZMUMAH 
 
 
                                                           
Sifat-sifat yang sering wujud dalam diri dan jiwa manusia  termasuk ORANG=ORANG POLITIK yang kurang tersedar dan boleh  terbabas yang membawa sifat Mazmumah termasuklah 7 SIFAT: MENGUMPAT, KEUNTUNGAN DUNIA, TAKBBUR, UJUB, HASAD, TIADA EHSAN,  RIYA DAN TIDAK IKHLAS. semua ini jika ada rugi sangatlah di akhirat'''

 
   sumber : google
 
Allah yang menciptaka 7 Malaikat sebelum langit dan bumi dicipta dan dijadikan dan setiap Malaikat di Arah menjaga setiap Pintu-pintu langit. Pada setiap pintu, malaikat akan membawa amalan manusia ke langit. Malaikat PEMBAWA AMALAN akan ditahan oleh malaikat penjaga langit untuk diperiksa sama ada amalan manusia tersebut boleh diterima dan dapat melalui pintu langit seterusnya atau tidak.

PINTU LANGIT PERTAMA
Malaikat membawa amalan seseorabg hamba yang mempunyai NUR dan bercahaya. Berkata Malaikat penjaga pintu langit" pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat yang menjaga 'ghibah' yakni mengumpat dan Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat naik ke langit seterusnya.
 
 
sumber : google

PINTU LANGIT KE 2
Bagi amalan insan yang melepasi langit pertama, Malaikat sampai ke pintu langit ke 2 dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak. Maka kata malaikay penjaga langit ke 2, " Berhenti kamu dan pikul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar amalannya dia mendapat keuntungan di dunia.

PINTU LANGIT KE 3
Malaikat membawa amalan berupa pahala solat, zakat dan pahala sedekah. Para malaikat merasa kagum akan amalan yang dibawa terlepas daripada langit pertama dan ke dua. Tetapi apabila tiba diperiksa malaikat berkata; Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang TAKABBUR dapat melintasiku, orang itu suka membesarkan diri di Majlis Orang Ramai.

PINTU LANGIT KE 4
Amalan berupa Tasbih,solat,puasa, Haji dan Umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit ke 4. Berkata Malaikat Penjaga langit; Allah memerintahkan supaya amalan orang yang UJUB tidak boleh melintasiku. Dia beramal dengan dorongan perasaan Ujub dalam dirinya.

PINTU LANGIT KE 5
 Amalan yang dibawa berseri-seri dan lalu berkata Malaikat penjaga langit'; Berhenti dan buangkan amalan ini pada muka orang yang mengerjakannya...Mereka sebenarnya HASAD kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya.

PINTU LANGIT KE 6
Malaikat yang membawa amalan solat,zakat,umrah, jihad dan puasa seperti bulan purnama bercahaya. lalu berkata malaikat penjaga langit; Pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia TIADA BELAS KASIHAN KEPADA HAMBA-HAMBA-NYA YANG MENGHADAPI KESUSAHAN'',

PINTU LANGIT KE 7
Malaikat membawa amal orang yang melepasi pintu langit ke 6, dan apabila tiba di pintu langit ke 7, Berkata Malaikat penjaga pintu langit "Su'mah (ingin Mahsyur). Aku  akan menghalang amalan orang yang RIAK daripada sampai kepada TUHANKU kerana dia beramal bukan kerana mencari keredhaan ALLAH, tetapi supaya amalannya disebut-sebut.

KETIKA BERTEMU ALLAH
Kemudian, naik malaikat yang membawa amalan seorang hamba yang berupa solat, zakat,haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam diri dan berzikir. Amalan ini dibawa hingga sampai kepada ALLAH, Ketika iti ALLAH berfirman yang bermaksud; ".. Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-hambaKU ini, Aku lebih mengatahui segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepada KU. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu AKU."
 
 
sumber : google
 
Berhati-hatilah kita dalam mengajar cita-cita politik tidak kira siapa,,tidak mustahil sifat tercela ini sentiasa ada dalam hati manusia, tidak kira orang alim, orang tak alim , ustaz, pakar rujuk atau sesiapa..., Ini kerana iblis dan syaitan sentiasa menggoda hati manusia..lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang....Ya Allah pelihara kami dari sifat ini..jadilah usaha kami membela Agama, Bangsa dan Negara penuh ikhlas dengan pertolongan MU Jua...
 
 














Wednesday, 2 January 2013

Tahun 2013


 
BERAKHIRNYA TAHUN 2012 DAN MUNCULNYA TAHUN BAHARU 2013;
MUHASABAH DIRI..
 
 

 
Syukur Alhamdulillah atas limpah kurnia Allah atas segala nikmat yang diberikan, kita masih diberi nafas dan usia untuk berada di Tahun Baharu Masihi 2013. Dengan peredaran masa yang semakin pantas, kita seharusnya merenung kembali apa yang telah kita buat sepanjang TAHUN 2012?????

Berapa banyak amalan khusus dan sunnat kita buat???, berapa banyak kebajikan kita capai??? pengorbanan apa yang dah dibuat??? Ini Bab Kebaikan..Manakala bab keburukan (jika ada), berapa banyak dosa dan maksiat kita lakukan??? berapa banyak masa dilalaikan untuk dunia??? berapa titik hitam kita tinggalkan dihati kita???

Musahabah diri sekadar peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan. Hamba yang fakir lagi banyak dosa mudah-mudahan Allah ampunkan segala kekhilafan ini. Dalam penulisan blog juga adalah terdedah pada dosa mencela jika tiada pertimbangan dibuat.

Saya sendiri berhati-hati dalam apa jua penulisan. Baru2 ini Saya ikuti blog 'orang ni.." dan sisibukit. Ada penulisan berkaitan saya tidak tepat dan ada unsur mencela dan memfitnah. Contohnya kehadiran saya bersama beberapa rakan menghadiri kenduri khawin dan bertemu sahabat lama saya Ust. Idris Ahmad, bakal calon PAS Parlimen Bt. Gantang Perak. kami berbual atas dasar sahabat lama dan bertanya khabar.

penulis blog 'orang ni' cuba membawa haluan lain dan memburukkan Ketua Umno bahagian. Beliau tidak tahu apa2 dan saya menghormati Ketua bahagian sebagai insan biasa. Rupa2nya penulis ini apabila bab menghadiri majlis perkhawinan, mempolitikkan isu ini dan mengaitkan perpecahan UMNO Bahagian Bt. Gantang.

Kita harus tahu bab kemasyarakatan dengan aktiviti kepartian. Kesannya jika perkara macam ini berterusan, jahanam hubungan kemasyarakatan Islam di tempat kita sendiri.