Friday 16 August 2013

KEMELUT DI MESIR- BANTAHAN MALAYSIA PADA MESIR BERTERUSAN.

Di Kuala Lumpur, lebih  daripada 120 NGO'S telah berkumpul dan Berarak di kedutaan Mesir di Jalan Ru Ampang semalam bagi menyerah Nota Bantahan. Ini merupakan sebagai tanda komitment Masyarakat Islam Malaysia bencikan peperangan dan pertumpahan darah sesama Islam di Mesir.




Secara ringkas, Kemelut Mesir sebenarnya telah mengambarkan secara tersirat suatu pertembungan proksi antara beberapa kuasa besar Negara arab iaitu Arab Saudi dan Qatar. Masing-masing cuba memperluaskan pengaruh ke atas negara-negara arab yang bermasalah.


Kalau dilihat daripada rentetan awal krisis Mesir, iaitu di era Pemerintahan Mohammed Mursi, hanya Qatar dan Turki yang banyak menghulurkan bantuan kewangan kepada Mesir. Bagi Negara Arab Saudi,UAE, Jordan dan Kuwait mereka merasakan kebangkitan Ikhwanul Muslimin merupakan ancaman kepada politik mereka.

Qatar dan Turki telah memberi bantuan kepada Mursi lebih daripada AS$10 billion yang membolehkan Mursi bertahan. tetapi sebaliknya di Pihak Arab Saudi dan Kuwait dimana mereka enggan membantu padahal mereka adalah negara arab yang kaya raya dengan minyak dan gas.

Amerika Syarikat sedaya upaya cuba kekalkan pengaruhnya ke atas Mesir dengan memberi bantuan kepada Angkatan Tentera sebanyak AS$1.5 billion di era Murshi dan namun pengaruhnya agak terhad. Kini apabila Murshi ditumbangkan secara tidak sah, maka rakyat Mesir yang menyokong Mursi telah telah di serang dan di bunuh. Sehingga hari ini suasana darurat di Mesir berterusan dan serangan balas penyokong Mursi bertali arus di beberapa daerah di Mesir.

Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa 3 punca utama Mesir terus bergolak termasuklah  Syria yang berpunca daripada sikap negara arab sendiri yang kaya untuk menguatkan pengaruh, pengaruh ini ada kaitan dengan dasar negara barat yang ingin melihat negara Islam tumbang satu demi satu. Selain itu ada kaitan dengan kebangkitan suatu golongan Umat Islam di akhir zaman yang menghendakkan Islam sebagai satu Ad Deen yang benar seperti dianjur oleh Rasulullah S.A.W.

Sama-samalah kita berdoa, supaya Mesir yang terkenal dengan "negara gedung Ilmu Islam dan Barisan Ulama yang hebat" menjadi aman dan stabil. Para Pelajar kita disana juga diharap tidak menjadi mangsa kekejaman tentera Mesir.  Sebagai rakyat Malaysia kita harus berwaspada akan ancaman dari dalam dan luar. Musuh-musuh Islam sentiasa mengintai peluang untuk menghancurkan perpaduan yang ada di negara ini. Siapa akan tolong Negara kita jika negara kita bergolak ??? 




Thursday 15 August 2013

MESIR DIAMBANG KEMUSNAHAN: DIISYTIHAR DARURAT

SUATU SERANGAN BERDARAH PIHAK TENTERA TERHADAP PENYOKONG MURSI.

 

Pada malam 14hb Ogos, suatu kejutan terbesar berlaku apabila pihak tentera Mesir melakukan serangan bertali arus kepada penyokong Mursi. Ini berlaku di dua kem utama penunjuk perasaam pro-bekas Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi.

Pihak tentera yang mungkin hilang sabar dengan tekanan pro-Mursi, telah menggunakan segala kekuatan termasuk menggunakan puluhan kereta perisai, helikopter, jentolak, pasukan penembak tepat telah mengempur kem penyokong Mursi Di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran Nadha di Kaherah.


 


 

Sehingga kini, dianggarkan 2,200 maut manakala lebih 10,000 cedera dalam serangan tersebut. Ekoran daripada itu, Presiden Sementara Mesir yang dikatakan menjadi perancang utama 'mengarahkan serangan' tersebut telah mengisytiharkan  perintah darurat selama sebulan. Beliau turut mengarahkan pihak tentera mengetatkan kawalan dan serangfan jika perlu.
 
 
 
 
Betapa sedih dan dasyatnya pembunuhan ini yang berlaku diantara orang-orang Islam sendiri yang merebut tampuk kekuasaan. Bekas Presiden Mursi yang merupakan presiden yang menang pilihanraya boleh ditiarap begitu sahaja dan terus dikurung. Malah beliau merupakan salah sorang pemimpin Ikhwanul Muslimin dan Al Hafiz yang tegas dan amat digeruni sebelum ini.

Keganasan turut merebak di beberapa kawasan lain termasuklah di bandar-bandar  di Delta Sungai Nil iaitu di Minya dan Assiut, di Isdandariah, fayoum utara Mesir dan di Suez. Pihak Tentera dikatakan terlah membuat perancangan begitu teliti dan menyerang kumpulan pendesak dari pelbagai penjuru.

 
 
Suatu kekuatan yang ada kepada sebahagian penyokong Mursi, Mereka masih tetap kental dan selepas 12 jam perintah berkurung, mereka terus keluar mengebarkan bendera dan terus memprotes terhadap pemerintahan tentera. terbaharu beberapa pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin telah ditahan dan ditangkap dalam operasi tentera tersebut.

 
 
 
 
Pendek kata, perang berdarah dan perang saudara ini meninggalkan suatu titik hitam pada perjuangan Islam adalah semakin ketara. Perkara ini tidak  mustahil berlaku atas negara kita, di antara orang Islam sendiri. Jika kita tiudak membendung gejala kurang sihak dari sekarang, pasti akan berlaku berlaku sama seperti Mesir. Malah "Hampir Berlakupun" jika keputusan Pilihanraya PRU 13 ini berlaku 50-50.Akhirnya yang rugi adalah Umatb Islam Sendiri an orang lain bertepuk tangan dan mungkin mengekluarkan sumber untuk kemusnahan Islam.
 
 

Tuesday 13 August 2013

SALAM AIDILFITRI :SEDIKIT CORETAN



Ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAF ZAHIR DAN BATIN ini sebagai Suatu Amalan Biasa menjelang Aidilfitri dan di awal Shawal bagai Masyarakat Islam di Malaysia dan di Negara-negara Islam yang lain. Penulis terhenti menulis hampir lebih sebulan apabila masuk Ramadhan. Ini kerana masa begitu terhad dan tidak sempat menatap ruangan blog yang ada.

Dalam mengejar tuntutan lain dalam ramadhan yang penuh berkat, maka beberapa aktiviti harian biasa dipinda sedikit sebanyak. Syukur alhamdulillah..terjangkau juga mengakhiri ramadhan dan 2 minggu terakhir, ditakdirkan Allah mengizinkan ke Tanah Suci Madinah dan Makkah menunaikan umrah dan ziarah, di samping dapat berjemaah menunaikan solat tarawih dan sunat2 lain yang ada disana.

Inilah peraturan dalam ilmu Allah dengan kudrat dan iradatNya,  atas izinNya dapat merasai betapa kerdilnya kita sebagai insan di mukabumi ini. Dalam perjalanan ke tanah haram, terlihat betapa kebesaran Allah yang menjadikan bumi Mekah yang tandus, bukit batu tanpa pokok dengan kepanasan meluap-luap..namun seluruh dunia, tetamu-tetamu Allah datang memuji kebesaranNya, memuji kehebatanNya, memuji keagunganNya.

Tidak lain kedatangan ke tanah tandus ini yang di panggil "Al Haram" sebagai tanda terima kasih atas nikmat Islam yang dianugerahkan. Lantaran datang untuk memohon keampunan dan keredhaanNya. Tidak terkecuali sebelumnya menziarahi makam Rasulullah S.A.W. di masjid Nabawi, dengan niat memuji dan berselawat atas baginda tercinta sebanyak-banyaknya disamping menghubungkan kerohanian roh dengan roh baginda..Syukur Alhamdulillah.

Atas gerak Allah juga, alhamdulillah dapat juga bertemu penjaga-penjaga makam Rasulullah S.A.W iaitu 3 orang  (kesmuanya 6 orang) dan merela ini dikatakan keturunan Rasulullah S.A.W. Dapatlah berbalas salam dan bertanyakan khabar setakat mampu. Terima Kasih pada seorang sahabat yang bertugas di Masjid Nabawi yang mengatur pertemuan ini...Alhamdulillah.

Di Mekah seperti biasalah melakukan apa yang terdaya dan dapatlah melihat betapa insan yang datang tidak putus-putus. Melakukan umrah dengan tawaf, solat sunnat tawaf,saie, bergunting dan sebagainya. Dalam pengajian usul, tapak kaabah dikatakan disitulah Nabi Adam a.s disemadikan dan di tempat hajarul aswad di bawahnya disitulah tulang sulbi Siti Hawa diletakkan. Maka dalam melakukan ibadah ini, tiada lain memuji kebesaran Allah saja yang ada kerana disinilah tumpuan umat mengarahkan solat di samping itu disitulah dikatakan "letaknya makam atau martabat Nabi Adam sebagai manusia pertama" di Masjidil haram. dan Kaabah sebagai lambang "rumah Allah" akan terpelihara sehingga hari kiamat.

Apabila masa beredar, umat Islampun berpusu-pusu pulang. Tetapi yang amat mengajaibkan, yang datang selepas itu berpusu-pusu  DATANG DARI PELBAGAI PENJURU MASJIDIL HARAM. Inilah kebesaran Allah yang meletakkan AL Haram sebagai pusat ibadah yang penuh kemuliaan dan berkat.

Sekembali ke tanahair, alhamdulillah dapatlah menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan laungan takbir memuji kebesaran Allah di sana sini. Dan sudah menjadi kebiasaan di negara ini, bersalam bermaaf-maafan diantara satu sama lain kerana diyakini, apabila tiba syawal, kita kembali kepada fitrah, terhapus dosa-dosa jika dengan izin Allah. dan bermaafan sesama insan perlu dilafazkan supaya terhapus dosa-dosa sesama insan secara sengaja atau tidak sengaja sebelum ini. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu dan akan datang...Pohon kemaafan jika ada salah silap serta khilaf sepjg penulisan dibuat dari awal hingga akhir.

Wallahhuallam.