Sunday 31 March 2013

BINGKISAN DARI LUAR NEGARA - URUSAN  PENILAIAN DAN PEMBELIAN  BANGUNAN  UNTUK DIJADIKAN "MALAYSIA HALL DI PERTH AUSTRALIA TELAH DIURUSKAN


Perth Australia: Kini bilangan pelajar Malaysia di Perth Australia telah menjangkau 6600 orang pelajar. pelajar  yang mendaftar seramai 3,369orang, sebahagian lagi tidak mendaftar lebih kurang 3300 orang'. Hampir kesemuanya belajar di Curtin of University dan Western of Australia University yang dibiayai oleh oleh keluarga mereka sendiri. Berdasarkan pertemuan dengan beberapa pelajar Malaysia di sana, rata-rata mereka amat mengharapkan "Malaysia Hall Perth" segera diwujudkan.

Rakyat Malaysia bakal memiliki ' MH'  di Perth, Australia ini akan di letakkan di bawah fungsi Education Malaysia (EM), Perth . Keputusan ini di buat berdasarkan pesetujuan Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada julai 2012 dan  Kementerian Pengajian Tinggi pada dasarnya telah bersetuju dan urusan penilaian dan pembelian sedang disediakan dan selepas ini perlu melalui proses rundingan harga.

Sebuah bangunan yang sesuai tlh di pilih  untuk dibeli dan telah dikenalpasti oleh satu pasukan lain sebelum ini dan saya beserta 2 pegawai daripada jabatan Penilaian dan perkhidmatan Harta (JPPH) iaitu Tn Hj Mohamad Nazri serta En, Ahmad Suhafis Abd Halim  diberi tugas bagi membuat penilaian dalam pelbagai aspek termasuklah perbandingan harga, kesesuaian tempat, kualiti bangunan, serta aspek perundangan di Perth.

Terima kasih kepada Sdr Rudy Adrie Idris, Education Attache di Perth kerana telah memberi kerjasama  kerjasama yang begitu baik sekali sepanjang lawatan dan tugas yang dijalankan disana. Semoga usaha ini menjadi kenyataan.

Konsep Ulama’ dan Kepimpinannya

Konsep Ulama’ dan Kepimpinannya

Thursday 21 March 2013

PENCAPAIAN PROGRAM TRANSFORMASI NASIONAL SELEPAS 3 TAHUN DILAKSANA DI TAHAP CEMERLANG.


DIYAKINI MEMBERI IMPAK POSITIF KE ATAS EKONOMI DAN SOSIAL MASYARAKAT. TRANSFOMASI AGAMA ADAKAH DI PERINGKAT PERANCANGAN???


Hampir seluruh masyarakat di negara ini telah biasa bercakap bab tranformasi, di bandar mahupun di luar bandar. Kadang-kala istilah sebegini agak sukar difahami, disebabkan peluang menatap sumber -sumber bacaan disesetengah tempat khususnya dipedalaman masih tidak sampai. Menonton TV terhadap sesuatu berita tidak dapat menangkap pemahaman sebenar.

Namun Alhamdulillah, kesan ulang tayang didada akhbar, berita tv, mahupun radio serta lain-lain mampu memberi kefahaman sedikit demi sedikit. Y.A.B Perdana Menteri yang mula memperkenalkan Program-program Transformasi (ETP) sejak 2010 kini hasilnya boleh dipaparkan. Keberanian Perdana Menteri melakukan anjakan paradigma ini  sebagai "Suatu daya upaya melawan arus globalisasi ditengah-tengah persekitaran ekonomi dunia terumbang-ambing".

Beberapa pencapaian luar biasa dapat diraih yang mencakupi pertumbuhan ekonomi dengan mengembleng pelaburan pihak swasta secara berganda. Sebelum ini sumbangan purata pelaburan kepada KDNK cuma 10-12 peratus, kini meningkat hingga 16 peratus.

Terlalu banyak fokus diberikan dalam  sektor luarbandar khususnya, antaranya Infrastruktur (jalanraya, air, eletrik, penyelengaraan). Bagi jalan raya 95-99% telah dibina membolehkan penduduk mempunyai asses yang sempurna. Bekalan air 95-99%, elektrik 95-99%. Manakala sektor pertanian,pelancongan, perladangan dan industri desa tlh difokus kepada pengeluaran berganda.

Bagi program GTP, ternyata memberi impak yang positif. Semua lapisan masyarakat dapat mengecapi nikmat perancangan pembangunan termasuk pelajar, peniaga, pemandu teksi, petani, nelayan, guru-guru, belia, orang kurang upaya, imam-imam, ibu tunggal, pesakit dan sebagainya. Bantuan-bantuan yang diberi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban sara hidup yang semakin meningkat. Yang membanggakan negara, jaminan BRIM tahun kehadapan telah dijanjikan sebagai suatu bantuan sara hidup berterusan,

Walau bagaimanapun, selepas pilihanraya PRU 13, diharap kerajaan turut fokus turut kepada pelan transformasi ke arah pembangunan agama supaya lebih tersusun. Aspek kerohanian umpamanya, pembangunan kesedaran TAUHID PADA ALLAH tidak harus dipinggirkan. Ramai umat Islam masih terkebelakang dalam pegangan akidah, syaariah, muamalat, dan yang terpenting memikirkan kaedah melaksanakan peraturan -peraturan atau hukum hakam agama supaya hidayah dan redha ALLAH diperolehi.

Para Ilmuan Islam, Ulama, Mufti-mufti, Penasihat Agama atau sesiapa sahaja harus bingkas bangun untuk membantu Pucuk Pimpinan Negara utk mencipta suatu 'Transformasi Agama" sejajar dengan tuntutan SYARIAT DAN SYARAK. Dengan keikhlasan niat dan usaha bersunguh-sungguh,  perkara ini akan menjadi kenyataan, Insyallah. Allah berjanji dalam Al Quran, bahawa sesiapa menolong AGAMA ALLAH, bantuan ALLAH akan sampai. jadilah diri kita sebagai " Ansorullah" ,  w,alam.





   

PELIHARALAH LIDAH KERANA 'GHIBAH" MERUPAKAN PERBUATAN KEJI.. 


Ghibah merupakan suatu perkara DILARANG kerana  kesannya  amat negatif. Firman Allah yang bermaksud " Celakalah bagi tiap-tiap pencaci, pengeji." Surah al-Humazah 104:1)  


Ghibah berasal dari perkataan ghaba, yang bermaksud "ghaib" Ianya merujuk kepada perbuatan manusia yang mencakupi cacian, umpatan atau kata-kata mengutuk orang.   Dalam Al Quran juga disebut beberapa kali supaya kita menjauhi dari sangkaan (supaya kita tidak menyangka sangkaan yang dilarang). Ini kerana kesedapan bercakap, lebih mirip pada membawa sangkaan buruk.

Firman Allah jua ada juga menjelaskan berkaitan gelaran-gelaran buruk yang sering dipakai pada ramai pihak.; antaranya yang bermaksud; " Dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. ( Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka) amat buruknya sebutan nama fasiq (kepada seseorang) sesudah ia beriman (Surah al- Hujurat 104:1.

Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan kekeliruan apa yang disebutkan sebagai 'ghibah', Rasulullah berteka-teki dengan para sahabat melalui sebuah Hadith iaitu yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w menyoal para sahabat suatu hari." tahukah kamu apa itu Ghibah? Para sahabat menjawab, Allah dan Rasulnya lebih mengatahui".Rasulullah bersabda lagi.," yang dimaksudkan Ghibah adalah apabila engkau menceritakan sesuatu  tentang saudaramu sesuatu yang ia benci,"

Bertanya seorang lelaki,: Ya Rasulullah, bagaimanakah jika apa yang dicritakan itu benar ada padanya?. Rasulullsh menjawab,"Kalau memang benar ada padanya, maka itulah Ghibah, Jika tidak benar, engkau telah berbuat buhtan (mengada-adakan). Hadith Riwayat Muslim.

Maka dalam mengakui kita sebagai orang beriman, marilah kita elakkan dari terus menimbunkan dosa, dan janganlah kita juga mengintip atau mencari kesalahan-kesalahan dari keaiban seseorang, jauhi mengumpat,  semuanya ini seperti kata perpatah melayu,' kerana lidah badan binasa'.

Sunggupun demikian beberapa pengecualian dibenarkan sebagai menunjukkan bahawa Islam adalah agama Islam yang membawa rahmat sekelian alam. Antara Ghibah yang dibenarkan termasuklah, Orang yang teraniya yang boleh menceritakan kezaliman yang yang menganiyanya, dalam menuntut keadilan.   Firman Allah yang bermaksud,"Allah tidak suka kepada perkataan -perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang)kecuali oleh orang yang teraniya", (Surah al- Nisa:4:148).

Perkara ghaibah yang dibolehkan juga termasuklah bagi membantu seseorang yang berbuat maksiat untuk kembali ke pangkal jalan. Begitu jugabagi tujuan memberi fatwa, maka org yang bertanya boleh menceritakan keburukan orang lain, tetapi terhad kepada permasalahan itu sahaja. 

Kini, proses mencipta pahala, mencipta dosa berada dihujung tangan...mengumpat sedap dilafazkan tetapi berat balasannya, termasuk dalam blog, sms, e-mail,on line forum, facebook dan sebagainya'. Maka peliharalah diri kita, keluarga kita, rakan-rakan kita dan sesiapa yang dekat dengan kita supaya setiap bait kata-kata (peranan lidah), malaikat pencatat, bertugas dan terus mencatat...jika mencatat kebaikan zikirullah, kebajikan, dan perkara-perkara membawa terpilihara roh dan iman, alhamdulillah.

Suasana dalam pilihanraya pru 13 pasti perkara-pekara ini berkembang biak dari pelbagai parti politik. kini dalam facebook dan blog bermacam-macam perbuatan keji berlaku...kita boleh menilai sendiri yang baik dan tidak baik, tetapi harus ingat, jika berdosa pada manusia, untuk mmohon dihapuskan dosa-dosa, perlu memohon maaf kepada manusia, berjumpa mereka dan nyatakan. jika pohon maaf secara maya juga dikhuatiri tidak terampun perlu lafaz khusus. Maka jabilah Rasulullah dan para sahabah sebagai model dan ikutan yang terbaik. w'alam.

Wednesday 20 March 2013

SEKADAR SEBUAH PEMIKIRAN: TETAPI INILAH REALITINYA 

 Umat Islam di Malaysia sedang menuju kehancuran jika terus begini...Hayatilah satu persatu bait kata-kata ini...

 

Amma Ba'du.
 Islam adalah Agama DAKWAH DAN TARBIYAH yang saling merentasi segala disiplin ilmu dan sistem kehidupan. Pendekatan (manhaj) dalam kerja dakwah dan tarbiyah sepatutnya melalui keilmuan yang SUBUR supaya pengurusan sistem terus berkembang.
 
 

Kini Kefahaman pada KEBENCIAN lebih SUBUR dan pertimbangan DAKWAH semakin MENIPIS. Malah Pertimbangan 'KUASA DAN KEPARTIAN' semakin MENEBAL. Apakah perlu kita membiarkan sehingga Ummah tidak lagi berganding bahu, tidak bertegur sapa, berpuak-puak, saling tuduh menuduh, fitnah semakin berleluasa dan pelbagai isu dimainkan.

Malah ada Pimpinan Islam boleh bergabung dengan penentang Islam. Penentangan secara terbuka bukan direka-reka. Perjuangan menegakkan perlembagaan Islam yang diperjuangkan sekian lama sanggup 'diganti' dengan perlembagaan sedia ada.
 
 
 

Perjuangan  dan perancangan pelaksanaan 'hudud' yang diwar-warkan dibenam dan digugurkan. Apa erti semua ini??? Betapa ramai para ilmuan Islam terkejut dan mengeluh. Maka inilah suatu 'titik hitam' yang memperjudikan agama untuk meraih kuasa.

Teringat kata-kata Allahyarham Ust. Fadzil Noor, sewaktu memimpin PAS, antara lain katanya "..dalam perjuangan Pas, biar kita sedikit, tetapi berkualiti....". Pemimpin kini..khususnya PAS kata-kata mereka menyebabkan banyak pihak sudah hilang hormat dan patut bersara lebih baik dari bertahan di kerusi yang ada.




Friday 15 March 2013

MENGAPA MUSIBAH MENIMPA KITA? ADAKAH KITA SENTIASA SELAMAT DARIPADA MUSIBAH???


Orang yang derhaka pada Allah pasti menerima musibah yang amat berat dan bertaubatlah serta kembalilah kepada Allah dengan tauhid yang sebenar.


Menurut seorang Wali Allah, Sheikh Ibn Ataillah Askandari, "Sesiapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah  terpisah dalam takdirNya, maka itu adalah pendeknya penglihatan akal dan mata hati". Tegasnya  apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatan baik Apabila Allah menguji Umat Islam dengan pelbagai tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati dan memeikirkan dengan akal agar tercungkil hikmahnya.

Untuk mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah merupakan adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian merupakan suatu pendekatan Allah dalam mendidik manusia. Tidak ada siapapun yang boleh menghidarkannya kerana hidup ini  hakikatnya adalah suatu ujian. Allah berfirman dalam surah Al Mulk,67:2 yang membawa maksud;

" Dia yang menjadikan mati dan hidup  adalah untuk menguji siapakah dalam kalangan kamu yang terbaik amalannya".


Musibah merupakan suatu perkara yang  yang tidak disukai oleh manusia.Ianya merupakan sesuatu kejadian seperti kematian, kesakitan, peperangan, kemiskinan, bencana alam, permusuhan dan kegagalan, kesedihan dan seumpamanya.. Tujuan Allah amat jelas bahawa untuk menilai manusia walaupun pada hakikatnya Allah amat mengatahui. Ini selari dengan Hadith Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud;

" Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim).

Manusia yang paling kuat diuji  adalah para Rasul dan diikuti pula dengan pengikut-pengikutnya mengikut tahap keimanan masing-masing. Allah menguji Orang Islam atas sebab- sebab yang berbeza-beza mengikut tahap hubungan mereka dengan Allah. Atas sebab itu wujudnya KEMULIAAN ATAUPUN KEHINAAN seseorang manusia. Umat manusia pasti menghadapi musibah dan atas dasar itu manusia sentiasalah berwaspada kerana keadaan atau tahapnya berbeza-beza.

Terdapat 3 Jenis musibah yang biasa disebut-sebutkan, antaranya adalah Kafarah, keduanya bala dan ketiganya adalah ibtila'. Walaupun perkara ini agak sama, tetapi jenis balasan ini ada sedikit perbezaannya. Kafarah biasanya suatu musibah yang berlaku sebagai balasan atas ketelanjuran sesuatu kesalahan. Ini merupakan satu ujian pembebasan dosa yang dilakukan didunia dan diakhirat nanti terbebaslah kesalahan tersebut,

Musibah yang dipanggil bala pula merupakan suatu pembalasan dari Allah terhadap orang-orang yang jahat yang melakukan kejahatan. Allah menurunkan bala ini sebagai balasan didunia malah diakhirat juga akan terus menerima hukuman Allah sehinggalah golongan ini akan dihumban ke lembah neraka.

Bagi musibah yang dipanggil ibtila' pula dikenakan kepada orang baik ketika dia melakukan kebaikan. Musibah ini sebagai tanda kasih Allah pada hambaNya yang taat. Dengan musibah tersebut makam seseorang akan meningkat naik dan memperolehi ganjaran pahala yang berganda. Maka golongan yang selalu menerima musibah ini termasuklah para nabi, sidiqin dan para ulama yang benar yang berjuang dengan bersungguh-sungguh.

Kesimpulannya, musibah pasti kita hadapi tertakluk setakat mana Allah mahu menguji kita. Sebelum musibah datang, beringatlah bahawa musibah yang paling digeruni adalah saat sakratul maut. Di saat itu betapa tersiksanya insan yang tidak beriman apabila dada berombak dan tersangkut-sangkut roh. Apatah lagi dibuka hijab alam yang akan pergi.

 Maka beruntunglah musibah yang datangpun pada golongan soleh/solehah, meskipun keperitan terasa, tetapi kemanisan alam yang dipertontonkan sudah nampak syurga menunggu. Maka rebutlah sebuah janji Allah ini dengan maksudnya;

" ...Dan apa sahaja musibah yang menimpa ke atas kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar kesalahan-kesalahanmu.." surah Al -Syura 42:30.








Thursday 14 March 2013

TAHNIAH KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK-  MENDAPAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH  YANG BARU


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TELAH MELULUSKAN MENAIKTARAF KOLEJ ISLAM PERAK (KISDAR) KEPADA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM YANG PERTAMA DI PERAK.
 

Suatu kejayaan baru tahun 2013 dilakar di bawah kepimpinan Y.A.B Dato' Seri Zamry Abd Kadir, Menteri Besar Perak dimana atas usaha yang bersungguh-sungguh, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan KISDAR iaitu singkatan bagi Kolej Islam Perak kepada sebuah kolej bertaraf universiti.
 



 

Nama Kolej Universiti Sultan Azlan Shah telah diberi dan ini bererti Negeri Perak telah berjaya mencipta suatu sejarah memiliki sebuah Kolej Universiti  Islam di Bandar Ipoh Perak Darul Ridzuan.

Kelulusan ini baru dikeluarkan melalui Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dan menurut Ketua Pengarahnya, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, kelulusan ini telah dikeluarkan pada khamis lepas dan ini merupakan suatu kelulusan yang amat bermakna kepada kerajaan negeri Perak khususnya.

 
Dengan kejayaan ini diharapkan Prof. Dr jamil  bin Hashim selaku Reaktor Kolej Universiti ini dapat mengatur strategi dan synergi supaya Universiti ini dapat bersaing di pentas ilmu dengan lebih terkehadapan dan sekaligus dapat melahirkan modal insan yang profesional serta memiliki ciri-ciri ilmuan Islam yang dapat mengangkat martabat tuntutan Islam sebenarnya.


Thursday 7 March 2013

PERJUANGAN PAS AKAN TENGGELAM JIKA  TERUS BERADA DALAM PAKATAN RAKYAT SELEPAS PRU 13 ??? 

ALANGKAH INDAHNYA JIKA PAS BERSAMA UMNO MENCARI TITIK PERTEMUAN SEGERA....PARA ULAMA PAS DISERU SUPAYA   KELUAR DARI PR..PERJUANGAN MENEGAKAN HUKUM ALLAH LEBIH TERSERLAH BERSAMA BN.




Percaturan parti-parti politik menjelang PRU 13 untuk mencapai kemenangan terus berlangsung. Tidak sampai sebulan pasti parlimen akan dibubarkan. Selepas itu gendang pilihanraya  akan memuncak dengan suatu pertarungan yang amat sengit.
BN sebagai parti yang memerintah telah membuat persediaan  begitu rapi, teliti dan tersusun untuk mengekalkan kuasa memerintah dan dengan sasaran merampas beberapa kerusi tambahan. Berdasarkan gerak kerja yang begitu kuat ditambah program-program "Janji di tepati" yang dilaksanakan berterusan oleh Y.A.B Perdana Menteri, telah memberi keyakinan dan bukti bahawa Kerajaan Pemerintah begitu releven untuk meneruskan pengekalan kuasa.

Alangkah indahnya pihak PAS meneliti Menifesto Pakatan Rakyat yang keluarkan, tidak nampak langsung slogan Mendaulatkan Negara Islam lagi, Perjuangan menegakkan hukum Allah terpinggir, Negara Kebajikan yang diketengahkan seolah-olah hanya mengubahsuai apa yang dilaksanakan oleh BN semasa, kecuali janji-janji yang tidak munasabah.

PAS jangan mengharapkan sesuatu yang indah dari PR. Selagi  ada insan yang bernama Anwar Ibrahim dengan agenda peribadi. Ditokok tambah dengan Karpal Singh yang menentang Undang-undang Islam, Lim Guan Eng dengan cita-cita Malaysian Malaysia,
tidak nampak jalan Pas akan bangkit.

Sejarah terbaharu di Pulau Pinang dan Selangor begitu nyata betapa hukum hakam Islam dipermainkan dan dipandang remeh. Malah 2 pemimpin PAS berpengaruh tersingkir dalam keadaan yang cukup mengecewakan. Semuanya ini menunjukkan cita-cita Pas akan terhalang dan banyak ranjau menanti.




Para Ulama PAS yang berpengaruh seperti AF Ustaz Harun Din Al Hafiz, Timbalan Mursidur Am PAS,seorang ulama yang disegani disaran memainkan peranan supaya, Mursidur Am PAS dan Presiden PAS musahabah diri tentang erti perjuangan sebenar dalam menuntut sebuah impian.




Alangkah indahnya memahami perjalanan dan perjuangan UMNO yang sebenar. Janganlah disalahtafsir sebagai perjuangan kebangsaan yang sempit. Segala kekurangan dalam dasar perjuangan boleh diperbaiki dan dibuat transformasi atas semangat nasihat-menasihati antara Ulama dan Umara. Bincanglah secara tertib dan para mufti seluruh negara boleh memberi " penawar " atas kekurangan dan kelemahan yang ada.




Blog Negara Islam bergolak dan berbunuhan sesama Islam seperti di Syria, kini baru " tercari-cari" titik perdamaian dan bersatu setelah puluhan ribu terkorban termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa. Tidak mustahil Malaysia akan terdedah ancaman ini selagi ada segelintir tali barut dan musuh Islam diberi kepercayaan yang berselindung disebalik liberalisme, pluralisme dan Malaysian Malaysia.   




Cadangan pemuafakatan bukan takut kepada persiapan pakatan rakyat menjelang PRU 13, yang bercita-cita merampas Putrajaya. Cadangan ini sebagai penyatuan Ummah dan supaya sebahagian Para Ulama yang jujur tidak dipermainkan oleh Musuh Islam. Manakala sebahagian semi profesional PAS yang gila kuasa, biarlah mereka  tersedar akan salahlaku mereka yang bermain wayang, sesungguhnya mereka tidak ke mana.










 

Tuesday 5 March 2013


 PERASMIAN KAMPUS UTAMA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) OLEH YAB PERDANA MENTERI PENUH WARNA WARNI

Mahasiswa Unimap kini mencecah 10,000 orang dan Unimap menjadi nadi pertumbuhan ekonomi anegeri Perlis. Hampir 750 juta telah dibelanjakan bagi pembangunan kampus baru yang dilaksanakan secara berperingkat.

 

Tarikh 3hb Mac 2013 merupakan suatu tarikh keramat pada  UniMAP Perlis. Kesudian Y.A.B Dato' Seri Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri, untuk hadir utk merasmikan kampus utama. 

Turut mengiringi beliau di majlis tersebut termasuk YAB Menteri Besar Perlis, YB Menteri Pengajian Tinggi serta kenamaan yang lain.

Jumlah kehadiran melebihi 19 ribu orang termasuk masyarakat sekitar Perlis, pegawai dari pentadbiran negeri dan persekutuan,  pensyarah, mahasiswa dari beberapa ipta dan para pelajar .


Majlis Penyerahan cek voucher Buku kepada Para Mahasiswa 

Bersama YB Dato' Seri Jamaluddin Jarlis semasa melawati ruang Pameran dan menerangkan model pembangunan kampus berkenaan.






Bersama Prof Madya Mazlan, selaku Pengarah Pembangunan UNIMAP  serta  Wan Chik 
Dalam kiosk Moden  yang direka khas oleh Unimap





Sebahagian tetamu yang hadir yang terdiri daripada Pensyarah-pensyarah Unimap.








Sambungan..: TURUNNYA MANUSIA KE ALAM PALING BAWAH- USUL.




Ketika Allah menciptkan roh Al Qudsi (ruh termurni) dalam wujud yang terbaik di alam lahut, maka Allah berkehendak menurunkan manusia ke alam yang terendah untuk menyempurnakan kemanusiaannya kepada Allah. Manusia terdiri dari pelbagai makam sama ada makam para nabi, para wali, para ulama sehinggalah pada manusia awam atau biasa'.


Pertama-tamanya Allah menurunkan Ruh Al Qudsi yang tercipta dari Nur Muhammad ke alam Jabarut dengan membawa bibit tauhid, maka dititipkan  dari cahayaNya di alam tersebut, dan dibaluti dengan pakaian cahaya (balutan cahaya).

Begitu pula perpindahan dari alam Jabarut ke Alam Makalut dan dari alam Malakut ke alam Mulki. Disetiap alam yang ketiga-tiga ini, Allah melapisi Ruh Al-Qudsi dengan lapisan-lapisan sampai ke lapisan 'mulkiyah' yang disebut ' Qiswah Unsuriyah", agar jasad tidak terbakar oleh Ruh Al Qudsi.

Lapisan yang dibalutkan di alam Jabarut disebut ' Ruh Sultani". Laipsan di alam Malakut disebut "Ruh Sairani Rawani" dan lapisan di alam Mulki disebut 'Ruh Jismani",


Tujuan utama didatangkannya manusia ke alam dunia agar manusia berupaya kembali mendekatkan diri pada Allah dan mencapai darajat, dengan menggunakan hati dan jasad. maka ditanamkan kefahaman tauhid di lubuk hati agar tumbuh menjadi buah tauhid.

Bibit Syariat pula ditanam di lubuk hati supaya tumbuhnya pohon syariat. Maka buahnya ada buah Darajat. Kemudian Allah memerintahkan ruh dengan seluruh lapisannya untuk masuk ke dalam jasad antara daging dan darah. Tempat Ruh Al-Qudsi adalah rasa. Setiap ruh mempunyai tempat di daerah keberadaan dan alat untuk pengolahannya dan hasil pengolahannya tidak dapat diketahui akan rahsianya.

 

Maka wajib bagi semua manusia untuk mengatahui bagaimana cara mengolah dirinya, sebab apa yang berlaku di mukabumi ini akan dipertanggungjawabkan di hari Qiamat. Fiman Allah dalam Surah Al-Adiyat ayat 9-10 yang bermaksud;

" Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada".

Firman Allah dalam Surah Al Israa' Ayat 13, bermaksud; Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal Perbuatannya ( sebagaimana tetap kalung) pada lehernya).






















Monday 4 March 2013

 PENYEBAR FITNAH DAN BERITA- BERITA PALSU YANG DIREKA-REKA. JAUHILAH DIRI KITA DARI SIFAT SIFAT PENDUSTA  

PERANAN INDIVIDU TERMASUK DIRI KITA YANG MENCORAKKAN MEDIA  KOMTEMPARARI KHUSUSNYA, HENDAKLAH  BERHATI-HATI DENGAN  PENULISAN DAN KESAHIHAN BERITA YANG DIBAWA......INI AMARAN ALLAH, SESUNGGUHNYA SEKSAAN DAN AZAB ALLAH AMAT MENGERIKAN.


Amma Ba'du.,

Mukhtakhir ini betapa banyaknya penulisan-penulisan dalam pelbagai media baru termasuk blog, facebook, twetter, akhbar, tv dan termasuk berbentuk ceramah, dialog atau apa2percakapan membawa pelbagai berita palsu, boleh merosakkan akidah seseorang.  
 
 

 
 

 
Apa juga penulisan tidak salah untuk dikongsi bersama asalkan intipati yang ingin disampaikan tidak ditokok tambah atau diputarbelitkan. Medan penulisan juga jangan terlalu menghukum kerana tanpa  dalil-dalil atau bukti yang sah maka ianya boleh membawa unsur fitnah dan mengumpat. 



Di zaman Nabi Muhammad s.a.w golongan pembawa fitnah dan pengumpat tergolong dalam golongan mana? Sudah pastilah mereka termasuk dalam golongan yang menentang Rasulullah Dan tidaklah sampai hidayah dan pertolongan Allah pada mereka,

Firman Allah dalam Surah Al Hujuraat (kamar-kamar), ayat 6 yang bermaksud;

 " Hai Orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan mu itu ".





Di Era pemerintahan Khalifah Othman Al Affan hinggalah Syaidina Ali Abi Talib, bagaimana peranan pendusta-pendusta, pembawa-pembawa fitnah, dan berita-berita palsu sehingga di kalangan para sahabat yang sanggup berbunuh-bunuhan angkara berita-berita palasu dan fitnah berlegar di kalangan mereka.



Adalah tidak mustahil perkara ini menjadi serius di kalangan masyarakat kita hari ini. Masing-masing boleh menilai akan sesuatu berita atau apa-apa yang berlaku. Yang peliknya, kadang-kadang berita benar berlaku, dikatakan rekaan dan fitnah. Pola ini mendedahkan umat Islam sendiri terhimpit antara yang benar dan yang tidak benar,



Maka kita kembali muhasabah diri, agar kita tidak termasuk di dalam golongan yang boleh membawa berita dusta dan  fitnah dan sepatutnya kita jadi agen perubahan yang berakhlak mulia, profesional, tidak mengharap ganjaran dan tidak membakar diri kerana dunia yang sementara ini. 



Allah juga berfirman Dalam Al Quran ayat 221-223 Surah Al-Assyu.ara yang membawa maksud;



" ... Apakah akan Aku beritakan kepadamu kepada siapa syaitan-syaitan itu turun?  Mereka turun kepada tiap -tiap pendusta lagi yang banyak dosa; Mereka menghadapkan pendengaran (kepada syaitan) itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta..."