Wednesday 27 February 2013

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN  BLOK AKADEMIK UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

 

 Syukur Alhamdulillah atas komitment pihak JKR (prokom) diketua oleh Dato' Ir Haji Salehuddin, Tn Hj Nazri , Tn Hj Mas, UPNM khususnya Naib Canselor dan Kol (B) Ir Radzi serta pihak Syarikat  akhirnya projek Blok akademik yang lebih setahun lewat jadual berjaya disiap dan diserahkan.

Pelbagai usaha dilakukan agar projek ini yang delay beberapa kali..kini diserahkan dan boleh digunakan oleh mahasiswa UPNM.

Penyerahan dokumen penyiapan projek antara wakil JKR dan KPT 

 
Menandatangani dokumen penerimaan bangunan daripada pihak JKR

Gimik penyerahan bangunan daripada pihak syarikat kepada Timbalan Naib Canselor UPNM serta penyampaian cenderahati daripada pihak syarikat (kepada S.O projek JKR  

Sunday 24 February 2013

Minda Hijrah: [WOW !] Rakyat yang menerima BR1M adalah bodoh: Ha...

Minda Hijrah: [WOW !] Rakyat yang menerima BR1M adalah bodoh: Ha...: Antarapos.com - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai 'bodoh'.   ...

Thursday 21 February 2013

 

IKRAR INTERGRITI PILIHANRAYA

JAMINAN UNTUK MEMBUKTIKAN BN BERSIH DAN TELUS DALAM TRANSFOMASI PILIHANRAYA KE 13

 

 

 
                                                                        sumber : utusan
 

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Perdana Menteri menandatangani ikrar tersebut sambil disaksikan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdul dan Presiden Transperancy International (Malaysia) (TI-M), Datuk Paul Low.
 
Yang turut hadir pada majlis serba ringkas itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN.
 
''Apabila nama calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 diumumkan, saya akan pastikan mereka menandatangani ikrar tersebut.
 
''Calon-calon dari parti komponen BN sudah melalui proses saringan SPRM dan adalah sesuai untuk mereka mengambil komitmen menandatangani ikrar integriti untuk pilihan raya yang bersih dan adil," katanya di sini.
 
Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab memenuhi ikrar tersebut terletak di atas bahu mereka yang telah menurunkan tandatangan.
 
''Dan adalah menjadi hak rakyat untuk memastikan wakil rakyat terbabit berpegang kepada akujanji yang telah dibuat, justeru itu, marilah kita bekerjasama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya," katanya.
 
Maklumat terperinci berhubung akujanji itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang TI-M. Orang ramai akan bertanggungjawab menjadi mata dan telinga untuk memantau kepatuhan wakil rakyat masing-masing memenuhi piawaian itu.
 
Maklum balas boleh disalurkan menerusi akaun Facebook calon atau Twitter wakil rakyat terbabit.
Ikrar Integriti yang digerakkan TI-M adalah kontrak sosial yang ditandatangani secara sukarela oleh mana-mana calon yang akan bertanding pada PRU kelak.
 
Antara lain calon akan berikrar mengangkat integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti di peringkat negeri dan persekutuan serta menegakkan kedaulatan undang-undang.
Sementara itu, Paul ketika bercakap kepada pemberita berkata, pelaksanaan ikrar tersebut membolehkan rakyat memantau pemimpin yang benar-benar mematuhi prinsip dan berintegriti.
''Langkah ini akan menggalakkan rakyat untuk mengambil tahu tingkah laku serta perbuatan individu yang telah menandatangani ikrar malah rakyat juga boleh berkomunikasi dengan mereka,'' katanya.
Katanya, Malaysia adalah negara pertama dalam kalangan komuniti TI yang menandatangani ikrar tersebut sekali gus menjadi contoh kepada usaha memerangi rasuah yang dimulakan di peringkat atasan.
 
''Kami gembira kerana Datuk Seri Najib secara personal komited menandatangani komitmen beliau sendiri terhadap ikrar ini,'' katanya.
 
Menurut Paul, pihaknya akan menggalakkan semua calon tanpa mengira parti untuk menandatangani ikrar tersebut bagi melihat sejauh mana komitmen mereka dalam mengangkat integriti dan ketelusan.
Setakat ini 20 individu telah menandatangani ikrar yang dibuat secara sukarela tanpa ada kaitan dengan kerajaan atau mana-mana parti politik.

Wednesday 20 February 2013

MUSTAHIL DAP TERAJUI NEGARA  - DATUK SERI ABDUL HADI AWANG

Ditakuti pemimpin-pemimpin Pas akan dipermainkan maka orang-orang melayu semakin terhimpit dan berpecah. Siapa yang untung...?????? Agenda tersembunyi DAP bukan calang-calang..tergadai hak melayu jika melayu masih leka dan tidak sedar diri.

 

 
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
Pas yakin rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP tidak akan menerajui pemerintahan negara jika mereka berjaya menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
 
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, adalah satu yang mustahil perkara itu berlaku kerana DAP tidak akan mampu menguasai majoriti dua pertiga kerusi bagi membentuk kerajaan.
 
Beliau yang seakan cuba meredakan kebimbangan orang Melayu terhadap pakatan pembangkang yang dilihat membantu mengukuhkan DAP, menjelaskan, DAP hanya akan meletakkan calonnya untuk bertanding di 50 kerusi daripada kesemua 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang.
 
“Ada yang kata, kalau pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13, Malaysia akan diperintah oleh DAP. Sedangkan DAP hanya bertanding 50 kerusi daripada 222 kerusi.

Pengalaman 11 bulan PR memerintah Negeri Perak, didapati DAP lebih dominan. Walaupun Menteri Besar diberi pada Pas, semua pergerakan Pas diikat, ditambat, dibayangi hatta Menteri Besar boneka sentiasa diekori oleh agen DAP. Yang takut bukan apa, Pemimpin Islam/melayu TEWAS dari segi 'negotation' of management.

Memang terbukti di Perak sebelum ini..maka di peringkat persekutuan pula nanti, jika PR memerintah, maka Ds Anuar Ibrahim yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri, alamat Pas bakal dihimpit dan bakal dipermainkan. Tunggulah dan lihatlah.

Jika rakyat di luar masih tidak buka mata, inilah keadaan akan berlaku..apa yang bakal berlaku seterusnya..Bangsa Melayu beragama Islam akan semakin berpecah dan hancur.




Tuesday 19 February 2013

SUATU KESAH  NABI MUSA A.S - UNTUK RENUNGAN BERSAMA...

SYUKUR KITA KEPADA ALLAH S.W.T AKAN NIKMAT ISLAM  DAN IMAN YANG ALLAH ANUGERAHKAN


Dalam satu riwayat menyebutkan kisah Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah. Sabdanya yang bermaksud, " Ya Allah, kenapakah engkau jadikan sesetengah manusia itu kafir, lalu engkau masukkan mereka ke dalam neraka. Sesetengah manusia pula engkau jadikan beriman, lalu engkau masukkan ke dalam syurga. Sedangkan mereka semua adalah hamba-hambaMu, Dimanakah (tanda) keadilanMu.."

Pertanyaan Nabi Musa a.s bukanlah kerana keraguan kepada Allah,tetapi untuk 'Tatmainnal qulub' menenangkan jiwanya. Matlamatnya itu lebih kepada makrifah kepada Allah jua. Allah S.W.T  yang maha Bijaksana tidak terus menjawab persoalan nabinya itu. Allah perintahkan  Nabi Musa a.s  supaya menanam gandum.

Nabi Musa a.s menuruti perintah Allah itu lalu dimulakannya dengan usaha menanam gandum dari mula dengan kerja-kerja membajak hinggalah ke kerja menuai. Dan kerja itu mengambil masa yang agak lama.. Inilah tanda kebijaksanaan Allah, memberi jawapan seserta pengalaman.


ladang gandum

Setelah gandum dituai, gandum disimpan dan jeraminya di bakar. Maka selepas itu Allah lalu berfirman bwertanyakan kepada Musa a.s yang lebih kurang maknanya; " Wahai Musa,  kenapakah gandum engkau simpan,, jeraminya engkau bakar? Bukankah kedua-duanya milikmu Wahai Musa?

Dengan pertanyaan Allah S.W.T itu, maka fahamlah Nabi Musa a.s, gandum dan jerami adalah miliknya. Dia berhak lakukan apa saja pada pemilikannya itu. Beruntunglah gandum yang menjadi pilihan, jerami pula menjadi bahan bakar. Inilah hakikat yang kita tidak tahu dan tidak boleh dikaji.

Pada syariatnya asal gandum dan jerami itu dari benih yang satu, yakni benih yang suci. gandum pula boleh dimakan dan jerami tidak boleh dimakan oleh manusia. Maka kita boleh mencorakkanya. Kalau kita ingin menjadi gandum, ya gandumlah jadinya, kalau memilih jerami, pilihlah jerami...yang menjadi bahan bakar.
 

Kesimpulan,  yang dapat diungkap dari penceritaan tadi bolehlah dikatakan, kita wajib percaya kepada takdir, dimana hakikat takdir Allah lebih mengatahui. tetapi kita dilarang menyerah kepada takdir tanpa usaha untuk meletakkan diri kita sebagai mukmin yang sebenar. Maka bergantung dan serah kepadanya sama ada diredhai atau tidak.

Selagi ada usia dan kekuatan yang Allah berikan, marilah kita tanamkan azam meningkatkan amalan masing-masing dengan bersungguh, termasuk perkara-perkara sunat. Banyak dosa kita sebenarnya..kami takut azabMu Ya Allah. Redhakanlah kami Ya Allah jadi insan beriman yang sebenar-benarnya..

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN KPT 2012
 

 
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengucapkan setinggi  tahniah kepada semua pelajar penerima Geran Penyelidikan Sukan, Biasiswa Sukan dan Insentif Kecemerlangan Sukan bagi tahun 2012 pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan KPT 2012 yang berlangsung pada 14 Februari 2013, Khamis bertempat di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
 
 
 
 
 
 
 
Majlis telah di sempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, YBM dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ab. Rahim Bin Md. Noor, KSU, YBhg. Datuk Haji Omar Bin Abd. Rahman, TKSU (P) dan beberapa wakil Ketua Jabatan / SUB.
 


Seramai 3 atlet IPT telah menerima insentif tertinggi dalam majlis ini iaitu Syafik Ridhwan Abdul Malek (Kejohanan Boling Piala Dunia Qubica ANF 2012), Mohamad Nuzul Azwan Ahmad Temizi(Kejohanan Petanque Piala Dunia 2012) dan Bryan Nickson Lomas (Kejohanan Piala Dunia FINA 2012). Jumlah keseluruhan atlet yang menerima insentif kecemerlangan sukan adalah seramai 260.
 
 
 
 
 

Semoga pengiktirafan ini akan mendorong semua untuk terus mengekalkan rentak kecemerlangan yang telah dicapai dan akan lebih banyak lagi kejayaan akan dilakar pada masa-masa yang akan datang.

 

Monday 18 February 2013

RAKYAT AKAN TOLAK PAS - DATO' SERI AHMAD ZAHID HAMIDI

KEYAKINAN NAIB PRESIDEN UMNO- PAS DAN DAP TIDAK MUNGKIN DAPAT MENCAPAI PERSEFAHAMAN DALAM SOAL POLITIK KERANA BERTENTANGAN DARI SEGI IDEOLOGI..


 
Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
 
 
Dato Seri Ahmad Zahid hamidi berkeyakinan PRU 13 kali ini bahawa pengikut Pas akan menolak pas kerana beberapa isu besar yang sukar ditangani mereka. parti seperti Pas yang menggunakan agama untuk kepentingan politik akhirnya akan ditolak oleh rakyat seperti yang pernah berlaku di negara-negara lain.

Katanya analisa komunikasi politik menunjukkan sokongan terhadap parti berasaskan agama termasuk Islam, Hindu, Keristian dan Yahudi tidak dapat bertahan lama setelah rakyat menyedari parti-parti tersebut cuma '.menunggang' agama untuk meraih kuasa politik.

" Cuba kita tengok Parti Bharatiya janata (BJP) di India, yang berasaskan fahaman hindu dapat peluang memerintah cuma sepenggal, akhirnya ditolak oleh pengikut hindu di India kerana mereka hanya memainkan agama untuk mendapat kuasa politik.

Katanya lagi," sama juga apa yang berlaku di Malaysia apabila Pas mahu melaksanakan hudud dan mengubah perlembagaan kepada perlembagaan Islam sepenuhnya, tetapi selepas 3-4 hari, mereka tarik balik". Dalam keadaan di Malaysia apabila Pas menggunakan agama sebagai wadah untuk berjuang, ertinya  segala pendapat [pemimpin utama mereka ini  dianggap oleh mereka sebagai fatwa dan kebenaran mutlak.."

Kini adalah masa menguji setakat mana kekuatan kenyataan beliau. Apa yang diharapkan orang Islam perlu bersatu. Untuk mencapai impian suci atas perintah Allah swt, perlu landasan agam yang jelas. Maka para pemimpin Pas dan Umno harus mencari jalan juga untuk bersatu. Kerapuhan hubungan ini jika dibiarkan berterusan akan melemahkan perjuangan Islam.

Jika pilihanraya memihak kepada kerajaan BN, maka perlu re branding Wadah Umno supaya lebih kukuh dengan membawa golongan Ulama dan Umara bersatu membetulakan  persepsi agar akidah, dan kemaslahatan umum jelas serta jangan lupa tingkatkan keyakinan bahawa beberapa perundangan Islam perlu diperkasakan.

Thursday 7 February 2013

KEKECEWAAN YB. UST NASHARUDIN DENGAN KEPIMPINAN PAS YANG ADA...

MENURUT TUAN GURU NIK AZIZ, PEMECATAN Y.B UST NASHA SEBAGAI  AHLI MAJLIS SYURA ULAMA PAS SEKALIGUS KEAHLIAN PAS BIASA TERBATAL. LAIN PULA DENGAN PRESIDEN PAS, UST HADI MENGATAKAN KEAHLIAN PAS UST NASA MASIH KEKAL...YANG MANA SATU BENAR DAN TERPAKAI?


Forum  Isu semasa secara langsung semalam di TV3 yang tetamunya adalah Y.B Ustaz Nasharudin telah menjelaskan kedudukan sebenar beliau. Dengan wajah kecewa tetapi tetap berprinsip tegas, mendedahkan betapa Kepincangan Kepimpinan PAS Muktahir ini.

Prinsip memperjuangkan Islam dan menyatukan bangsa melayu (Islam) yang menjadi dokongan beliau puluhan tahun telah disalahertikan sehinggalah beliau tewas sebagai Timbalan Presiden PAS dan beliau yang dilantik sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS dipecat kerana dikatakan melanggari etika Majlis Syura Ulama PAS.

Boleh dikatakan beliau menjadi mangsa kepada kumpulan tertentu dalam PAS sendiri. Ini disebabkan beliau begitu tegas mempertahankan prinsip asal perjuangan. Dalam pakatan Rakyat, yang mana sebahagian pimpinan  PAS Pusat sanggup mengorbankan prinsip akidah semata-mata mahu melayani tetamu pakatan. Ini ditegurnya secara lantang dan kesannya ada individu tertentu yang kurang senang dengan beliau.

Isu mempertahan kalimah Allah salah satunya menjadi beliau menjadi tidak popular. Beliau cepat mengesan dan menyedari ada agenda tersembunyi yang boleh meruntuhkan akidah ummah. Maka ini juga persoalan yang beliau dikatakan melanggar etika Majlis Ulama Syura. Adakah Pimpinan lain sedar, sebelum itu Hj Hadi dan Mat Sabu membenarkan kalimah Allah digunakan dalam versi Bahasa Melayu untuk Bible. Kemudian akur dengan Majlis Syura Ulama. Sepatutnya ini kes melanggar etika Majlis. Kenapa Tidak diambil tindakan atau pemecatan.

Maka Persoalan ini ditimbulkan oleh Ust Nasha dan beliaupun tidaklah bersungguh-sungguh menuntut hukuman pada orang lain. Begitu juga dengan pemecatan beliau, surat pemecatan beliau baru diterima pada 6hb, Februari.(semalam). Padahal tempoh pos sudah 2 minggu berlalu, dimana silapnya? Sepatutnya panggillah beliau dan serahkan dengan tangan.



Inilah persoalan Kepimpinan PAS yang ada sekarang, yang semakin hari semakin kelam kabut
dan bagaimana nasib ummah jika  mereka berkongsi kuasa dan sering tewas dalam "perjanjian tolak ansur". Mereka begitu gerun Kepada Karpal Singh, seorang yang nyata menghina Islam, tetapi mereka terus dampingi dan percaya. Dimanakah dalil-dalil Al Quran yang sebelum ini berapi-api di nukilkan tentang musuh Islam dan ancamannya....




Wahai anak-anak muda pejuang-pejuang Islam, marilah kita rapatkan saf-saf dengan bersatu padu sesama Islam atas semangat Perjuangan Agama , Bangsa dan Negara. Tinggallah pemimpin-pemimpin dan fatwa mereka yang tidak konsisten dan sanggup menjual Agama demi kuasa. Ingatlah Negara Syria hampir hancur perpaduan Islam...dan kini baru terkinja-kinja untuk cari jalan untuk bersatu. Puluhan Ribu telah mati angkara seperti isu di negara kita ini.

Selagi ada pemimpin PAS yang menolak Penyatuan PAS dan UMNO selagi itulah umat Islam sukar bersatu. Padahal kita hanya mempunyai perbezaan perkara cabang, bukan soal akidah. Kita sesama Islam dan Perdana Menteripun Islam dan mudah dibawa ke meja rundingan. Apa-apa pembaharuan boleh buat demi Islam. Ini Kerana Melayu hanya tinggal kuasa dan itupun dah hampir lemas...maka  insaflah kita pejuang Agama, Bangsa dan Negara...kita akan ditindas jika kita lemah dan akan musnah di bumi sendiri.

AWAL PENCIPTAAN MAKHLUK- USUL {SAMBUNGAN,,)

















Selanjutnya Allah menciptakan badan (yakni jasad) dari mulki (bumi) sebagaimana Firman Alah yang bermaksud;
" dari bumi  Aku mencipta kamu, kepada bumi Aku mengembalikanmu. Dan dari bumi Aku mengeluarkanmu"

Setelah jasad diwujudkan, Allah memerintahkan ruh agar memasukkan ke dalam jasad dan ruhpun akan dimasukkan ke dalam jasad. Ketika ruh berada di dalam jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut, iaitu hari perjanjian " Alastu birabbikum? yang bermaksud, Bukankah Aku Tuhan mu? Maka ruhpun menjawab, Benar, Engkaulah Tuhan kami. 

Oleh kerana ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat awal. Sebagai Tuhan Maha Pengasih, maka Allah telah menurunkan kitab-kitab samawi kepada manusia sebagai peringatan tentang negeri asal mereka seperti mana Firman Allah yang bermaksud, " Berikanlah peringatan pada mereka tentang hari-hari Allah", iaitu hari dimana pertemuan semua arwah dengan Allah di alam Lahut.
 
 
 

Disebabkan sedikitnya manusia yang mampu kembali ke alam asal, maka Allah melimpahkan kenabian kepada ruh Agung Muhammad s.a.w., membawa rahmat sekelian alam dari kesesatan ke alam terang. Maka Nabi Muhammad mengajak mereka kembali dan sampai, {bermaksud menyedari dan mengimani akan kebesaran Allah} serta bertemu dengan  "jamal Allah" yang azali.. Ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud;

" Katakanlah, Ini adalah jalanku. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang jelas. Aku dan para pengikutKU".


Pada ayat diatas menjelaskan bahawa Nabi mengajak manusia kembali kepada Allah dengan pandangan yang jelas, yang di dalam Al Quran disebut 'Basyirah". Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka mata hati bagi para aulia. Basyirah tidak akan terbuka hanya dengan ilmu zahir sahaja, tetapi untuk membukanya harus dengan ilmu Ladunni Batin (Ilmu yang langsung dari Allah}atau kasyaf. Seperti mana firman Allah yang bermaksud

         "kepada dia Ku berikan ilmu yang langsung darinAku".

Untuk mencapai tahap ini bukanlah suatu yang senang, tetapi tidak mustahil kerana atas kehendak Allah dan izinNya, dapatlah ilmu tersebut melalui talkin dari wali mursyid. Ini yang dikatakan anugerahkan sebagai Wali Allah. Maka jalan yang harus dipilih perlulah melalui jalan tariqat {mengenal Allah, iaitu ja;am kembali kepada Allah}.

Ada 2 cabang Ilmu yang diturukan kepada Kita iaitu;

( i ) Ilmu Zahir yakni Syariat
(ii ) Ilmu Batin yakni Maarifat.

Ilmu syariat adalah untuk jasad kita, manakala ilmu makrifat adalah untuk batin. Maka kedua duanya harus dipadu maka hasil kesepaduan keduanya mka akan terhasillah hakikat. Sebagaimana Firman Allah  dalam Surah Al Rahman ayat 19-20 yang bermaksud;

" Dia membiarkan dua Lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya
ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing".








Dengan ilmu zahir sahaja tidak akan mampu mencapai hakikat dan tidak akan sampai pada inti tujuan ibadah. Ini kerana ibadah yang sempurna hanya dapat diwujudkan pleh perpaduan antara ilmu zahir dan ilmu batin,

bersambung nanti... Wallahhualam.






Wednesday 6 February 2013

PM TELAH MEMBUAT PELBAGAI TRANSFORMASI PALING MAKSIMUM...semuanya untuk rakyat.

"JANGAN MENIDAKKAN APA YANG KITA KECAPI HARI INI...".,KATA PM.



Rata-rata rakyat Malaysia terasa bahang perubahan yang dibuat oleh Perdana Menteri melalui transformasi demi kesejahteraan rakyat. Ianya boleh diibaratkan seperti berikut:



 " Seorang ayah yang  memikirkan apa kehendak anak-anak, maka ditunaikannya mengikut kemampuan semasa ayah....maka  ayah mengharapkan anak-anak berpuashati dan sekiranya anak-anak berpuas hati, bapapun bersyukur atas usaha meskipun susah payah ayah tidak didedahkan pada anak-anak...' 

Atas kepayahan ayah memberi madu pada anak-anak, apakah anak-anak membalas racun pada bapa???. Begitulah juga dalam realiti kehidupan berpolitik di Malaysia, segala jasa Perdana Menteri mencurahkan segala kebaikan,, jangan sesekali kita berprasangka buruk padanya.


Baru-baru ini beliau dengan nada merendah diri telah mengatakan..."hanya rakyat mampu melengkapkan tranformasi ke 4 negara dengan menukar budaya serta sikap yang membentuk nilai ketamadunan yang tinggi sekaligus menjadi Malaysia tersohor di mata  dunia"  


Segala pengorbanan yang dilakukan untuk Agama, bangsa dan Negara harus kita sama-sama fikirkan. Setiap perjuangan dan pengorbanan ini mengambil masa dan melibatkan kos yang banyak. 
jangan kita rosakkan masa depan negara dengan teori kosong semata-mata memuashati kita sendiri.


 
 
 
Khusus kepada generasi muda, terutamanya menjelang PRU 13, bantulah kerajaan pimpinan yang ada dengan semangat tulus ikhlas, yakin akan perjuangan yang belum selesai, sebuah perjuangan yang masih boleh diperbaharui dengan kekuatan modal insan dan minda. 
 
 
 
 

Mana ada dalam dunia kini, sebuah kerajaan yang sempurna. Pasti ada kepincangan dan kekurangan. tegurlah dan beri sumbangsaran yang penuh hikmah dan bukan dengan cara menghukum melalui sabotaj dan menaikkan musuh dalam sebuah perjuangan.
 
 

 
 



 

AWAL PENCIPTAAN MAKHLUK - USUL

 
 
                                                                   
                                                                    

Amma Ba'du,
Segala puji Bagi Allah yang Maha Berkuasa dan Maha mengetahui, Pencipta yang bijaksana, Maha Pemberi dan Maha Mulia. Yang mengurus dan mengasihi serta yang menurunkan zikir Al Hakim. Zikir yang menghukumi dari Al Quran yang Agung pada pembawa utusan yang membawa agama yang benar dan jalan yang lurus.
 
 


Rahmat dan Salam ke atas junjungan Nabi  Muhammad SAW, Rasul pilihan yang sentiasa dimuliakan sehingga selama-lamanya' dan juga ke atas ahli keluarga baginda pembawa hidayah bagi semua menerimanya serta para sahabat sebagai insan-insan pilihan. Semoga Allah memberi salam yang sebanyak-banyaknya.

Makhluk yang pertama dicipta oleh Allah  adalah Roh Muhammad s.a.w. Ia diciptakan daripada cahaya 'Jamal' Allah. Sebagaimana firman Allah di dalam Hadith Qudsi :' Aku ciptakan ruh  Muhammad dari cahaya zat-Ku'. Nabi s.a.w Bersabda yang bermaksud;

" Yang pertama diciptakan Allah ialah ruhku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah adalah cahayaku, Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ailah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal".

Hakikat Muhammad di sebut 'nur' dan ada orang menyebut nur muhammad. Ini kerana nur bersih dasripada sebarang kegelapan yamg menghalang untuk dekat diri kepada Allah.  Hakikat Muhammad juga disebut 'akal'.'kerana ianya menemukan segala sesuatu.

Hakikat Muhammad juga disebut kalam, kerana ianya menjadi sebab perpindahan ilmu (melalui percakapan, penulisan dan sebagainya). Ruh Muhammad adalah ruh yang termurni sebagai makhluk pertama, sesuai dengan Sabda Rasul s.a.w yang bermaksud; 'Aku dari Allah dan orang-orang mukmin dari Aku,'

Bertitik tolak dari ruh Muhammad itulah, Allah menciptakan semua ruh di suatu alam yang dipanggil alam 'lahut', iaitu alam yang terbentuk yang terbaik lagi hakiki. Maka seluruh ruh manusia berada di alam ini pada asalnya. Allah mencipta arasy daripada cahaya zat Muhammad s.a.w dan begitulah juga makhluk-makhluk berasal dari zat Muhammad.

Kemudiannya, ruh-ruh manusia diturunkan ke alam terendah dan dimasukkan ke dalam jasad (sebagai makhluk terendah). Sebab apa terendah, jasad diciptakan Allah dari tanah. Firman Allah yang bermaksud: " Kemudian Ku turunkan manusia ke tempat yang terendah".
 
 
PERJALANAN ROH SETERUSNYA

Proses setelah roh diciptakan di alam Lahut, maka diturunkan ruh ke alam Jabarut dan roh dibalut dengan cahaya Jabarut. Iaitu sebagai pakaian antara 2 haram lapis ke dua ini yangf disebut ruh  'Sultani'. Selanjutnya diturunkan lagi ke alam Malakut dan dibaluti dengan cahaya Malakut yang disebut sebagai ruh 'Ruhani". Kemudian diturunkan lagi ke alam Mulki dan dibalut dengan cahaya Mulki. Lapisan ke 4 ini disebut ruh 'Jismani'