Monday 24 December 2012

Ngeh Koo Ham Sebenarnya Liabiliti Kepada Pakatan Rakyat Di Perak.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mesti menerangkan kepada pimpinan parti tentang penglibatan beliau dengan syarikat pembalakan dikatakan menerima tawaran dari kerajaan negeri PAS Kelantan sebagai pertukaran dengan jawatan menteri besar (MB) Perak, kata pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini.

Karpal berkata, Ngeh yang mengaku sebagai pengarah dalam syarikat tersebut, mesti memberi keterangan kepada kepimpinan parti yang akan membuat keputusan selepas penerangannya.

"Ini adalah isu yang serius, jadi beliau mesti menerangkan kepada kepimpinan parti,” kata Karpal dalam sidang medianya hari ini.

“Nasihat saya kepada pemimpin DAP, supaya elakkan diri dari kedudukan yang mengakibatkan persepsi salahlaku,” kata peguam dan ahli parlimen itu.

Ngeh, bersama sepupunya Nga Kor Ming, yang juga pemimpin DAP Perak dan ahli parlimen Taiping, dituduh terlibat dalam pertukaran tanah untuk jawatan MB minggu lalu oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dalam sidang dewan.

ADUN BN Perak itu mendakwa Ngeh dan Nga dianugerahkan tanah bernilai RM30 juta sebagai pertukaran dengan jawatan MB yang disandang oleh Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya 2008.

DAP, PAS dan PKR membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) yang akan bersaing dengan BN dalam pilihan raya akan datang, yang akan diadakan selewat-lewatnya selepas mendat 2008 tamat pada April hadapan.

Semalam, Ngeh memberitahu akhbar The New Straits Times (NST) beliau dan Nga melabur di dalam projek tersebut tetapi menafikan kerana pertukaran dengan jawatan MB.

Ngeh beberapa hari lalu memberitahu wartawan bahawa beliau dan Nga melabur di atas jemputan klien mereka Upaya Padu Plantations Sdn Bhd. Beliau berkata penjanjian jual beli tanah tersebut ditandatangani pada 3 Mei 2006, dua tahun sebelum pilihan raya 2008.

Ngeh dan Nga, yang juga ADUN di Perak, dimana Ngeh adalah ADUN Sitiawan manakala Nga pula ADUN Pantai Remis.

Ngeh memberitahu bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah dan beliau akan memikirkan untuk menyaman mereka yang menfitnah dirinya dan Nga.

PS : Sesungguhnya ianya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional untuk kekal mentadbir Di Negeri Perak. Amin....

Thursday 20 December 2012

500 Penduduk Buat Demontrasi Kutuk Kerajaan Pas Kelantan.

Kira-kira 500 penduduk di beberapa kampung di Kelantan telah berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal menyelesaikan masalah bekalan air bersih sejak setahun lalu.


Mereka membawa sepanduk menyatakan rasa tidak puas hati dengan sikap kerajaan negeri melalui Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) yang gagal membekalkan air bersih kepada mereka.


Kampung terlibat ialah Kampung Petaling, Bunut Payung, Kampung Che Wan, Kampung Bechah Batu Besar, Kampung Dalam Gelap, Kampung Baru Telekong dan Kampung Ulu Geh.


Antara tulisan yang tertera pada sepanduk ialah: “Kerajaan Pas Kelantan Gagal Selesaikan Masalah Kami” dan “Air Tak Dak, Nak Mandi Susah”.


Penghulu Kampung Telekong, Abdullah Abu Bakar berkata kebanyakan penduduk menggunakan air hujan dan ada yang menggunakan air sungai untuk minum dan kegunaan harian.


“Kami kini membayar bil air kepada syarikat pengendali bekalan air bersih AKSB seolah-olah bayar bil untuk angin, kerana kebanyakan paip kami tidak keluar air sebaliknya keluar angin,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.


Nasib baik sejak seminggu ini musim hujan, dapat kami guna air hujan untuk minum dan mandi,” katanya. Guru Tadika Kemas Nur Najah di Kampung Telekong Baru, Mariam Zakaria berkata masalah bekalan air bersih terputus paling ketara sejak seminggu lalu apabila kebanyakan paip air hanya keluar angin.


Kalau ada, airnya pun kotor dan berkeladak, katanya menambah tadika itu terpaksa membeli air botol untuk kegunaan murid selain menggunakan air perigi yang digali penduduk kampung.


Penduduk Kampung Bechah Batu Besar, Zainal Abidin Abdullah, 58, berkata sepatutnya kerajaan Kelantan telah lama menyelesaikan masalah kemudahan asas itu kerana difahamkan kerajaan negeri telah menerima pinjaman RM600 juta daripada kerajaan persekutuan.


Menurutnya, banyak rungutan telah disampaikan secara lisan kepada pihak berkenaan namun tiada tindakan diambil setakat ini. — Bernama

Monday 10 December 2012

Agama


INSTITUSI MASJID DAN SURAU JANGAN DIJADIKAN MEDAN PERPECAHAN UMMAH

 
Hampir menjelang pilihanraya, kurang lebih 100 hari mungkin, sesetengah institusi masjid dan surau terus dijadikan medan perpecahan ummah. Sesetengah penceramah dikalangan ustaz-ustaz memanipulasi ruang yang diberikan kepada mereka dengan pelbagai kiasan-kiasan dan ada yang terus menghentam dan mengaibkan pemimpin-pemimpin negara .
 
Amat malang institusi ini khususnya jemaah yang datang  ke masjid atau surau untuk mendapatkan ilmu,mendalami ilmu, mempelajari yang tidak tahu kepada tahu, yang gelap untuk diterangi dan kadang-kadang jemaah rasa macam tidak selesa, rasa marah dan ada yang malas untuk berjemaah disesetengah surau atau masjid.



Sebuah Masjid
 
 Kesannya ada 3, pertamanya, sesetengah jemaah yang tertarik untuk berjemaah hilang minat untuk datang berjemaah bila ada penceramah, keduanya, sikap pihak yang berkepentingan semakin mendabik dada setelah ustaz2 memberi hujjah yang kononnya hujjahnya yang benar dan ketiganya, hubungan kemasyarakatan makin rengang dan terhakis.
 
Bagi solat jumaat pula bacaan kutbah dikalangan imam-imam jemputan semakin berapi-api dan ada kenyataan-kenyataan berunsur fitnah dan pembohongan. Pada orang-orang kampung, amatlah kesian mereka, mereka menjadi sasaran untuk menghadapi masyarakat, sehingga ada unsur tidak bertegur sapa, bersalampun muka pandang ke lain, kenduri kendarapun dan wujud berpuak-puak, jika ada kematian, ada yang tidak datang dan perpecah belah.



Jemaah Masjid
 
Para daie, para pemimpin masyarakat dan Jawatankuasa Masjid dan surau dan sesiapa yang berpengaruh, jangan biarkan perkara ini berterusan berlaku. Sepatutnya, tinggalkan fahaman politik di luar pagar masjid dan surau dan betulkan semula ke[pincangan ini. Jadilah JK Masjid dan surau sebagai DAIE, apabila ada ahli masyarakat tidak datang berjemaah, ziarahilah mereka seperti yamg ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dan sahabat...dan janganlah letak kerja tersebut pada jemaah Tabligh sahaja....kerana apa guna pegang jawatankuasa Masjid dan surau, tugas dakwah tidak dibuat dengan penuh hikmah..



 

Saturday 8 December 2012

RUANG AGAMA (siri 2)

HUKUM DAN PERINGKAT MENGENAL ALLAH

Amma Ba'du.,Semoga Allah terus memberi  hidayah dan taufiq berterusan kepada kita muslimin dan muslimat serta Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat, tabiin at tabiin, ambia dan Wali-wali Allah serta para daie.

   (Bersama tuan guru pembimbing sheikul Tarikat Al Satariah (kini Almahrum) Sheikh Hj Muhamad Isa Ahmad Ansorullah- Al Fatihah)
                                                                               
Semua mengatahui bahawa hukum mengenal Allah hukumnya WAJIB, fardhu ain ke atas setiap mukallaf. Tidak mengenal Allah hukumnya berdosa besar dan tidak diterima amalan atau apa jua kebajikan. Ulama Tauhid ada mengatakan "maka tidak sah ibadah melainkan dengan mengenal (tuhan) yang disembah.." Maka selagi ada nyawa, teruslah langkah bermujahaddah...yakni berusahalah bersungguh-sungguh beramal dan belajar.

3  Peringkat Mengenal Allah;
Pertamanya; Peringkat Awwam (orang kebanyakan) iaitu wajib mengenal Allah sekurang-kurangnya peringkat ini, dgn menuntut ILMU TAUHID sehingga dapat ikhtiqad yang jazam, dikuti muafakat bagi yang sebenar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah serta ada dalil sama ada dalil Ijmali atau beserta dalil Tafsili ayat (ALQuran)
Keduanya; Peringkat Khawwas yakni darjah Solihin. Untuk mencapai peringkat atau makam ini perlu menuntut ilmu dan menentang nafsu dengan bersungguh-sungguh, di samping dapat bimbingan guru yang murshid. Mudah2an dapat mengenal Allah di peringkat ini ada rasa kemanisan dan nikmat dalam beribadah (wijdan), hati akan tetap tanpa rosak (Mustaqar) dan akan rasa Hadir dan Tahu Allah. manakala;

ketiganya; Peringkat Khawas Al Khawas yakni Darjah Musyahadah Allah dimana mereka sentiasa 'Tenggelam' dalam Mahabbatulah seolah-olah sentiasa dalam pelukan Allah...bermanja dengan Allah. Seperti  Sabda Nabi Muhamad S.A.W ysng bermaksud; " Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya" ...maksud melihat berkaitan dengan perasaan jiwa dan hati serta rasa kasih pada Allah amat mendalam. Inilah dinamakan kelazatan dalam beramal...sentiasa rasa kesiangan dan bersama Allah. Makamnya pula adalah makam para rasul, para ambiya' dan Auliya.serta para sesiapa yang terpilih

Untuk menuju makrifatullah,seperti kata Al Sheikh Muhammaad Nafis ibnu Idris Al Banjari, bahawa setiap insan perlu bermujahadah 4 perkara;
 (i ) Lapar
(ii) Diam
(iii) kurang Tidur
(iv) Beruzlah- mengasingkan diri dari orang fasiq.

Dalam menuju jalan tersebut bertaqarrub pada Allah dengan bertekad dan membulatkan azam dengan meninggalkan kesedapan duniawi dengan menuntut Ilmu daripada guru2 Murshid, dan bergelomang dengan ilmu dan amalan2 sunnat serta wajib, palingkan hati pada banyak memikirkan hal duniawi yang melalaikan kepada hal-hal persediaan untuk kematian, rasa kasih pada Umat Islam dengan berdakwah dan berdoa untuk kebaikan untuk mereka jua..bukan doa menjahanamkan umat. serta terakhirnya mencari rezeki untuk sekadar hidup saja.

Kesimpulan awal, sekiranya ada insan yang mengatakan bahawa jalan ini jika Umat Islam ikuti semua, macam mana Ummat Islam hendak maju???? maka tidak perlulah jawab persoalan-persoalan ini..sesungguhnya kita sedang menerokai laluan ini untuk kembali kepada Allah tidak tahu bila,,,untuk kembali  bukannya kembali ke huffai Hunnai, dengan "tangan Kosong"....kita kembali dengan jiwa yang tenang dengan bekalan yang mencukupi ke alam yang Maha-maha panjang dan jauh perjalanannya. (w.alam)



Friday 7 December 2012

Ruang Agama


 
Hakikat Makrifah Mengenal Allah.



 
Sebagai insan yang percaya akan kewujudan Allah, benih kefahaman mengenal Allah merupakan suatu tuntutan paling awal. Sebab itu dalam hadith nabi menyebut 'permulaan Agama adalah mengenal Allah'. Bermula titik permulaan ini, 3 istilah patut kita semai dalam diri iaitu inkshaf ilmu, inkshaf sama' dan inkshaf Basar.
 
Ianya membawa erti kita harus sedari bahawa kita sentiasa dalam ilmu Allah, sentiasa dalam hadir Allah dan sentiasa lihat Allah.. Ini bererti kita ini ada PENONTON yang tidak pernah terlucut 'memandang' kita..Tetapi kita..hadir dan lihat Allah seolah-olah dalam solat sahaja,itupun jika khusyuk dalam solat.
 
Maka marilah sama-sama kita muhasabah diri dalam setiap denyut nadi kita..supaya tidak tertinggal kita memuji Allah sama ada secara jahal, sirr mahupun secara makrifah..yakni zikir berterusan dan lama kelamaan ianya akan sebati dan bergerak hinggalah akhir hayat..(bersambung nanti..)

Thursday 6 December 2012

TELADAN PILIHANRAYA AMERIKA SYARIKAT DENGAN PRU 13


TELADAN PILIHANRAYA AMERIKA SYARIKAT DENGAN PRU 13
 
Barack Obama
Mitt Romney

 





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sejarah menunjukkan tidak semua kita berkongsi pendapat dan pendirian dengan kuasa besar khususnya Amerika Syarikat dalam pelbagai hal. Itu memang lumrah dalam dunia yang memperjuangkan kebebasan hak dan bersuara.

Namun berkaitan keputusan pilihanraya Presiden kuasa besar itu, ia cukup menarik untuk dipelajari khususnya masyarakat kita. Siri kempen Barack Obama dari Demokrat yang dicabar oleh Mitt Romney dari Repblikan cukup sengit. Mereka berhempas pulas memancing undi terutamanya hari-hari terakhir pengundian. Jelas sekali perang pilihanraya di AS sebagai satu amalan demokrasi.

Apa yang dapat dipelajari daripada AS ialah bagaimana keadaan pasca pilihanraya itu. Didapati cukup harmoni kerana gendang perang pilihanraya tersebut betul-betul telah dihentikan dan semua pihak sedar ianya sudah berakhir. Kematangan berpolitik Romney walaupun kalah beliau menerima keputusan dengan berlapang dada malah mengucapkan Tahniah pada Obama kerana kekal menerajui AS dan turut mendoakan agar Presiden berjaya memimpin negara mereka.

Adakah negara kita berlaku keadaan seperti ini dalam PRU 13 ???  Sepatutnya pemimpin kita lebih baik atas dasar parti pemerintah dan pembangkang beragam Islam kecuali DAP. Diharap ada jiwa besar menterjemahkan suasana sebenar nanti.

Wednesday 5 December 2012

Taaruf



Haji Rosli bin Isa  dilahirkan pada 27 Ogos 1965 di Sg. Kerang, Trong, Taiping, Perak.  Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sg. Tinggi, Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng, Sg. Nyiur, Sekolah Menengah Tengku Menteri Changkat Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dr. Burhanuddin Helmi, Taiping, Perak.

Melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1985 hingga 1989 dan berjaya  dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) didalam bidang jurusan Sains Politik.  Setelah tamat pengajian tersebut, beliau telah menyambung lagi pengajian di peringkat Diploma Pendidikan.  Beliau telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi seorang pendidik di negeri Perak.  Pada awal tahun 1995, beliau telah meletakkan jawatan sebagai pendidik dan telah mendapat tawaran dalam PerkhidmatanTadbir Diplomatik.  Beliau telah berkhidmat dibeberapa kementerian dan jabatan kerajaan.  Antaranya termasuklah Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Pembangunan Negeri Perak, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengajian Tinggi sehingga kini.







 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 

Monday 3 December 2012

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 : ANTARA MISI DAN TRANSFOMASI MENJELANG PILIHANRAYA 13.

 
 
 
 
 
 
Persidangan Parti Pemerintah pada 29 Nov hingga Dis 2012 telah berlalu dan meninggalkan pelbagai reaksi positif, harapan  dan kenangan. Perhimpunan yang dikatakan perhimpunan terakhir sebelum PRU13. UMNO yang menjadi parti 'mothership' pada Barisan Nasional sepatutnya diberikan Tahniah khususnya kepada Setiausaha UMNO dan Setiausaha kerja pimpinan Datuk Rauf  kerana berjaya mengatur kerangka pengurusan mesyuarat,logistik, pengisian program, perdebatan, cara agihan perbahasan dan diikuti pengulungan serta beberapa pengisian lain. Perwakilan seramai 2,759 orang tidak termasuk pemerhati luar dan dalam telah hadir dan mendengar pelbagai ucapan, perdebatan dan pengulungan.

 Perhatian sudah pasti tertumpu pada Ucapan Dasar Presiden dan pengulungan Parti, Dato' Seri Tun Abdul Razak yang tlh memberi satu suntikan semangat dengan gaya tersendiri dan boleh meremang bulu roma..Kehebatan beliau memang terserlah.... penekanan dari pelbagai isu-isu yang perlu ditangani dgn serius . Ringkasnya, Presiden parti banyak menjurus pada persediaan pilihanraya dan inilah yang dinanti-nantikan... malah bertalu-talu  memberi penegasan tentang  masa depan negara tidak harus dipersia-siakan dan tidak harus diambil mudah...musuh-musuh politik dalam masa yang sama terus mencari ruang demi ruang utk menjahanamkan UMNO. Penekanan beliau terhadap kemenangan PRU 13 dikatakan bergantung kepada banyak faktor antaranya termasuklah calon yang dipilih, kecekapan jentera di peringkat bahagian serta keadaan pengundi setempat. Presiden UMNO turut menekankan calon yang boleh menang dipilih hendaklah mampu memberi nilai tambah,iaitu bukan shj diterima oleh dalam lingkungan parti tetapi ianya disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi. Calon2 juga yang boleh memberi kerjasama dengan pertubuhan pertubuhan sukarela serta masyarakat madani serta pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam membawa misi dan halatuju daripada Amanat dan Penggulungan Presiden, Timbalan Presiden serta Naib-Naib Presiden adakah Ketua-ketua UMNO bahagian boleh menterjemahkannya secara realisasi dan dominanisasi intipati berjaya diserapkan pada jentera-jentera di peringkat cawangan tercapai???. Ini merupakan suatu cabaran getir yang amat besar perlu difikirkan dengan lebih mendalam. Ini kerana tahap pemikiran kepimpinan di peringkat bahagian tidak sama dan pelbagai rungutan setengah mereka dari dalam jiwa pasti ada lebih-lebih lagi apabila timbul bab dan syarat 'winnable candidate'. Presiden Parti tidak jemu2 sentiasa menyemai dan mengingatkan pendekatan ini.sejak dari setahun lalu maka inilah yang dikata salah satu tranfomasi beliau yang patut disanjung.Berdasarkan pengalaman bercampur dgn pelbagai lapisan masyarakat, rata-rata tranfomasi yang paling utama yang diperlukan adalah candidate daipada BN sewajibnya bersih. Sekali buat kotor adakan meninggalkan kemarahan yang berpanjangan. Rakan parti komponen BN,satu FB diwujudkan dimana individu tersebut (tidak tahu siapa) di kalangan masyarakat cina umpamanya meletakkan 1,000,000 chinese dont want MCA to represent the chinese dan berjela-jela komen terhadap parti tersebut. Di kalangan UMNO di peringkat bawahan pelbagai cabaran sentiasa ada dan isu2 remeh sentiasa diwujudkan dikalangan ahli-ahli. Pantang tersilap sedikit, bahananya akan menular semacam barah..maka terpaksalah dikalangan orang2 kuat UMNO terpaksa menerangkan dan menjelaskan satu persatu dengan sabar.

Pendekata, Cabaran kepartian adalah perkara lumrah tetapi halatuju UMNO dan Transformasi yang telah dijelaskan panjang lebar oleh pucuk pimpinan memang menampakkan penuh tulus ikhlas. Tanpa meminggirkan hak kaum lain UMNO tetap memperjuangkan Islam,orang melayu dan tahanair (Alif, BA, TA) Presiden Parti telah menjelmakan pelbagai hasrat supaya perjuangan termasuk menegakkan Islam sebagai satu cara hidup[memang ditunggu-tunggu. Para ilmuan Islam dan tokoh-tokoh agama harus membantu dan bukannya mengampu supaya ada keseimbangan dan keikhlasan berjuang. Perjuangan bangsa tidak salah salah selagi tidak menindas bangsa lain, ini kadang-kadang pembangkang kata assobiah. Apa dah jadi dengan Melayu di Singapura umpamanya kalau kita berbicara sejarah dan realiti hari ini????? Nak pegang jawatan utamapun tidak boleh kerana bangsa Melayu (kupasan detail perkara ini akan disalurkan kemudian) Jika nasib bangsa melayu jika tidak diperjuangkan hak kita, kita akan tenggelam dan akan merempat suatu masa nanti, Sekarangpun apa yang berlaku, perpecahan melayu makin ketara. Pegawai-pegawai kerajaan umpamanya, sebahagian daripada kita yang diberi tanggungjawab melaksanakan dasar-dasar kerajaan menjadi duri dalam daging dan mula menentang kerajaan secara hampir terang-terangan... Padahal pegawai kerajaan sebelum melaksanakan dasar-dasar dibuat, kitalah sendiri tlh yang sentiasa berbincang, bermesyuarat dan membuat cadanganbalas dan ulasan-ulasan kepada menteri di kementerian masing2 sebelum kertas kabinet dibentangkan dalam mesyuarat kabinet kecuali kes-kes khas.
Transformasi kerajaan sebenarnya telah banyak dirancang dan untuk dirialisasikannya bukan senang..maka perlulah suatu pengorbanan dari semua pihak membantu dalam pelbagai aspek dan kepakaran. UMNO sebagai 'mothership' pada Barisan nasional diyakini terus releven dengan syarat beberapa transfomasi ke arah agama supaya lebih bersungguh-sungguh. Apa jua pekerjaan, jika kita meletakkan asas akidah dan tauhid yang kuat pada Allah.yang memiliki segala kekuasaan, kita akan mendapat pertolongan Allah. Potret Islam harus dijelmakan dan direalisasikan dengan lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh...sesungguhnya ISLAM ITU AMAT  INDAH.... PERJUANGAN UMNO AKAN DOMINAN BERSAMA ISLAM..